Pengenalan
Isu tuntutan bertindih di Laut Sulawesi atau turut dirujuk sebagai isu Ambalat di pihak Indonesia merupakan salah satu isu yang masih segar dibahaskan sehingga hari ini. Isu mengenai batas sempadan maritim yang bertindihan ini sebenarnya telah berlarutan semenjak negara mencapai kemerdekaan lagi. Sejarah telah membuktikan bahawa isu yang berlandaskan kepada persoalan hak dan kedaulatan seperti ini pernah bertukar menjadi persengketaan dan ketegangan yang serius di antara kedua-dua negara. Inisiatif penubuhan negara Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak pada awal tahun 1963 telah meretakkan hubungan politik kedua-dua negara. Walaupun penubuhan Malaysia antara lain bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis dan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Brunei dan Sarawak, negara Indonesia melihat tindakan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan yang ‘merampas hak dan kedaulatan’ negara mereka.

Semangat
patriotisme yang ekstrem dan agresif telah melihat negara Indonesia turut
mendaratkan tenteranya untuk gerakan subversif ke atas kerajaan Malaysia. Salah
satu tragedi yang tetap diingati oleh Angkatan Tentera Malaysia adalah serangan
oleh tentera Indonesia ke atas Pos Kawalan Sementara di Kalambakan, Tawau pada
29 Disember 1963. Tragedi ini merupakan salah satu nostalgia pahit dalam
lipatan sejarah hubungan di antara Malaysia dan Indonesia. Serangan yang
dilakukan ketika anggota platun dari Kompeni C, Batalion Ketiga Rejimen Askar
Melayu Diraja mengerjakan solat Maghrib telah menyebabkan seramai 7 anggota
termasuk Ketua Platunnya, Mejar Zainal Abidin terkorban dan 16 lagi anggota
tercedera. Walaupun persengketaan yang berlaku lebih setengah abad lalu telah
berjaya dipulihkan dengan perjanjian pendamaian, namun, sentimen ‘merampas hak
dan kedaulatan negara’ masih dijadikan stigma oleh negara Indonesia untuk
mengaitkan kerakusan Malaysia di dalam isu persempadanan di antara kedua-dua
negara.
Sentimen Hak
dan Kedaulatan
Sentimen hak
dan kedaulatan merupakan satu isu yang sangat sensitif. Di kalangan masyarakat
tempatan sekalipun persoalan mengenai hak pemilikan tanah mampu mencetus
pergaduhan atau setidak-tidaknya telah mewujudkan persekitaran yang tegang.
Contoh terbaik adalah kemelut pengambilan hak milik tanah ladang yang
melihatkan kes pergaduhan di Tingkayu, Sabah yang turut melihat pertumpahan
darah dan kematian. Sekiranya di kalangan masyarakat kita sendiri sanggup
berbalah dan berbunuhan antara satu dengan yang lain demi mempertahankan hak
masing-masing, apatah lagi sekiranya sesuatu isu seperti tuntutan bertindih di
Laut Sulawesi ini yang melibatkan maruah bangsa dan negara. Semestinya ia juga
membangkitkan kemarahan dan suasana yang cukup tegang di antara kedua-dua
negara.
Kehilangan
Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan pada 17 Disember 2002 telah memberi impak yang
sangat besar kepada pemimpin dan rakyat negara Indonesia. Keputusan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberikan hak kedaulatan kedua-dua pulau
tersebut kepada Malaysia telah menjadikan Indonesia lebih sensitif dan agresif
di dalam mempertahankan wilayah mereka. Buktinya, slogan ‘Ganyang Malaysia’
yang digunakan sewaktu mengisytiharkan konfrontasi pada 23 Januari 1963
dilaungkan dan dicanangkan semula oleh sesetengah ahli politik negara tersebut
apabila wujud perselisihan mengenai perbatasan sempadan wilayah antara
kedua-dua negara pada awal tahun 2005. Protes dan reaksi agresif rakyat
Indonesia mengenai isu Laut Sulawesi ini jelas menzahirkan rasa kurang senang
masyarakat negara jiran mengenai isu persempadanan terhadap Malaysia. Isu yang
sama telah sekali lagi digembar-gemburkan oleh media massa Indonesia pada bulan
Mei 2009 lalu. Kali ini bukan isu ini sahaja yang menjadi agenda untuk memacu
adrenalin rakyat republik itu untuk membenci Malaysia, malah isu terpencil
seperti kes penderaan pembantu rumah, tarian pendet dan lagu Terang Bulan (Negaraku)
turut diperbesarkan. Langkah bijak pemimpin kedua-dua negara yang sama-sama
memberikan komitmen untuk berunding dan mencari penyelesaian telah berjaya
meredakan kemelut persengketaan.
Analisis
Isu pembatasan sempadan maritim antara Malaysia dan Indonesia bukan sahaja menjadi isu hangat yang sering dibahaskan oleh kedua-dua negara tetapi ia juga menjadi sumber perbincangan bagi penganalisis perundangan maritim di peringkat antarabangsa. Malah setiap tindakan oleh kedua-dua negara turut dinilai, dikaji dan dibahaskan di peringkat global. Persoalan sering hadir adalah negara mana yang lebih berhak ke atas kawasan ini? Jawapan yang jujur adalah kedua-dua negara berhak menuntut hak masing-masing di kawasan ini. Kedua-dua negara mempunyai asas dan pendirian untuk mengemukakan tuntutan masing-masing. Persoalan utama mengapa wujudnya pertindihan ialah kerana faktor geografikal kedua-dua negara yang berkedudukan secara bertentangan (opposite) dan juga bersebelahan (adjacent) di antara satu sama lain. Faktor ini telah menjana satu persekitaran geografi yang kompleks. Ciri-ciri fizikal pantai yang berbeza panjangnya, berbentuk cengkung dan cembung serta mempunyai kepulauan kecil yang banyak telah memberi tafsiran yang berlainan di dalam melakar persempadanan maritim di kawasan ini. Pemilikan entiti-entiti luar pantai seperti batuan dan hubung kait elemen historic title serta special circurmstances oleh kedua-dua negara telah menyulitkan lagi penyelesaian di kawasan ini.

Ramai antara
kita yang berpendapat bahawa masalah pertindihan sempadan maritim seperti di
Laut Sulawesi ini boleh diatasi sekiranya kedua-dua pihak mematuhi perundangan
yang ditetapkan. Hakikatnya, United Nations Convention on the Law of the Sea
1982 atau Konvensyen Undang-Undang Laut 1982 (KUUL 1982) hanya menerapkan
matlamat keputusan yang saksama (equitable result) sebagai penyelesaian. Tetapi
KUUL 1982 tidak menerangkan prinsip dan tatacara sebenar untuk mencapai
keputusan yan saksama. Oleh yang demikian, kaedah pembatasan sempadan maritim
perlu merujuk kepada kes-kes mahkamah dan arbitrari antarabangsa. Rujukan
kepada state practice ini mampu memberi sokongan kepada penggunaan peraturan
equidistance dan prinsip-prinsip lain yang mengambil kira faktor geografi,
historic title, special circurmstances dan lain-lain. Kajian terperinci dan
strategi sesebuah negara amat penting di meja rundingan kerana setiap kes dan
keputusan juri (jurisprudence) pula adalah unicum atau unik.
Kematangan
TLDM
TLDM sebagai
agensi peneraju pertahanan maritim negara dan juga selaku pelaksana aktiviti
penguatkuasaan di zon maritim negara telah bertindak secara matang di dalam
menangani isu ini. Pengalaman perkhidmatan yang berkesan selama 76 tahun
tidak sedikit pun menggugat kepimpinan TLDM untuk berdepan dengan ketegangan
dan tindakan provokasi oleh Tentera Negara Indonesia - Angkatan Laut (TNI-AL)
dan agensi-agensi penguatkuasaan maritimnya. Semasa melaksanakan operasi untuk
menzahirkan kedaulatan perairan negara, aset-aset TLDM di kawasan operasi telah
bertindak dengan cekap, profesional dan konsisten. TLDM tidak sedikit pun
terikut-ikut dengan nada dan rentak yang cuba dimainkan negara Indonesia. TLDM
sedar bahawa ketegangan di Laut Sulawesi ini mampu mencetuskan konflik yang
serius dan memudaratkan hubungan baik di antara Malaysia dan Indonesia.
Berasaskan
pemahaman bahawa kedua-dua negara berhak menzahirkan kedaulatan zon perairan
negara ‘masing-masing’, TLDM sedar bahawa tindakan kekerasan hanya mengundang
ketegangan dan konflik. Jelas sekali kebenaran falsafah “..hubungan erat 100
tahun dua negara boleh terputus hanya dengan kesilapan 10 saat tindakan
komander di lapangan..”. Dalam usaha menangani isu batas sempadan maritim yang
bertindih ini, TLDM telah menekankan pelaksanaan dan kepatuhan prosedur
Incidents at Sea Agreement (INCSEA). Pada hemat TLDM, INCSEA merupakan landasan
terbaik untuk memastikan operasi di laut dilaksanakan dengan selamat dan
seterusnya memelihara hubungan yang erat antara dua negara. Persetujuan untuk
mematuhi INCSEA ini telah ditandatangani oleh ketua perkhidmatan Tentera Laut
kedua-dua negara pada 18 Januari 2001 di Jakarta. Kepatuhan kepada prosedur
INCSEA ini menzahirkan kematangan TLDM di dalam menangani ketegangan di
lapangan. Seharusnya, Angkatan Laut Tentera Negara Indonesia (TNI-AL) tidak
terikut-ikut dengan nada dan rentak agenda politik dalaman mereka. Sebaliknya
TNI-AL harus sama-sama mendukung INCSEA agar kerjasama erat politik dan
pertahanan yang terjalin berasaskan konsep “ASEAN Treaty of Amity and
Cooperation 1975” dapat direalisasikan.
Status Pertikaian
Status Pertikaian
Setelah gagal
menghasilkan keputusan di meja rundingan, Malaysia dan Indonesia bersetuju
untuk merujuk isu tuntutan kedua-dua pulau ini ke ICJ. Pada 17 Disember 2002,
ICJ telah membuat keputusan untuk memberi kemenangan kepada Malaysia dengan
keputusan 15-1. Walaupun pertikaian mengenai hak kedaulatan kedua-dua pulau
telah terjawab, namun status batas sempadan maritim kedua-dua negara sebenarnya
masih belum selesai. Keputusan ICJ hanya memutuskan status hak kedaulatan
kedua-dua pulau sahaja dan tidak merangkumi pembatasan sempadan maritim
kedua-dua negara. Ini kerana kedua-dua negara hanya mengemukakan permohonan
agar ICJ membuat keputusan ke atas hak kedaulatan kedua-dua pulau sahaja.°Pertikaian
persempadanan maritim di Laut Sulawesi bermula pada 21 Disember 1979 apabila
Malaysia menghasilkan deklarasi batas sempadan Wilayah Laut dan Pelantar Benua
melalui Peta Malaysia Baru 1979 (PB 1979). Pada 8 Febuari 1980, Indonesia telah
menghantar Nota Bantahan mengenai kemasukan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan di
dalam PB 1979.
Berdasarkan kepada keputusan ICJ tersebut, mahu tidak mahu, kedua-dua negara harus sama-sama berunding untuk menyelesaikan isu pembatasan sempadan maritim. Berasaskan polisi dasar luar kedua-dua negara yang mengamalkan prinsip toleransi dan kerjasama serantau, Malaysia dan Indonesia telah bersetuju untuk berunding di dalam menyelesaikan isu pembatasan sempadan maritim. Sehingga kini, sejumlah 15 siri mesyuarat rundingan telah diadakan. Mesyuarat yang terakhir telah diadakan di Bali Indonesia pada 14 hingga 15 Oktober 2009. Melihat kepada semangat positif yang ditunjukkan kedua-dua negara, isu ini akan berjaya diselesaikan. Walau bagaimapun, adalah sesuatu yang tidak mustahil sekiranya proses rundingan ini akan menemui jalan buntu dan terpaksa dirujuk kepada adjudikasi pihak ketiga seperti ICJ atau arbitrari antarabangsa.
Rumusan
Berasaskan kepada fakta-fakta yang dihuraikan ini, tidak dinafikan bahawa isu tuntutan bertindih di Laut Sulawesi merupakan irritating issue kepada kedua-dua negara. Penyelesaian terbaik di dalam menangani isu di Laut Sulawesi ini adalah melalui forum diplomasi secara bilateral meja rundingan. Perbalahan, ketegangan dan konflik hanya memberi kesan negatif kepada hubungan erat kedua-dua negara. Tindakan TLDM yang tidak sama-sama terikut dengan nada dan rentak negara Indonesia jelas menunjukkan kematangan perkhidmatan TLDM. Kematangan ini telah meredakan ketegangan dan menggagalkan agenda yang cuba diketengahkan negara Indonesia. Bravo Zulu TLDM!!

Mohon bagi credit pada penulis sebenar artikel ini. Untuk rekod, artikel yang sama telah diterbitkan dalam Majalah Samudera tahun 2010. Untuk makluman lanjut, sila layari http://najhans.blogspot.com/2010/07/sulawesi-vs-ambalat.html
ReplyDelete