Laksamana Madya Dato’ Nasaruddin bin Othman telah
diberikan penghormatan untuk menyempurnakan upacara Perbarisan Penyerapan Pusat Latihan Perisikan (PULARIS) ke dalam Organisasi Kolej Perisikan ATM yang diadakan di
Kem Mentakab, Pahang pada 25 Jun 14. Perbarisan dianggotai 16 Pegawai dan 148 anggota
Lain-Lain Pangkat diketuai oleh Leftenan
Kolonel Abu Hashim bin Jamaluddin.
Dato' Nasaruddin (KS Mk ATM) |
Penyerapan PULARIS ke dalam Kolej Perisikan ATM telah diluluskan
oleh Majlis Angkatan Tentera (MAT) pada 6 Januari 2014. Kolej Perisikan ATM bertanggungjawab
untuk menganjurkan kursus-kursus kerjaya Kor Risik Diraja (KRD) dan
kursus-kursus kepakaran berteraskan kebersamaan (Jointness) bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM (Tentera Darat,
Tentera Laut dan Tentera Udara).
Upacara Tandatangan Sijil Penyerapan |
Penubuhan institusi latihan tersebut adalah
selaras dengan transformasi Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) kepada Malaysian Defence Intelligence Organisation
(MDIO) termasuk mengambil kira Plan Rancangan Keupayaan Fourth Dimension Armed Forces (4D MAF) melalui modul dan latihan
kepakaran perisikan di peringkat ATM.
Visi.
Kolej Perisikan ATM adalah untuk menjadi nadi Pusat
Kecemerlangan Pendidikan, Latihan dan Penciptaan Ilmu Perisikan kepada ATM dan
negara.
Misi.
Kolej Perisikan ATM menyediakan platform pembelajaran
dan latihan perisikan semasa kepada anggota ATM. Selain itu, institusi latihan
ini menerajui pembangunan dan penciptaan disiplin perisikan termasuk
pengaplikasian sains serta teknologi berdasarkan doktrin perisikan moden, versatile dan unggul.
Upacara Menurunkan Bendera PULARIS |
Objektif Kolej Perisikan ATM.
Berasaskan kepada
kualiti dan kecemerlangan merangkumi penyediaan kemudahan prasarana dan
pengetahuan profesional serta Latihan Perisikan Semasa (LPS) bagi
penambahbaikan semua program akademik terencana dan LPS seiring dengan Wawasan
BSPP. Kolej Perisikan ATM komited terhadap pengendalian pengajian akademik secara
sistematik, cekap dan berkesan berasaskan Piawaian Doktrin Perisikan Bersama
BSPP/ATM. Melalui latihan yang dilaksanakan, Kolej Perisikan ATM berupaya
menghasilkan operator perisikan yang unggul dan versatile untuk kepelbagaian kepakaran modal insan dalam semua
bidang perisikan secara kompetitif sejajar dengan hasratnya untuk menjadi Pusat
Kecemerlangan Perisikan (Centre of
Excellence for Intelligence).
Maju ke depan mengikut masa, best!
ReplyDeleteNi mmg khas untuk sape dari pularis je ke ?
ReplyDeletekalau dikatakan bertaraf dunia, boleh nyatakan dari sudut apa? dari segi fasiliti atau dari segi pencapaian alumni kolej ini atau dari segi tenaga pengajar. mohon pencerahan
ReplyDeleteNonton Bokep Terbaru 2022
ReplyDeleteBokep
Bokep Indo
Bokep Barat
Bokep Jepang
Bokep Asia
Bokep Korea