Followers

Thursday, 23 August 2012

BUKU “THE ‘I’ FILES: LAGI PENDEDAHAN MENGENAI POLITIK MALAYSIA






Beberapa blog berbahasa Inggeris telah mula memperkatakan tentang sebuah buku bertajuk “The “I” Files” tulisan Jonathan Smith. Setakat ini, prolog serta bab 1 hingga 4 boleh dibaca secara ‘online’ di https://ifilesjs.wordpress.com. Berdasarkan bacaan penulis, “I” pada tajuk buku ini mungkin membawa makna “Ibrahim” atau “Anwar Ibrahim” bagi orang Malaysia.

Tidak dapat dipastikan siapa Jonathan Smith dan tidak dapat dipastikan juga sama ada itu adalah nama sebenar. Motif beliau menulis kisah Anwar juga samar. Setahu penulis, “John Smith” adalah nama samaran yang sering digunakan oleh orang Amerika atau British apabila mereka enggan mendedahkan identiti sebenar.

Namun, siapa penulis tidak penting, yang penting ialah apa yang diperkatakannya sama ada benar atau penipuan. Setakat bab 1 – hingga 4, kebanyakan yang didedahkan oleh Smith adalah rahsia umum, atau sekurang-kurangnya bagi kalangan pengikut politik veteran. Namun, ada juga beberapa kisah yang agak sulit dan tidak pernah lagi diketahui umum.

Jonathan Smith mengaku bertanggungjawab mengumpul maklumat berkenaan Anwar bagi ‘Ketuanya.’ Bagi sesiapa yang jarang menonton atau membaca novel perisikan, mungkin tidak dapat menghayati tulisan beliau dengan baik atau tidak dapat memahami tugasan beliau.

Penulisan beliau berbentuk penceritaan pengumpulan maklumat risikan sambil beberapa kali menyentuh sepintas lalu peranan-peranan agensi dan agen-agen risikan seluruh dunia termasuk KGB, MI6, CIA dan yang sewaktu dengan mereka.

Kisah dimulakan dengan karakter golongan ‘expatriates’ di Malaysia dan bagaimana mereka bertukar-tukar maklumat negara ini untuk kepentingan perdagangan, perniagaan dan politik masing-masing. Dari karakter-karakter itu Smith secara perlahan-lahan mula memfokuskan kepada dirinya dan bagaimana “Anwar Ibrahim” menjadi subjek pemantauan dan kajiannya pada tahun 1981.

Smith jelas mempunyai pengetahuan yang amat mendalam mengenai politik dan pemikiran rakyat Malaysia sehinggakan kadangkala terasa seolah-olah beliau adalah sebenarnya rakyat negara ini, dan berbangsa Melayu. Tidak tahu sama ada ini adalah hasil dari pengalaman beliau atau kerana beliau benar-benar seorang perisik yang hebat atau kerana beliau sememangnya bukan orang yang digambarkannya melalui penulisannya.

Namun, jelas dari segi cara penulisan, beliau bukan orang tempatan dan bukan dari negara ini walaupun pengetahuannya mengenai rakyat dan negara ini menjangkaui rakyat negara ini sendiri.

Apa yang pasti, Smith telah pun membuat kesimpulan siapa Anwar iaitu manusia tanpa wajah, lama sebelum Malaysia atau pun Tun Dr. Mahathir mengenali beliau. Smith telah terlebih dahulu membaca kesilapan Tun Dr. Mahathir sejurus selepas mendapat ura-ura bahawa Anwar akan dibawa masuk ke dalam UMNO.

Menurut Smith, Anwar boleh menjadi sesiapa saja mengikut arus, mengikut persekitaran dan mengikut suka hatinya. Pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran. Kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam. Sehinggakan, kata Smith, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!

Tetapi pada satu masa lain pula, Anwar adalah orang UMNO dan pengikut tulen Tun Dr. Mahathir dari hujung rambut ke hujung kaki dan dari segala segi – kecuali satu, iaitu di hati sanubarinya.

Di mana Tun Dr. Mahathir melihat Melayu perlukan perlindungan, Anwar melihat Melayu Islam perlu ‘disempurnakan’. Jika Tun Dr. Mahathir adalah Melayu ultra, Anwar berpegang kepada Ketuanan Melayu dengan sebenar-benarnya!

Bagaimanapun, seperti yang kita semua sedia maklum, itu adalah kisah lama. Namun, ia tetap wajar ‘dikhatam’ semula kerana ia mampu memberi pengajaran baru. Apa yang lebih menarik adalah cara penceritaan mengenai kisah lama ini yang disampaikan dari sudut yang belum pernah kita dengar serta dari kaca mata orang luar.

Sumber : Beruang Biru (mykmu.net)


p/s:   Jika saudara mahu membaca kesemua chapter boleh layari di sini.


Wednesday, 22 August 2012

JHEV TAMBAH PUSAT DIALISIS VETERAN ATM



Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhasrat menambah sebuah lagi pusat dialisis di Kem Sungai Besi di sini, bagi menampung jumlah pesakit buah pinggang di kalangan bekas anggota tentera.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, JHEV juga bercadang menambah lebih banyak pusat dialisis di seluruh negara memandangkan ketika ini terdapat terdapat hampir 3,000 pesakit buah pinggang di kalangan bekas anggota tentera dan keluarga mereka. Katanya, cadangan itu akan diteliti dengan melihat kepada faktor kewangan memandangkan kos sebuah pusat rawatan tersebut berjumlah antara RM400,000 hingga RM600,000.

Setiap tahun, sebanyak RM24 juta dibelanjakan untuk membiayai kos rawatan pesakit dialisis veteran ATM dan warisnya dan kami berusaha menambah kualiti perkhidmatan kesihatan tersebut. Kos rawatan dialisis itu adalah sebahagian daripada peruntukan rawatan kesihatan seluruh anggota veteran yang berjumlah RM35 juta.

Veteran ATM dan waris mereka yang menetap di luar Kuala Lumpur dan Selangor tidak perlu datang menjalani rawatan di dua pusat dialisis YVA di Seri Kembangan dan Batu Caves kerana mereka boleh mendapatkan rawatan itu di pusat dialisis di seluruh negara dengan kos berkenaan ditanggung kerajaan. Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam menghargai jasa dan sumbangan bekas tentera yang selama ini banyak membantu negara dalam mempertahankan tanah air.

JHEV turut membelanjakan sebanyak RM1.8 juta untuk sumbangan perayaan kepada 3,671 penerima di seluruh negara terdiri daripada veteran ATM berusia 70 tahun ke atas dan balu mereka.


MEKAH MASA HADAPAN







 
 
Ini adalah gambaran beberapa buah projek mega seluruh Saudi yang menelan belanja hampir SR100 Trillion. Antaranya adalah Projek Pembinaan Hotel Mewah Abraj al-Bait berhampiran Masjidil Haram, projek penempatan mewah serba esklusif di Jabal Khandama & Jabal Omar, projek Makkah Metro Line, iaitu sistem aliran keretapi laju yang pertama seumpamannya, projek Jama’an Al Kenani iaitu penempatan moden untuk jemaah di Mina seluas 20 juta meter persegi untuk menampung 10 juta jemaah menelan belanja SR40 trillion, Projek ‘Makkah Expansion & Shades’ iaitu pembesaran ruang Masjidil Haram dan membina payung gergasi di atasnya dan sebuah pembinaan sebuah menara paling tinggi di dunia di mana ketinggiannya menyamai 4 kali ganda KLCC.








INFO TRAFIK



Kepada saudara yang menggunakan Lebuh Raya untuk untuk berhari raya di rumah sanak saudara atau pulang ke semula ke kediaman di bandar terutamanya Kuala Lumpur. Bolehlah follow twitter plustrafik. Info yang diberi memang berguna bagi mengelakkan kita tersekat di jalan raya terutamanya semasa musim perayaan ini..NTB mengucapkan selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.


Thursday, 16 August 2012

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Di kesempatan ini..saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Kepada yang melakukan perjalanan berhati-hati di jalan raya. Speed trap pun banyak. Semoga bergembira menyambut lebaran..


Saturday, 11 August 2012

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA



Dalam pada kita sibuk dengan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, tidak lupa juga kita dengan sambutan hari Merdeka pada tahun ini. 'Janji Ditepati' dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos.

Sarawak dipilih menjadi tuan rumah sambutan Hari Malaysia pada 16 September. Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia akan dimulakan pada 11 Julai anjuran pihak swasta melalui program Buku Rekod Malaysia. Pada 15 Julai pula, Kementerian Belia dan Sukan akan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan belia di Menara Kembar Petronas. Pada 17 Julai, Perdana Menteri akan merasmikan program pengibaran Jalur Gemilang di Brickfields, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kampung Baru dan pemimpin masyarakat Cina di Jalan Petaling. Program berkaitan berunsur keagamaan akan diadakan untuk masyarakat Islam sepanjang bulan ramadhan.

Ayuh kita akan semarakkan seboleh mungkin pengibaran Jalur Gemilang di kawasan dan premis yang sebelum ini tidak diambil berat dan inilah masanya untuk kita memperlihatkan kepada dunia bahawa sekali setahun kita menyumbang ke arah kenegaraan kita dengan mengibarkan Jalur Gemilang di jendela atau pintu.


Friday, 10 August 2012

APAKAH MUSLIHAT DAN AGENDA SEBENAR SUARAM??


Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng imej buruk kepada pimpinan dan diri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan harapan rakyat akan marah dan undi akan beralih kepada mereka pada pilihan raya umum ke 13 nanti. Untuk menjayakan muslihat ini, mereka memperkudakan Suaram untuk mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Suaram dilihat sebagai landasan terbaik bagi Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis tidak akan dipersoalkan. Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan Pakatan Rakyat. Sikap toleransi tinggi yang ditunjukkan oleh kerajaan dan Perdana Menteri dalam hal ini bukanlah kerana disebabkan kelemahan atau sebab ada sesuatu yang hendak disorokkan daripada rakyat.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi lagi. Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene, dan juga pesawat Sukhoi SU30MKM telah mendapat kelulusan daripada semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Rundingan ketat dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan keperluan ATM. Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa. Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Suaram bukan lagi bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum. Tidak cukup dengan membuat aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok baru-baru ini.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing? Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar? Lebih memeranjatkan bagaimana pihak mahkamah Perancis boleh memberi layanan yang sungguh istimewa kepada Suaram melalui akses penuh kepada 153 kertas siasatan dari pejabat Pendakwa Raya. 

Peranan Suaram hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan! Apakah isu Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai oleh pihak Zionis?

Apakah agenda sebenar Suaram, pihak mana yang menjadi pendokong kewangan utamanya dan adakah Suaram pada hakikatnya sebuah organisasi yang radikal?

PENDAPATAN TERTINGGI LTAT RM 859.9 JUTA



Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan pendapatan tertinggi pernah dicatatnya sepanjang 39 penubuhan organisasi itu berjumlah RM859.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2011 naik 14.4 peratus berbanding RM751.5 juta berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Prestasi memberangsangkan itu telah membolehkan LTAT membuat pembayaran dividen sebanyak 15 peratus dengan nilai berjumlah RM680.4 juta berbanding 14 peratus atau RM616.3 juta sebelum ini.

Menurut Pengerusi LTAT, Laksamana Tan Sri Anwar Mohd. Nor, rekod keuntungan yang dicapai ini menunjukkan komitmen LTAT dalam melaksanakan tanggungjawabnya secara berterusan kepada para pencarumnya.

"Berdasarkan kepada keputusan yang amat memberangsang, kami berupaya untuk membayar dividen yang tinggi dan melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial serta kebajikan demi manfaat anggota angkatan tentera serta keluarga mereka," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.


Thursday, 9 August 2012

NILAI KESETIAAN ANGGOTA KESELAMATAN



Anggota tentera meliputi 159,343 pengundi berdaftar di negara ini. Jumlah itu lebih besar daripada 108,205 pengundi polis. Itu data terkini setakat suku kedua tahun ini yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ketika ini anggota tentera terbesar menduduki Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Kedua ialah di pangkalan TLDM Lumut, Perak.


Isu “pengundi pos” sering ‘membelenggu’ pemikiran anggota keselamatan terutamanya tentera. Pelbagai tohmahan dilontarkan dimana pegawai-pegawai atasan tertentu menandatangani atau memangkah kertas undi undi anggota mereka. Sepanjang rekod dalam 12 pilihan raya umum berdasarkan laporan melalui Pusat Daerah Mengundi (PDM), walaupun tidak 100 peratus, namun sebahagian besar undi itu memihak kepada Kerajaan.

Ia mungkin disumbangkan oleh faktor keyakinan anggota keselamatan terhadap kerajaan yang telah memberikan yang terbaik dari segi perkhidmatan dan kebajikan mereka. Pentingnya undi anggota keselamatan kerana terdapat 200,000 undi pegawai dan keluarga mereka di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen tertentu dimana undi anggota keselamatan menjadi undi penentu kepada kemenangan calon-calon. Biarpun penting tetapi mereka juga melaksanakan sistem demokrasi mengikut pilihan yang mereka tentukan.

Undi anggota keselamatan juga memperlihatkan tahap sokongan tidak hanya kepada pihak yang menjadi calon kawasan tertentu, tetapi keseluruhannya. Ia menggambarkan bahawa anggota keselamatan mahu bersama-sama dengan establishment.

Anggota keselamatan yakin bahawa kerajaan yang ada adalah kerajaan yang harus disokong kerana konsep mereka ialah pasukan keselamatan adalah pasukan yang taat setia kepada kerajaan yang memerintah. Jika ini terungkai daripada landasan asal, maka ketaatan dan kesetiaan itu boleh dipertikaikan. Dalam hal ini, kalau ketaatan, kesetiaan diterjemahkan dalam bentuk undi, maka jangan pula ada pihak-pihak mengatakan bahawa ini dipaksa. Ini seolah-olah adalah satu arahan sedangkan mereka sendiri yang reda untuk menyokong calon-calon parti kerajaan.

Undi anggota keselamatan mengandungi dua elemen penting.Pertama, undi pasukan keselamatan bukan undi dibuat melalui cara pos. Tetapi mereka dikehendaki mengundi awal. Ertinya istilah undi pos tidak betul. Mengundi awal ertinya mereka mengundi antara tiga dan empat hari lebih awal sebelum hari pengundian dijalankan. Ini bagi mengelakkan mana-mana pegawai atau anggota yang dikehendaki bertugas pada masa hari pengundian, jadi mereka mengundi awal.


Keduanya, dalam undi awal ini, SPR telah menentukan bahawa wakil calon berada di sepanjang pengundian dijalankan. Ertinya, ketika memangkah kertas undi itu dibuat, semua wakil calon berada di situ. Ini membuktikan bukan pegawai atasan yang mengarahkan pegawai tertentu untuk memangkah kertas undi tersebut.



PAKEJ KHAS 'SIM CARD CLIXTER' UNTUK BEKAS TENTERA

Koperasi Persatuan Bekas-bekas Tentera Malaysia (PBTM) dengan kerjasama dua syarikat swasta melancarkan pakej khas 'Sim Card Clixter' untuk semua anggota PBTM.Pakej khas yang juga dikenali sebagai 'Pakej Pahlawan' itu dilancar sempena memperingati jasa bekas tentera.


Pakej Pahlawan ini bertujuan menawarkan perkhidmatan panggilan telefon serta akses internet dengan kadar yang murah daripada apa yang telah ditawarkan oleh syarikat lain. Pakej pahlawan yang berkongsi rangkaian dengan Digi digabungkan dengan kad keanggotaan PBTM dan hanya akan diedar oleh koperasi persatuan itu. Pakej pahlawan juga akan digunakan oleh PBTM untuk menghantar maklumat secara terus kepada ahlinya.

Sistem Clixster

NTB berharap selepas ini PBTM boleh meluaskan rangkaian pakej khas ini kepada semua persatuan bekas tentera. Walaubagaimanapun NTB mengucapkan tahniah kepada PBTM kerana membuat pelbagai inisiatif bagi membantu bekas tentera. Bravo Zulu!!!!

Keratan Akhbar Mengenai Clixster