
Suaram dilihat
sebagai landasan terbaik bagi Pakatan Rakyat untuk menyerang Perdana Menteri
kerana sebagai sebuah pertubuhan yang dianggap memperjuangkan isu-isu hak asasi
manusia, sudah tentu tindakannya membawa isu Scorpene ke mahkamah Perancis
tidak akan dipersoalkan. Tetapi apapah Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan
isu Scorpene?

Jika diikuti isu
Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak pentadbiran Tun
Abdullah Ahmad Badawi lagi. Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan
Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di
dalam Dewan Rakyat apabila isu pemberian komisyen sebanyak RM540 juta
dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang masa itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

Rundingan ketat
dan telus ini termasuk mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Teknikal dan
Jawatankuasa Rundingan Harga setelah proses penilaian dilakukan selari dengan
keperluan ATM. Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak
pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi
Pejabat Peguam Negara.
Kesimpulannya,
tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene
telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan jika proses rundingan mengikuti
aliran tatacara yang amat ketat dan wibawa. Tujuan pembangkang hanya
semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu
yang palsu dan tidak berasas.
Suaram bukan lagi
bertindak sebagai organisasi bukan kerajaan yang pendaftarannya tertakluk
kepada undang-undang Malaysia, tetapi telah mengangkat martabatnya sebagai
pendakwa, hakim dan seterusnya pelaksana hukum. Tidak cukup dengan membuat
aduan mengenai isu kapal selam Scorpene ke Perancis dengan dibantu oleh dua
peguam negara itu, Suaram bersama peguamnya membuat sidang akhbar di Bangkok
baru-baru ini.

Peranan Suaram
hanya selaku pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini
ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan! Apakah isu
Scorpene sebenarnya telah dicanai dengan begitu rupa melalui strategi yang rapi
dan terancang, dengan membabitkan bukan sahaja Suaram tetapi jaringan sistem
mahkamah luar negara, media antarabangsa serta jentera propaganda yang dibiayai
oleh pihak Zionis?
No comments:
Post a Comment