Monday, 17 October 2011

KERABAT Pulak Dah !!!!!

kerabat pokok nyoq bolehlah
         
Berpesatuan tu sebenarnya bagus, banyak aktiviti yang berfaedah boleh kita perolehi menerusinya. Tapi persatuan ang kita nak sertai tu biarlah berwibawa, berdaftar, pengerusinya biarlah berwibawa, aktiviti yang dirancangkan biarlah yang memenuhi kehendak ahli. Masalahnya wujud sebuah persatuan yang tak ada kredibiliti langsung, dah tu tak berdaftar, cuba menangguk di air yang keruh. Namanya pun dah something wrong, KERABAT, banyak maknyanya tu; KERABAT Raja boleh, KERABAT pokok nyoq boleh, pakat KERABAT puak-puak deme boleh.

Yang sahih lagi bersuluh ialah KERABAT pokok nyoq dan pakat KERABAT puak-puak deme yang tepat sekali. Apa tidaknya, KERABAT kononnya ialah Kelab Veteran Angkatan Tentera yang ditubuhkan kononnya untuk menjaga kebajikan bekas tentera. Ganas tu…. Tapi masalah yang paling berat kata pengerusinya ialah

“Kita ni tak berdaftar langsung dengan Jabatan Pendaftaran,
modai kita tak ada, dah tu pulak kita tak hebat macam
Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan PBTM.”

          Yang syiok lagi, KERABAT kata kalau Pakatan Pembangkang menang dalam pilihanraya nanti, KERABAT akan mengambil alih urusan JHEV dan otomatik Pengerusinya jagi Pengarah dan Timbalan Pengerusi otomatik jadi Naib Pengarah. Hilang akai apa....abih tu, yang ahli-ahli lain tu hangpa nak buang tang mana.

ibarat tunggu buah yang tak akan jatuh..daun pon tinggai dua bilah
          
Kepada para Veteran ATM janganlah dok percaya sangat dengan persatuan yang tak berdaftar ni. Nasihat Navy The Best, selidiklah dulu siapa dia Presiden dan Timbalan Presiden KERABAT tu. Cuba selidik sikit latar belakang mereka, pasai apa dalam diam tak diam tiba-tiba tubuh KERABAT…banyak asbab tu.

1 comment:

  1. salam kepada pesara atm ingatlah dulu gaji kita dapat hasil daripada titik peluh kerajaan yang bagi.jgn jadi penderhaka. setia lah kepada negara dan sumpah keramat sebagai seorang tentera.

    ReplyDelete