Tuesday, 18 October 2011

KOBATPR Cap Ayam Punya Blogger

Kalau baca tanpa guna akal memang kesian bunyinya terhadap bekas tentera Mohd Firdaus Feriddy Abdullah. Tapi dengan sedikit ilmu yang ada saya rasa banyak pembohongan yang KOBATPR buat. Sebelum saya huraikan dengan lebih lanjut, saya nak bagi hint sikit kat sini. Cuba perhatikan gambar yang KOBATPR sertakan, ok sekarang cuba fokuskan kepada gambar motor tu, ok sekarang cuba tengok saiz tayar motor tu. Motor kapcai ke motor besar tu? Sahih, kompom, alberto..itu motor besar tu..macamana kata hidup penuh kedhaifan kalau mampu beli motor besar? Minyak setangki dah berapa? Tayar sebijik koman-koman RM 300, itu nak kata derita lagi. Kalau bagi saya memang derita, bukan sebab anak sakit, tapi sakit nak bayar cukai jalan, sakit nak bayar insuran, adalah.



 



Keduanya, saya rasa hairan bila dikatakan "Habis madu, sepah dibuang ". Zalim sungguh KOBATPR membuat fitnah sebegitu. Jangan buat fitnah, kerajaan beri kemudahan pinjaman perumahan kenapa tak buat. Susah nak cari makan, cuba pergi JHEV negeri, banyak peluang kerja yang tersenarai, cuma nak tak nak saja. Masalahnya kebanyakan memilih, nak yang depang tangga rumah, kerja senang, gaji nak banyak. Macamana tu?? Pasal penyakit anak, jangat nak buat fitnah, bawa kad pesara tu tunjuk kat hospital, tentu-tentu dapat rawatan percuma. Di Kuala Lumpur, Hospital Tunku Mizan ada, di Lumut, Perak hospital 96 HAT ada, KINRARA ada. Cuma perlu bawa anak sahaja, selebihnya rawatan adalah percuma. Sebab itu wujudnya JHEV, PBTM. Masalah kita sekarang ialah serba-serbi nak bersuap, payahlah kalau macam tu.

Ini tidak serba-serbi nak salahkan ATM dan yang pastinya kerajaan akan dikaitkan. Kalau betul KERABAT nak bantu, Hah!! Bantulah sekarang, kenapa nak tunggu sampai PRU baru nak kotakan janji-janji manis tu. Satu lagi yang saya tak faham ialah, sikit-sikit nak kaitkan pasal tanah 20 ekar, macam dah tak ada modal lain. Kalaulah dibagi tanah seluas 20 ekar tu, agaknya apa akan berlaku? Yessss..juallah apalagi, lepas tu beli kereta besar, beli rumah besar, pasang Mak Andeh baru, OKB katakan.

Janagnlah raih publisiti secara murahan. Itu masalahnya bila Presiden Persatuan Tak Berdaftar bercakap, tukang sokong pencacai. Elok sangatlah !!!!

1 comment:

  1. Salam semua....dah lama ikuti isu-isu dlm blog, tp bab artikel ni yg nak komen sikit....isu2 kebajikan pasal pesara tentera nie byk juga la keluar berita,ntah kenapa saya pun tak faham yg mana ex-tentera semua ni tak tahu ke yang kerajaan atau ATM itu sendirinya telah menyediakan pelbagai cara untuk membantu dari segi keabajikan, peluang pekerjaan, bantuan kesihatan dan lain. Bila ada yg tamat perkhidmatan yg tak endah perkara2 mcm nie....adelah pulak org lain yg ambil kesempatan mempolitikkan isu ni....kan lebih baik bagi jln dan bantuan sewajarnya. Itu lebih baik...

    ReplyDelete