KD PENDEKAR |
Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah berjaya menahan dua buah bot nelayan dari Pantai Labu, Belawan pada 26 November 2011 sekitar jam 9 pagi. Bot tersebut telah dikesan sedang menangkap ikan dalam kawasan perairan Malaysia iaitu 41 batu nautika utara Pulau Jarak. Terdapat tujuh orang awak-awak bersama dua orang tekong yang tidak mempunyai pengenalan diri yang sah semasa bot tersebut ditahan. Turut ditemui bersama bot tersebut adalah 150kg ikan yang ditangkap dalam kawasan milik negara. Bot-bot tersebut telah dibawa ke Lumut dan akan diserahkan pada pihak APMM untuk tindakan selanjutnya.
Bot nelayan Indon yang ditangkap |
Bot-bot tersebut telah ditemui pada sekitar jam 10 pagi oleh Kapal Diraja PENDEKAR, semasa dalam rondaan Op PATKOR MALINDO. Op PATKOR MALINDO merupakan satu operasi bersama TLDM dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI-AL) yang berlangsung selama sembilan hari iaitu dari 21 hingga 30 November 2011. Op PATKOR MALINDO melibatkan empat buah kapal, masing-masing dua buah dari setiap negara iaitu KD PENDEKAR DAN KD GANYANG dari TLDM dan KRI BOA dan KRI SILIMAN dari TNI-AL.
nak tanya sikit pada Navy The Best-kapal ini ada berapa injin?.laju kut.
ReplyDeletemax speed kd pendekar 34 knot.kapal ni ader 3 enjin
ReplyDeletebetulkah ianya punya tiga injin?.Pendekar lama memang tiga injin,tolong jaqngan kelentong.
ReplyDelete