Majlis Sambutan Hari Inovasi dan Integriti peringkat Kementerian Pertahanan bagi tahun 2011 dengan tema ‘Kreativiti Pencetus Inovasi’ telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Auditorium Kementerian Pertahanan pagi ini. Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato’ Dr. Abdul Latif bin Ahmad, Timbalan Menteri Pertahanan.
Pertandingan Anugerah Inovasi Kementerian Pertahanan pada tahun ini telah menyaksikan sejumlah 64 penyertaan dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara serta perkhidmatan awam. Anugerah ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil inovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian/Cawangan/Markas/Formasi/Pangkalan/ Pasukan. Selain itu, ia juga memupuk budaya kreatif dan inovasi dalam amalan kerja seharian seterusnya memperkenalkan hasil-hasil inovasi yang boleh dicontohi oleh agensi lain bagi menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian terhadap pengurusan pelanggan.
TLDM telah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama bagi kategori Pengurusan Projek melalui Depot Peluru dan Letupan TLDM (projek MINUE MOD38, markah sebanyak 90.60%), diikuti dengan tempat kedua iaitu Cawangan Materiel, Pangkalan Udara Gong Kedak (projek BD3/MBD3 Test Panel, markah sebanyak 82.36%) dan tempat ketiga dari Jabatan Arah Jurutera, Markas Tentera Darat (projek Jiwa Murni Menaiktaraf Jalan Balak dari Long Lopeng ke Ba’kelalan Sarawak, markah sebanyak 80.70%).
Manakala Markas Angkatan Kapal Selam (projek Sound Analysis Integrated Training System (SAINT), markah sebanyak 78.60%) turut memenangi tempat pertama bagi kategori Pengurusan Sumber Manusia, diikuti dengan tempat kedua iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (projek Klinik Kaunseling 1 Mindef, markah sebanyak 77.38%) dan tempat ketiga oleh Cawangan Sumber Manusia, Markas Tentera Darat (projek TDM V1 KLIK, markah sebanyak 74.50%).
Bagi kategori Pengurusan Teknologi Maklumat pula, sekali lagi TLDM meraih tempat pertama melalui Pusat Hidrografi Nasional (projek Carta Panduarah Elektronik (MYENC), markah 79.25%), diikuti oleh Bahagian Staf Perisikan Pertahanan,Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) (projek Cryptographic Equipment for Information System (CEIS5.1), markah 79%) di tempat kedua dan Pangkalan Udara Subang (projek E-Publication Management System (EPMS), markah 77.13%) di tempat ketiga.
Sesungguhnya, usaha untuk terus berinovasi ini tidak terhad kepada prosedur dan proses kerja malahan setiap individu ATM perlu mempunyai sikap berinovasi dalam berfikir, berfikiran terbuka, dinamik serta kreatif. Dalam arus globalisasi, inovasi dan kreativiti merupakan faktor utama yang membezakan kecemerlangan bagi sesebuah organisasi. Seiring dengan transformasi kerajaan dalam menjadikan budaya inovasi sebagai teras kecemerlangan, ATM turut berusaha dalam mengambil langkah yang sewajarnya untuk menerapkan nilai-nilai inovasi dalam pelbagai skop tugas seharian agar memperolehi output yang lebih signifikan dari semasa ke semasa.
Well done and Bravo Zulu to TLDM.
NAVY THE BEST
SUMBER: PORTAL TLDM
Wah!!! tentu bangga digelar Navy people kan?.. Terbukti Navy sentiasa mendahului dalam pelaksaanaan tugas yang terserlah ke 'professsional' an nye!!!
ReplyDeleteBangga aku jadi navy
ReplyDelete