Mengikuti sesebuah latihan di
laut merupakan cabaran bagi setiap warga seaman
kerana menerusinya kecekapan, pengetahuan, skill akan dapat dinilai. Namun itu
semua tidak menjadi halangan bagi Pemerintah dan warga KD SELANGOR yang terpilih
untuk menyertai MILAN 2012 di Port Blair, India. Pelayaran yang bermula pada 30
Jan dan diduga dengan lambaian gelombang benar-benar menguji ketabahan warga
kapal. Namun berteraskan ‘Imej TLDM Didahulukan dan Kredibiliti KD SELANGOR
Diutamakan’, tiada halangan yang mampu menggugat mereka. Ketibaan di jeti Port
Blair, India pada 1 Feb sekali lagi merangsang semangat juang yang telah tersemai
apabila disambut meriah oleh kumpulan pancaragam dan navy children school.
MILAN merupakan aktiviti dua
tahun sekali yang berorientasikan menyemai hubungan persahabatan antara lautan
melalui aktiviti kerja, sukan dan sosial. Selain KD SELANGOR (Malaysia), turut serta
ialah negara sahabat lain seperti Brunei, Indonesia, Australia, Bangladesh,
Maldives, Mauritius, Myanmar, New Zealand, Filipina, Seychelles, Singapura, Sri
Lanka dan Thailand.
CO khusyuk.. |
Resepsi kapal pada malam 1 Feb
merupakan pembuka tirai bagi warga Port Blair mengenali KD SELANGOR. Acara
diteruskan dengan perlawanan bola sepak menentang Indonesia dan
Bangladesh. Walau bagaimanapun, KD SELANGOR terpaksa berputih mata di
peringkat semi-final. Krew kapal turut menyertai sukaneka yang diadakan di MILAN
Ground.
Selain itu, KD SELANGOR turut dibuka untuk lawatan dengan jumlah
sebanyak 1760 pelawat dalam masa lima jam. Ternyata kehadiran aset bongsu TLDM
mampu menarik minat negara sahabat dan warga Port Blair tanpa mengira cuaca yang
panas dan kering pada waktu tersebut. Bagi aktiviti sosial pula, MILAN
2012 melaksanakan pelbagai aktiviti seperti malam kebudayaan yang menyaksikan
setiap negara memperkenalkan makanan dan kebudayaan kepada negara sahabat
disamping beramah mesra tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Manakala,
majlis beach party dilaksanakan di Coconut Groove bagi meraikan anggota dari setiap
negara manakala pegawai diraikan pada malam mesra di Ross Island.
Opp...hati-hati |
Panglima Markas Wilayah Laut 3 iaitu Laksamana Pertama Dato’ Mior
Rosdi bin Dato’ Mior Mohd Jaafar bersama Pegawai Memerintah KD SELANGOR, Kdr
Azhar bin Baharum turut terlibat dengan beberapa seminar, table talk dan perbincangan sepanjang berada di Port Blair. Acara
kemuncak MILAN 2012 adalah city parade yang membariskan kontijen dari Angkatan Tentera India iaitu
Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara bersama kontijen negara sahabat
yang lain. Acara yang penuh warna warni ini turut dihiasi oleh kumpulan
pancaragam Polis Andaman dan Nicobar serta Tentera Darat dan Tentera Laut India.
Setelah lima hari berkampung
mengabadikan pengalaman dan kenangan, tanggal 6 Feb KD SELANGOR belayar
meninggalkan Port Blair dan menyertai PASSEX bersama KDB Darulaman ke Pelabuhan
Lumut.
Navy The Best
Sumber: Portal TLDM
Syoknya jadi tentera laut kan. Boleh kenal tempat orang, boleh shopping, syoknya. Kalau tldm wanita boleh naik kapal juga ke.
ReplyDeleteSekarang nie pun dah ramai kaum hawa yang kerja kat atas kapal tu...
Delete