Peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara tidak pernah dihalang malah digalakkan oleh kepimpinan tertinggi TLDM. Kenalkah kita semua dengan seorang pegawai wanita pertama berketurunan Orang Asli di dalam TLDM.
Kdr Nur Mahani |
Komander Nur Mahani Che Mat TLDM merupakan wanita pertama dalam ATM yang menerima
pembiayaan penuh menyambung pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Kewangan di
Universiti Wollonggong, Sydney, Australia. Beliau bakal mengikut jejak langkah
suaminya, Komander Nur Azmel Awaludin, 40, yang turut melanjutkan pengajian di
universiti sama dalam bidang Polisi Maritim. Inilah bukti kepada warga TLDM yang lain bahawa TLDM menganjurkan warganya untuk terus maju kehadapan, bak kata pepatah "Di mana ada usaha, disitu ada jalan".
Kdr mahani yang juga ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur kerana diberi
peluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan
menyifatkan tawaran tersebut sebagai cabaran kepadanya sebagai seorang isteri,
ibu dan anggota TLDM.
"Saya berterima kasih kepada TLDM kerana memberi
peluang kepada saya melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi dan sudi
memberi pembiayaan penuh dalam usaha saya mendapatkan Ijazah Sarjana. Walaupun gembira dengan tawaran serta pembiayaan
tersebut, saya sedar cabaran yang menanti selepas ini lebih besar kerana saya
memikul beban banyak pihak yang ingin melihat saya berjaya selain perlu bijak
membahagikan masa antara keluarga dan pelajaran. Bagaimanapun, saya tidak mahu ia menjadi batu
penghalang untuk mencapai kejayaan. Saya akan pastikan, saya pulang dengan segulung Ijazah Sarjana serta merealisasikan hasrat kepimpinan tertinggi TLDM."
Asisten Ketua Staf (Sumber Manusia),
Laksma Yaakub Husin menyifatkan pemberian pembiayaan itu kepada Nur
Mahani sebagai titik tolak kepada perkembangan karier warga wanita dalam TLDM
dan ATM. Menurut Laksma Yaakub; "Kami memilih Nur Mahani kerana beliau merupakan
seorang anggota yang memberi komitmen tinggi sewaktu menjalankan tugas,
berdisiplin serta mempunyai rekod bersih. Kami
berharap Nur Mahani akan menjadi sumber inspirasi kepada anggota wanita lain.
Kami juga berdoa dan berharap beliau pulang dengan kejayaan."
Syabas oleh Navy The Best
Kalau nak diikutkan ramai lagi yang dapat keistimewaan seumpama baik diperingkat bawah mahupun atasan. TLDM sering anjurkan warganya supaya teruskan belajar, tengok K-Force sebagai bukti, semua warga yang berkelayakan diberi peluang. Aku ingat nak masok jugak K-Force tu tapi, bila balik rumah tengok anak dekat setengah dozen, masa pulak kurang (yang sebenarnya MALEH nak pegang buku) so terbantutlah nawaitu tu..apa pon bagi yang muda-muda rebutlah peluang yang TLDM berikan.
ReplyDeleteNasihat aku, jangan didengar sangat cerita-cerita kurafat kat luar tu, sbb mereka yang kat luar tu semuanya nak menjatuhkan imej navy...maklumlah kecewa...