Wednesday, 1 August 2012

KEPAHITAN DISEBALIK KESENANGAN

It is not just a picture.......
               Walaupun sambutan memperingati Hari Pahlawan telah berlalu semalam, namun ianya tidak bermakna ianya harus luput dek ingatan. Menerusi pemerhatian NTB, wujud suara-suara yang mempertikaikan sambutan hari tersebut..ada yang berkata "ahhh..bukan askar sahaja yang berjuang untuk negara..kami agensi **** pun berjuang juga..kalau tak masakan ekonomi negara boleh berada di tahap sekarang" dan tak kurang juga yang berkata "apa yang nak diungkit sangat..dah itu kerja mereka, so kalau terkorban masa konflik..itu kira nasib dialah...sapa yang suruh dia masuk askar.."

             Berdasarkan rungutan insan-insan tersebut sememangnya mengecewakan semua PAHLAWAN negara. Perjuangan warga ATM bukanlah sesuatu yang boleh diimbang dengan wang ringgit..tindak dinafikan bahawa semua rakyat di Malaysia berfungsi untuk menaikkan imej serta ekonomi negara...namun dari bilangan tersebut berapa ramaikah yang telah gugur demi mempertahankan negara? Berbanding ATM...sebaik sahaja Darurat di ishtiharkan maka bermulalah episod pilu buat keluarga warga ATM...Seinci pergerakan mereka tidak menjanjikan pulang namun apa yang pasti ialah jasad mereka yang mnyembah bumi demi kedaulatan Malaysia yang tercinta. Itulah bezanya perjuangan ATM dan agensi lain.

Navy The Best
Perjuangan Yang Belum Selesai

No comments:

Post a Comment