Turut menerima sumbangan Wang
Perayaan Yayasan Veteran ATM itu ialah balu veteran ATM, veteran ATM kelainan
upaya (OKU) yang cedera ketika operasi dan penerima peralatan pesakit serta
anak yatim di kalangan di veteran ATM. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,
Datuk Seri Dr Ismail Ahmad, berkata tahun ini sebanyak RM1.84 juta
diperuntukkan kepada 3,761 penerima di seluruh negara. Beliau berkata, penerima
sempena perayaan itu bukan saja membabitkan veteran ATM beragama Islam yang
bakal menyambut Aidilfitri, malah turut merangkumi mereka yang bukan beragama
Islam.
Kementerian Pertahanan berharap
sumbangan ini dapat meringankan beban semua penerima, terutama dalam
menyediakan kelengkapan menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi. Pada
majlis itu, seramai 182 veteran ATM termasuk balu dan anak yatim di Selangor
dan Wilayah Persekutuan menerima sumbangan RM500 setiap seorang.
Tak boleh kurang ke had umur?. Askar selalunya `umur' tak panjang sebab dah `letih' semasa perkhidmatan. So lebih baik umur 56 tahun ke atas.
ReplyDeleteMacam2lah had dia beri!. Biarlah ikhlas yop
ReplyDeleteJHEV dan KEMENTAH kena fikir lebih jauh bukan sekadar beri duit je. dalam jangka panjang kalau boleh ada hotel/chalet yg beri rate murah kat dia org dan keluarga peri bercuti atau melancung. At least anak2 bangga jadi kepada warga pejuang negara!.
ReplyDeleteSokong!!!idea bagus..
ReplyDeleteBanyak lagi idea, yg `atas' tu tolong fikiaq.
ReplyDelete