Monday, 22 October 2012

PESARA ATM DIMOHON DAFTAR PERSATUAN BEKAS TENTERA



Pesara TLDM dimohon untuk  mendaftarkan diri dengan persatuan Bekas Pegawai TLDM atau Persatuan Bekas TLDM di negeri masing-masing bagi memastikan kehidupan mereka terus terbela meskipun selepas bersara. Persatuan terbabit akan menjaga kebajikan anggotanya dengan menyalurkan maklumat terkini pasukan selain merapatkan hubungan antara pesara dan warga TLDM melalui aktiviti anjuranya.

Pesara TLDM yang diraikan
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyeru agar pesara TLDM terus mengemukakan cadangan, komen dan idea bernas bagi penambahbaikan pasukan. Ini kerana di sebalik kecanggihan sistem dan peralatan yang diperolehi TLDM sejak 78 tahun kegemilangannya, aset utama yang menjadi penentu kejayaan ialah sumber manusia. Beliau berucap semasa Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai bekas anggota dan pegawai TLDM yang telah meninggalkan perkhidmatan.



Kejayaan TLDM tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa hasil kerja dan komitmen yang diusahakan secara kolektif oleh warga TLDM. Pengalaman pesara TLDM dapat dikongsikan dan melalui pendekatan yang relevan serta boleh diguna pakai bagi membantu melonjakkan TLDM ke tahap yang lebih baik.


2 comments:

  1. Memang benar semasa kita dalam perkhidmatan segala pengalaman kita curahkan hanya untuk negara dan TLDM tapi malangnya bila dah bersara hanya segelintir saja Pegawai kanan dan pegawai Turus yang tau menilai erti pengorbanan tu. Yang pegawai muda langsung tak tau hendak menilai malah tidak mahu mempelajari pengalaman yang pernah kita lalui tetapi angkoh dengan pencapaian Ijazah dan sebagainya. Saya amat sedih bila saya dikatakan Navy bodoh dan haram jadah oleh pegawai muda yang baru dalam lingkungan 4 ke 5 tahun dalam perkhidmatan dah sibok nak pakai Lt Kdr tapi ilmu jauh panggang dari api.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ini hanya tahu theory sahaja, tidak pada practical atau keadaan yang sebenarnya sebab bercakap atau mengarah memang mudah dari melakukannya.Sikap angkoh pada Ijazah itulah yang tidak mahu merima pendapat atau tegoran orang bawahan.Tetapi tidak semuanya, ada juga yang boleh dibawa berbincang untuk sesuatu keputusan terbaik.

      Delete