Pembinaan kemudahan
Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) oleh Kementerian Pertahanan menelan kos
lebih RM3.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1,464.71 juta daripada
peruntukan siling bagi projek tersebut.
Menurut Laporan
Ketua Audit Negara 2011, peruntukan siling RMKe-9 bagi 38 projek RKAT ialah
sebanyak RM1,742.12 juta. Bagi 12 projek RKAT yang dilawati, kos kontrak asal
berjumlah RM1,122.75 juta. Bagaimanapun, kos ini telah meningkat kepada
RM1,297.18 juta iaitu peningkatan sebanyak RM174.43 juta, menurut laporan yang
diedarkan di Dewan Rakyat.
Jabatan Audit Negara
mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek RKAT yang
dibina dalam RMKe-9 itu dan pengurusan satu RKAT yang diaudit adalah kurang
memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang boleh
menjejaskan objektif pembinaannya. Secara keseluruhannya, Kementerian
Pertahahan melaksanakan 38 projek RKAT meliputi pembinaan 9,445 unit rumah dan
sehingga Disember 2011, sebanyak 37 projek siap manakala satu projek lagi masih
belum siap dan telah dikategorikan sebagai projek sakit.
Laporan audit juga
menyatakan bahawa daripada 37 projek yang siap, didapati sembilan projek dibawa
ke RMKe-10 sebagai projek sambungan dengan kos berjumlah RM186.30 juta. Ini
kerana sembilan projek tersebut mengalami banyak kecacatan dan kerosakan
pembinaan serta memerlukan kerja pembaikan.
Berdasarkan semakan
audit, enam projek RKAT di Lembah Klang yang dibina oleh Syarikat Usahasama
SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (Syarikat USL) mempunyai bilangan kerosakan dan kecacatan
pembinaan yang paling tinggi. Semakan audit mendapati Syarikat USL juga gagal
menyelesaikan antara 1,493 hingga 2,085 aduan kerosakan dan kecacatandalam
tempoh atau selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.
Jabatan Audit Negara
turut menegur Kementerian Pertahanan di atas kelemahan dalam pengurusan projek
RKAT hingga memaksa kerajaan menanggung kos tambahan. Kementerian sepatutnya
merampas jaminan bank setelah Syarikat USL gagal menyelesaikan kerja pembaikan
sebaik sahaja tamat tempoh tanggungan kecacatan.Kementerian juga tidak
sepatutnya mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) memandangkan
kerja pembaikan yang masih belum selesai dilaksanakan oleh kontraktor.
Apa sudah jadi pada Kementah dan ATM!!!!.
ReplyDeleteApakah perlu ATM bergembira dalam tangisan?. bergembira kerana pasukannya mungkin jadi juara tetapi menanggis kerana tak larat duduk rumah yg `tak serupa plan'.
Nampak sangat ada cakap tak seupa plan...