Pakatan
Pembangkang (PP) difahamkan telah membelanjakan sebanyak RM4.8 juta sebagai habuan kepada 5 bekas Jeneral
untuk menyokong PP. Jeneral Md Hashim (B) mendahului
senarai dengan RM1.5 juta, diikuti oleh Lt
Jen Ghafir (B) sebanyak RM1.2 juta, Laksma
Imran (B) dan Brig. Jen Najmie (B)
masing-masing mendapat sebanyak RM800k manakala yang tercorot Brig Jen Abd Hadi Khatab hanya
"ceciput" sebanyak RM500k.

Inilah
bekas Jeneral pro pembangkang yang sanggup menjadi 'pengkhianat' kepada ATM
yang kini sanggup memperlekehkan KEMENTAH dan ATM......gadai maruah hanya kerana
dek "habuan". Mereka kini amat lantang dengan pelbagai tuduhan
melulu, tanpa asas malah sanggup memfitnah dengan pelbagai rekaan isu terhadap
KEMENTAH dan ATM serta kerajaan pimpinan BN. Inilah golongan "kacang
hantu" yang lupa akan janji setia dan Ikrar Kesatria yang didokong mereka
ketika dalam perkhidmatan dulu. Kesemua mereka ini adalah golongan
"kecewa" kerana tidak dinaikkan pangkat/jawatan yang lebih tinggi.
Macam mana kementerian nak bagi pangkat kalau perangai amat hodooooohhh!!! Bekas
Jeneral ini juga sudah tiada "taring" dan telah patah
"kuku", majoriti bekas Jeneral, bekas para pegawai dan bekas LLP
tidak terkecuali yang masih berkhidmat semakin menjauhkan diri daripada 5 bekas
Jeneral tersebut.
No comments:
Post a Comment