Malacanang Palace,
Presiden Filipina menolak permintaan Sultan Jamalul Kiram III menuntut kerajaan
Filipina menyelesaikan tuntutan ke atas Sabah sebelum pengikut-pengikutnya meninggalkan
Kg Tandauo. Presiden Filipina menggesa mereka pulang semula ke Filipina sebelum
sebarang aktiviti pertempuran berlaku dengan agensi keselamatan Malaysia.
The Manila Standard memetik kenyataan
rasmi Istana sebagai berkata kebimbangan utama kerajaan sekarang ialah
kebajikan 800,000 warga Filipina di Malaysia yang mungkin terancam kerana
pencerobohan bersenjata kira-kira 100 pengikut Kiram, yang diketuai oleh
Agbimuddin dan saudaranya.

Risalah-risalah
dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri turut disebar
di sekitar kawasan Kampung Tanduo tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia
belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu. Pasukan keselamatan tidak
teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam. Sebarang tindakan
oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta
mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil.
![]() |
Pasukan Keselamatan Bersedia Untuk Menggempur Pada Bila-Bila Masa Sahaja |
1 comment:
Demi kedaulatan negara...lakukan yg trbaik..moga anggota kslamatan kta d lindungi Allah SWT...AMIN.
Post a Comment