Monday, 1 April 2013

ATM FOKUS PEMBANGUNAN MODAL INSAN



Transformasi ATM 2013 akan terus dijana melalui pelbagai program pembangunan antaranya pembangunan modal insan yang dilihat mampu meningkatkan kekuatan pegawai dan anggota dari segi fizikal dan mental serta tidak hanya merperkayakan aset tempur yang canggih semata-mata.

Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memaklumkan bermula tahun 2013, ATM meletakkan beberapa syarat baru dalam pengambilan pegawai dan anggota antaranya kelayakan akademik, modal insan dan trilogi 3M. Ketiga-tiga syarat ini dilihat mampu memperkasa dan menaiktarafkan ATM dalam usaha menjadi sebuah kekuatan ketenteraan yang terbaik. Pelan Strategi Trilogi 3M yang memfokuskan kepada ‘Man’ bermaksud anggota tentera, ‘Machine’ ialah mesin teknologi dan kelengkapan ketenteraan manakala ‘Method’ bermaksud kaedah atau strategi doktrin ketenteraan yang dirancang.

Kekuatan aset tempur serta strategi ketenteraan tidak akan berkesan sekiranya ia tidak dibangunkan selaras dengan kekuatan anggota itu sendiri, kerana tiga aspek ini memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan kekuatan sesebuah angkatan tentera.


No comments:

Post a Comment