Monday, 1 April 2013

KAPAL KELAS LAKSAMANA TLDM



1. Kapal kelas Kovert ini pada mulanya ditempah oleh Tentera Laut Iraq pada suatu masa dahulu dan dikenali sebagai kapal kelas Assad.

2. Apabila keempat-empat kapal kelas Assad siap, Iraq tidak dapat menerima kapal tersebut kerana sekatan senjata oleh PBB akibat tercetusnya penaklukan Iraq ke atas Kuwait.

3. Namun begitu, Malaysia telah mengambil alih keempat-empat kapal kelas Assad tersebut dan kemudian dikategorikan sebagai kelas Laksamana.

4. KD Laksamana Hang Nadim dan KD Laksamana Tun Jamil adalah dua kapal kovet kelas Laksamana yang pertama ditauliahkan dalam TLDM pada Julai 1997 dan pada Julai 1999, KD Laksamana Muhammad Amin dan KD Laksamana Tan Pusmah pula ditauliahkan perkhidmatannya.

5. Kapal kelas Esmeraldas milik Tentera Laut Ecuador mempunyai ciri-ciri dan reka bentuk yag serupa dengan kapal kelas Laksamana/Assad ini.


6. KD Laksamana Hang Nadim (No Pennat 134) dan nama asal kapal tersebut ialah
Khalid Ibn Al Walid.


7. KD Laksamana Tun Abdul Jamil (No Pennant 135) dan nama asal kapal tersebut ialah Saad Ibn Abi Waccase.


8. KD Laksamana Muhammad Amin (No Pennant 136) dan nama asal kapal tersebut ialah Abdullah Ibn Abi Sarh.


9.  KD Laksamana Tan Pusmah (No Pennant 136) dan nama asal kapal tersebut ialah Salahi Ad Deen Al Ayoobi.

No comments:

Post a Comment