Pada tanggal 25 September 1982, perjawatan Pasukan Khas
Laut (PASKAL) yang terdiri dari 8 Pegawai dan 87 LLP telah diluluskan dan
ditubuhkan secara rasminya mulai 1 Okt 1982. Perjawatan ini telah diluluskan di
dalam mesyuarat khas jawatankuasa pasukan petugas organisasi dan perjawatan
(Kuasa Perjawatan FED (M) NO. 2062/1/82). Tarikh tersebut telah dipilih sebagai
tarikh rasmi ulangtahun penubuhan PASKAL setiap tahun.
Gugusan Semarang Peninjau |
Justifikasi awal penubuhan PASKAL adalah untuk
mempertahankan stesen luar pantai (SLP) yang kini dikenali sebagai Gugusan
Semarang Peninjau (GSP) dan penguatkuasaan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) Malaysia
selaras dengan peta baru Malaysia. Keanggotan dan kekuatan PASKAL terus
berkembang sejajar dengan tugas utama dimana PASKAL sebagai salah satu pasukan
penggempur anti keganasan di laut melalui arahan Majlis Keselamatan Dalam
Negara (MKN), manakala penugasan di GSP bertambah dari Stesen Lima menjangkau
ke utara iaitu Stesen Uniform, Mike, Sierra dan Papa.
Woodland, Singapore |
Pasukan Khas Laut (PASKAL) telah diasaskan secara tidak
rasmi pada tahun 1977. Ketika itu ia dikenali sebagai Unit Komando Laut TLDM
yang berpangkalan di Woodland Singapura, yang mana dulunya dikenali dengan nama
HMS KD PELANDOK di Kem Khatib, Sembawang, Singapura. Unit ini adalah di bawah
Organisasi Rejimen Keselamatan TLDM yang kini dikenali sebagai Provos Tentera
Laut (Protela). Sebagai perintis unit ini mendapat latihan asas komando di
dalam dan luar negara seperti di Pusat Latihan Peperangan Khas Sungai Udang
Melaka, Pusat Pendidikan KOPASKA Mariner Surabaya, Indonesia dan Royal Marine
Commando, United Kingdom.
KERJAYA
Pegawai dan anggota akan dianugerahkan dengan beret
komando apabila tamat latihan asas PASKAL dan lencana trimedia setelah
menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL. Mereka akan menjalani latihan
lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing – masing bagi
melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAL juga diwajibkan
menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 3 bulan bagi menilai tahap
kesiapsiagaan anggota. Antara ujian yg dijalankan ialah :
1. Larian 7.8km dalam masa 28 minit
2. Berenang 1.5km tidak lebih dari 25 minit (kolam
renang)
3. Berenang 6.4km di lautan dengan peralatan tempur
lengkap dalam masa 120minit
4. Terjunan bebas malam/siang di lokasi tertentu
bangunan,laut,bukit
5. Renang gaya bebas 1.5km dalam masa 31 minit
6. Selaman bebas tanpa peralatan di kedalaman 7m
7. Ikhtiar hidup dalam air dengan kaki dan tangan
diikat.(Drown proofing)
PASKAL telah menghantar pegawai dan anggota untuk
menjalani kursus khas dengan pasukan elit Special Air Service British, NGSLO,
SEALs, Submarine Escape (Australia), Assault Swimmer and Clearance Diving Team
(Australia), Sniper Supervisor (Australia), Mountain Climbing (Perancis), ASASR
Australia dan sebagainya. Pada 26 Ogos 1991, Kementerian Pertahanan
mengistiharkan PASKAL sebagai pasukan utama dalam operasi memerangi keganasan
bagi mempertahankan pelantar minyak dan kapal-kapal dan bertindak sebagai
Pasukan Tindakan Pantas dalam apa jua situasi.
IDENTITI PASKAL
Beret Ungu
Melambangkan identiti pasukan elit ini dan juga
melambangkan hubungan persahabatan pasukan ini dengan Kor Marinir Indonesia
memandangkan jalinan erat antara Malaysia dengan Indonesia adalah kukuh,
Lanyard Biru Tentera Laut
Melambangkan identiti TLDM dan juga melambangkan hubungan
akrab pasukan ini dengan unit yang melatih pasukan ini, Komando Marin Diraja
British.
Celoreng
Celoreng yang menjadi pakaian seragam PASKAL merupakan
celoreng yang sama dipakai oleh US Navy SEALs dan juga turut merupakan hubungan
baiknya dengan pasukan elit Amerika Syarikat ini kerana pasukan itu jugalah
yang menjadi tunggak utama penubuhan PASKAL hingga sekarang.
Trimedia
Trimedia merupakan lambang rasmi yang dipakai oleh setiap
anggota PASKAL.
Trimedia Paskal |
Maksud :
1. Lambang Sayap Terjun – Berkeupayaan untuk penyusupan
melalui udara
2. Lambang Jet Fin & Face Mask – Berkemampuan untuk
melakukan penyusupan melalui bawah air.
3. Pisau Komando – mampu melaksanakan operasi di dalam
hutan.
4. Lambang Sauh – salah satu unit dalam TLDM.