Wednesday, 29 May 2013

CIA : PERISIKAN ALAF BARU TANPA DISEDARI



Tanpa disedari dan tidak pernah terlintas difikiran kita sebenarnya ada pihak yang mengumpulkan maklumat perisikan menggunakan peralatan elektronik yang kita miliki terutamanya gajet-gajet canggih dan moden sekarang. Perkembangan tersebut dikatakan telah lama berlaku namun hanya diketahui sejak kebelakangan ini sahaja. Perkara ini dibuktikan dengan kenyataan dari CIA sendiri seperti berikut: Pengarah Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) mendedahkan mereka akan menggunakan cara baru untuk ‘mengawasi’ masyarakat.



Perisik tidak lagi perlu meletakkan peranti pepijat di rumah secara rahsia kerana alat elektronik pada masa ini kebanyakannya dikawal perisian penggunaan (applications). “Secara tidak langsung, setiap isi rumah sebenarnya telah memasang peranti pepijat secara automatik di rumah mereka. Semua peralatan elektronik kini boleh dikawal dengan sejenis cip,” jelas David Petraeus. Menurutnya lagi, mikrocip itu membolehkan alat elektronik ‘dibaca’ seperti buku, sekali gus, kaedah baru tersebut kononnya akan dapat mengubah seni mengintip yang telah diguna pakai sebelum ini.

Penggunaan kaedah kawalan terhadap alat teknologi itu didakwa lebih murah kerana dipantau menggunakan frekuensi radio dan rangkaian sensor. Secara tidak sedar sebenarnya pihak musuh Islam telah lama mengumpulkan data-data umat Islam seluruh dunia terutamanya yang menentang dan memusuhi pihak barat. Perkara tersebut dijadikan sumber untuk membuat keputusan selanjutnya samada untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan ataupun untuk memantau negara-negara yang berisiko untuk menentang mereka pada masa akan datang. Sedarlah wahai umat Islam sesungguhnya pihak kafir akan terus mencari jalan untuk menghapuskan kita cuma masa dan ketikanya sahaja yang tidak diketahui.

No comments:

Post a Comment