Wednesday, 29 May 2013

WHAT IS ‘NAVY’?

Istilah


Digunakan secara rasminya dalam bahasa Inggeris pada tahun 1600. Perkataan ‘Navy’ dipercayai berasal dari perkataan Perancis Lama ‘Navie’ bermaksud armada kapal-kapal dan bahasa Latin ‘navigium’ bermaksud kapal atau bot.


Merchant Navy‘?


Pada masa dahulu, istilah ‘navy’ digunakan secara menyeluruh dalam dunia perkapalan tidak terhad kepada ketenteraan sahaja malah mencakupi dunia perkapalan komersil. Dunia moden masa ini, kapal komersil digelar ‘Merchant Navy’ untuk menzahirkan maksud armada kapal bukan ketenteraan.


Walaupun kepentingan kapal komersil tidak begitu ketara semasa keadaan aman kecuali untuk perdagangan, ianya menjadi begitu penting ketika keadaan perang berlaku. Kapal-kapal komersil ini amat berguna sebagai medium untuk menghantar bekalan-bekalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Adakalanya kapal komersil diubahsuai sebagai kapal tentera untuk tugas tertentu. Ini boleh berlaku disebabkan beberapa faktor seperti kos bahanapi dan penyelengaraan yang rendah contohnya kapal Bunga Mas Lima (BM5) dan Bunga Mas Enam (BM6) milik MISC Berhad diubahsuai dan  digunakan untuk tugas mengiringi kapal-kapal MISC yang lain di Teluk Aden.

Merchant Navy

No comments:

Post a Comment