
Apakah kaitannya
malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam
Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana
yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya
firman Allah SWT
Maksudnya:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar
itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu,
turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala
perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah
Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)
Mengikut satu
pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan
satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4
orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka
sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan
perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW
menyatakan bahawa Allah
SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah
al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa
yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat
gembira.
Dalam hadis yang
lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan
bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang
ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.
Panduan:
Dari maklumat serba
sedikit di atas tadi sebenarnya banyak boleh dijadikan panduan kepada umat
Islam seluruhnya. Antara panduan berkenaan ialah seperti:
1. Tidak
ada perkara yang tidak terdapat dalam al-Quran
2. Ayat
pertama diturunkan ialah ‘iqra’ iaitu ‘baca’ dan Tuhan mengajarkan manusia
melalui perantaraan Pena dan Tulisan.
3. Kelemahan
umat Nabi Muhammad beribadat maka dianugerahkan satu masa yang apabila kita
mendapatkannya kita akan digandakan pahala melebihi seribu bulan.
Apabila disebutkan
bahawa tidak ada perkara yang tidak terdapat di dalam al-Quran itu maka ianya
memberikan makna bahawa segala ilmu pengetahuan yang merangkumi fardu ‘ain dan
fardu kifayah dalam segenap aspek kehidupan merangkumi ekonomi, sosial,
perundangan, pendidikan, sains dan teknologi dan lain-lain, segalanya terdapat
dalam al-Quran. Tafsiran, kupasan analisa dan penyelidikan membolehkan umat
Islam maju mendahului umat-umat lain di dunia ini.

Perkara ketiga
ialah hikmah dari anugerah malam al-qadar kepada umat Nabi Muhammad SAW sebagai
umat akhir zaman. Mengetahui kelemahan umat Islam akhir zaman ini dalam
beribadah maka dianugerahkan satu peluang di mana ibadah yang dilaksanakan pada
malam itu digandakan sehingga 1000 bulan. Bermakna kiranya kita dapat
melaksanakan ibadah dengan penuh keimanan di 10 akhir Ramadhan, kita akan
berpeluang mendapat malam al-Qadar. Ini akan menjadikan kita seolah-olah
beramal ibadah selama 1000 bulan iaitu sekitar 83 tahun. Menjadikan kita
seolah-olahnya menghabiskan seluruh hidup kita dan usia kita dalam ibadah.

Sebagai kesimpulannya marilah
kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran sebagai suatu peristiwa besar yang
penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab
induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya. Memajukan
manusia yang lebih penting adalah memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui
penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah.
Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa,
mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan
seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini
dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari
belenggu kelemahan dan penghinaan.
No comments:
Post a Comment