
“NBOS3 merupakan
satu projek yang terunggul dan berjaya. Kejayaan projek pertanian
berteknologi tinggi yang membabitkan penanaman ‘rock melon’ dijangka
menjana pendapatan bersih RM100,000 setiap tuaian telah mendorong kerajaan
untuk memperluaskan projek ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat
projek NBOS3 di KM 6.8, Jalan Nilai-KLIA.
Semasa lawatan itu,
beliau turut mencadangkan agar tanah bersebelahan tapak projek sedia ada
turut dibangunkan dengan tanaman tersebut bagi melatih dan membantu bekas
tentera. Ali berkata projek NBOS3 yang disertai peserta Azam Tani itu
berjaya membantu keluarga miskin meningkatkan taraf hidup kumpulan
sasaran. Selain menjadi tempat perniagaan, projek tersebut katanya boleh
dijadikan inkubator serta lokasi penyelidikan dan latihan kolej serta
institusi pertanian di samping sebagai pusat agro pelancongan.

“Walaupun kos
menanam ‘rock melon’ tinggi, namun permintaan tinggi dan harga pasaran
yang kompetitif mencecah sehingga RM10 sekilogram menjadikannya sebagai
tanaman pilihan terbaik untuk diusahakan. Ia juga mendapat permintaan
tinggi di negara seperti Hong Kong, Singapura dan Timur Tengah,” katanya. Beliau
berkata penanaman ‘rock melon’ secara teknik fertigasi dengan menggunakan
struktur pelindung hujan di ladang itu hanya mengambil masa 70 hari untuk
membolehkan hasil dituai dan setahun dapat dilakukan empat kali.
No comments:
Post a Comment