Followers

Tuesday, 31 July 2012

BERBAIK SANGKA DI BULAN PUASA DAN ELAKKAN BUAT DOSA KERING

Mangsa keadaan...


Kalau diikutkan hati, rasanya malas nak ulas dan keluarkan artkel ini. Akan tetapi kalau tak dikeluarkan maka tiadalah usaha untuk memperbetulkan persepsi dan berkongsi pendapat. Menerusi pembacaan dan survey di laman-laman blog, banyak sekali artikel serta komen-komen negative yang diberikan kepada insan bernama Rosmah Mansor iaitu isteri kepada YAB PM dan tak terkecuali pada komen Kempen Hari Pahlawan NTB. Hmmmm…berikut dipetik dari kenyataan Anonymous tersebut

“Sesungguhnya anak bangsa kagum dengan kewujudan Angkatan Tentera dan amat menghargai setiap jasa, pengorbanan yang diberi demi kesejahteraan serta kedaulatan negara. Atas sebab itu jualah generasi kami amat mengharapkan agar veteran seperti Dato Onn Jaafar, Tan Sri Ghazali Md Seth ataupun Tun M sendiri keluar menerusi kaca-kaca tv untuk memeberi sedikit pandangan serta refreshkan kembali generasi baru akan keperitan hidup serta kesusahan yang dilalui dizaman darurat dulu. Namun pada setiap tahun ianya akan menjadi hampa apabila Rosmah keluar dan tampil untuk bercakap seolah-olah beliau memahami akan keperitan serta kesusahan tersebut. Generasi sekarang mungkin boleh dibohongi dengan rupa dia yang tak ubah semacam beruk tergigit cili, tapi tidak kepada kami generasi lama. The question is, who is she to talk on-behalf of the government for the veterans? Is she entitled, does the Prime Minister too busy? If that's so, the opposition are right, PM's doesn't bother about the MAF Veterans.Pandangan peribadi saya ialah, elakkanlah tampilkan muka Rosmah yang spastic tu dihadapan veteran ATM seandainya mahukan kami bersatu..”

“Jika aku ditanya soalan di atas,terus terang aku mengatakan,aku tak tau kenapa.Tapi bila kita tengok muka Rosmah Mansor,aku akan dapat vibe seakan-akan
a. watak mak jahat dalam drama Melayu
b. mak tiri Cinderella
c. mak tiri Bawang Putih
Satu benda yang aku paling tak suka adalah,dia jarang tersenyum kecuali depan kamera.Asal ada kamera,dia akan senyum,asal ada photgrapher dia sengih.Tapi 90% muka dia akan sentiasa masam dan macam sial aje.
Aku pernah face to face dengan Rosmah dua kali aje itupun sebab dia datang event ofis aku.2-2 time tu aku sedaya upaya senyum kat dia.Langsung tak senyum balik!Najib?Najib nampak peramah,agak mudah didekati.Rosmah?Sila tengok 3 point aku di atas.Apatah lagi pulak bila dicomparekan Rosmah dengan Siti Hasmah.Aku tak hidup zaman Rahman,Abdul Razak atau Hussein Onn jadi aku tak tau isteri diorang macam mana.
Aku rasa perunding imej Rosmah ni tau dan sedar yang persepsi imej Rosmah kepada orang ramai adalah sedemikian...tapi nak buat camane

“Aku rasa apa orang paling tak suka pasal Rosmah...adalah sebab dia cuba menonjolkan diri dia sebanyak mungkin..Jadi,kepada mereka2 yang nak repair imej Rosmah Mansor,cara dia senang aje. Sorok Rosmah daripada pandangan umum dan pastikan dalam apa jua event PM kelibat Rosmah tak nampak...Setakat ni?Jujur aku katakan,walaupun ramai yang buat kelakar pasal benda ni,pandangan aku,Rosmah memang nampak ada influence kepada sesetengah keputusan Kerajaan. Ada pepatah Kapitalis mengatakan,di belakang setiap lelaki yang berjaya,pasti ada seorang wanita dibelakangnya...Tapi dalam bab ni,please....tolonglah sorok Rosmah di mana-mana sajalah sebab dia bukannya back bone tapi burden atau simple wordnya dia ialah liability kepada PM Najib..”

Banyak lagi dan rasa tak sampai hati pula NTB nak siarkan semuanya. Kenapa jadi begini ya...apakah salah beliau, adakah disebabkan rupanya yang tidak cantik maka kita nak benci dia. Subhanallah, tak baik kita bersifat demikian. Apa jua bentuk muka dia, itu adalah ciptaan tuhan, lainlah kalau dia pergi ubah muka dia dari cantik untuk dijadikan hodoh.

NTB memang tak kenal dia dan tak tahu keperibadiannya, cuma nasihat NTB cubalah kita berfikiran terbuka sikit, mungkin nawaitu dia baik sebenarnya. Di bulan-bulan puasa ni elakkan buat kontroversi dan banyakkan buat pahala.


Friday, 27 July 2012

KEMPEN HARI PAHLAWAN


Pahlawan diterjemahkan sebagai orang yang gagah dan berani, pejuang yang gagah, perwira yang ditakuti. Manakala Hari Pahlawan didefinasikan sebagai hari memperingati pahlawan yang terkorban.

Pahlawan-pahlawan negara seharusnya dikenang oleh sejarah Malaysia yang telah terlebih dahulu mencipta ketamadunan negara Malaysia dan sekali gus adalah bangsa tuan kepada bumi ini yang berhak mendapat hak-hak keistimewaan. Kemasukan bangsa-bangsa asing, bermastautin dan diterima sebagai warganegara Malaysia selepas itu dan secara tidak langsung ikut sama terlibat di dalam perjuangan pembebasan dan kematian mereka juga telah diiktiraf dan tidak dinafikan jasa mereka kepada negara.

Sejarah perjuangan pahlawan-pahlawan negara yang berjuang samada di era sebelum merdeka maupun pasca merdeka dikenang sampai hari ini. Tugu peringatan sebagai lambang penghormatan negara kepada perwira dan perajurit yang sanggup mengorbankan nyawa mereka demi kestabilan dan keamanan tanahair.

31 Julai setiap tahun, negara merakam sejarah keramat ini sebagai
Hari Pahlawan selaras tamatnya darurat menentang Pengganas Komunis Malaya pada bulan Julai 1960. Semasa pemerintahan British, hari tersebut dikenali sebagai Poppy Day sempena nama bunga poppy. Konvensyen Geneva 1945 yang secara ringkasnya menggariskan larangan membunuh atau menyerang tentera yang hors de combat yakni orang yang cedera, tidak sedarkan diri dan telah meletakkan senjata dan tidak berupaya untuk berperang.

Mengambil semangat dari pengiktirafan konvensyen ini dengan tamatnya peperangan dunia kedua yang dikenang di seluruh dunia maka tarikh ini telah ditetapkan oleh kerajaan pimpinan Yang Teramat Mulia Al-Marhum Tunku Abdul Rahman iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama untuk memperingati jasa perajurit dan polis yang terlibat secara langsung di dalam kemelut perebutan dengan beberapa pihak yang berkepentingan yang berlarutan sehingga bertahun-tahun selepas Malaysia merdeka.

Kempen Hari Pahlawan hari ini telah menjadi tradisi dan sinonim sebagai acara penting samada di peringkat nasional maupun negeri-negeri, sebagai mengenang jasa pahlawan. Mengambil iktibar dari suasana semasa di dalam negara yang berkaitan dengan sejarah pertahanan dan kemerdekaan, adalah sangat bererti jika mulai tahun ini dan tahun-tahun mendatang, sambutan Hari Pahlawan diisi dengan menampilkan pahlawan-pahlawan yang masih hidup ini ke tengah masyarakat dengan program-program patriotik yang lebih menyeluruh.

 

JI, BEKAS KOMUNIS MAHU TANDING PRU 13


Risikan Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan bahawa terdapat pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan individu yang pernah dikaitkan dengan gerakan komunis berusaha meresapi parti politik pembangkang selain cuba menjadi calon pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin berkata, Cawangan Khas itu mengesan beberapa elemen JI cuba meresapi Pas selain elemen gerakan komunis cuba meresapi DAP.

"Beberapa pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan PKR juga sering berulang-alik ke Bangkok dan selatan Thailand yang dipercayai untuk mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) di sana.

"Kesannya, idea-idea berhubung politik baru yang berpotensi menjejaskan nilai teras negara telah berkembang. Gerakan ini sebenarnya mendapat sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) asing yang membantu dari segi kewangan, latihan dalam dan luar negara serta pendedahan kepada kepakaran tertentu untuk menghadapi pilihan raya," katanya.

Mohd Sofian berkata, tindakan gerakan itu sebenarnya bertujuan untuk melahirkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan yang sentiasa bersikap bermusuhan terhadap kerajaan sekaligus bermatlamat mewujudkan suasana kucar-kacir sehingga melemahkan sesiapa sahaja yang memerintah negara. "Dalam hal ini, kita bimbang tindakan parti pembangkang dan NGO memainkan isu kontroversi yang membakar sentimen rakyat agar membenci kerajaan menjelang pilihan raya.

"Tambahan pula budaya kempen sepanjang tahun yang diamalkan di negara ini menyebabkan fikiran rakyat terus terdedah dengan pelbagai maklumat yang mempunyai nilai politik," kata beliau.

Thursday, 26 July 2012

PARLIMEN DIBUBAR OKT, PRU13 NOV?


Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan bergantung kepada prestasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melaksanakan janji-janjinya kepada rakyat, demikian menurut seorang ahli akademik.

Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Fuad Mohd Jali berkata, Perdana Menteri mahu rakyat menikmati hasil transformasi yang dilaksanakan kerajaan.

"Saya rasa Perdana Menteri mahu pastikan Barisan Nasional (BN) menang dua pertiga majoriti. Beliau juga nak pastikan apa jua janji seperti turun padang dan bertemu rakyat dilaksanakan, sekarang pun kita dah rasa," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab pada Perbincangan Meja Bulat PRU13: Malaysia Pilih Siapa anjuran Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN) di sini hari ini.

Dr Fuad berkata, beliau menjangkakan PRU-13 mungkin diadakan pada November atau pun selepas Tahun Baru Cina tahun depan.

"Bajet akan dibentang pada September dan ia mungkin satu pengumuman yang terbaik untuk rakyat. Jadi kemungkinan Parlimen akan dibubar pada Oktober dan pilihan raya diadakan pada November," katanya.

Menjawab soalan sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai impak pada PRU13, Dr Fuad berkata, ciri-ciri seorang calon yang diperlukan mestilah tidak korup, mempunyai personaliti yang baik dan bermoral.

"Ciri-ciri ini memainkan peranan tetapi ia bergantung kepada individu melihat setakat mana kriteria yang dikehendaki sebagai seorang calon dipenuhi
oleh calon tersebut, rakyat boleh berfikir," katanya.

Prof Madya Dr Rohana Yusof dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, kajian menunjukkan bahawa 70 peratus daripada 10,800 responden di Kedah tidak mempunyai keyakinan terhadap kepimpinan Anwar.

"Mereka lebih mementingkan hal-hal yang membawa erti serta masa depan kepada mereka berbanding isu-isu yang dibangkitkan Anwar yang dianggap sudah basi dan dibuat-buat, tiada impak lagi setakat ini," katanya.

KAKITANGAN DAN PESARA KERAJAAN TERIMA BONUS RAYA


Tq YAB Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam.

Perdana menteri yang juga menteri kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan hari ini. Pemberian bonus dan bayaran khas itu akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. Beliau berkata bayaran itu akan melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion.

Najib berkata pemberian bonus dan bayaran khas itu merupakan penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Syukur!!Pesara seperti den pon dapat RM 500 jugak!!!
Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan para pesara kerajaan," katanya. Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Najib berkata pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. 

- BERNAMA

Wednesday, 25 July 2012

FAKTA 13 MEI YANG ORANG MELAYU PERLU TAHU!!!



PENASIHAT Kebangsaan DAP, Lim Kit Siang melenting apabila parti itu didakwa diresapi elemen-elemen komunis sementara PAS pula dipengaruhi unsur-unsur organisasi penganas Jemaah Islamiah (JI).

Reaksi spontan Kit Siang terhadap kenyataan Ketua Penolong Pengarah E2 (M), Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin dalam Konvensyen Pemimpin Muda Negara di Parlimen 19 Julai lalu harus difahami dalam konteks sejarah penubuhan DAP dan kaitan parti itu dalam rusuhan kaum 13 Mei 1969.

Bagi golongan muda yang tidak melalui peristiwa berdarah 43 tahun lalu mungkin tidak begitu mengerti mengapa tokoh veteran DAP itu amat marah terhadap dakwaan tersebut, tetapi generasi yang melihat dengan mata kepala mereka sendiri tragedi paling dahsyat dalam sejarah negara itu sudah tentu memahami sebab musabab reaksi cacing kepanasan beliau. 

Sejarah awal penubuhan DAP mempunyai kaitan rapat dengan Parti Tindakan Rakyat Singapura (People’s Action Party - PAP ) yang di tubuhkan pada tahun 1954.Antara pelopor awal PAP ialah Lee Kuan Yew yang bertindak sebagai setiausaha agung parti itu.

Sejurus Singapura berpisah daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti itu di negara ini dibatalkan sebulan kemudian.Maka untuk meneruskan agenda PAP yang 100 peratusnya adalah pro-Cina, Devan Nair, Ahli Parlimen Bangsar ketika itu berusaha menghidupkan kembali parti itu dengan mendaftar sebuah parti baru dipanggilParti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan kerana mempunyai persamaan dengan PAP dari segi nama. 

Devan Nair lalu menukar nama tersebut kepada Parti Tindakan Demokratik atau Democratic Action Party (DAP) yang diluluskan secara rasmi pada 19 Mac 1966.DAP yang baru ditubuhkan itu dipelopori pula oleh Kit Siang yang dikatakan mempunyai pertalian famili dengan Kuan Yew yang berasal dari Batu Pahat, Johor. 

Dari segi lambang parti, prinsip perjuangan dan cara berpolitik, tidak ada bezanya antara DAP di Malaysia dan PAP di Singapura.

Apabila DAP dan Gerakan (ketika itu masih menjadi pembangkang) menang besar di Selangor pada pilihan raya umum tahun 1969, kedua-dua parti itu menjadi besar kepala.

DAP menggunakan kebebasan bersuara tanpa batasan dan kawalan untuk mengutuk dan menghina bangsa Melayu dengan kata-kata kesat dan mengaibkan dalam perarakan besar-besaran di Kuala Lumpur dengan membawa sepanduk dan pembesar suara.

Menurut Laporan rasmi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan oleh Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, tindakan DAP mengadakan perarakan jalanan meraikan kemenangan mereka dengan menghambur sentimen perkauman terhadap bangsa Melayu menjadi pencetus kepada rusuhan kaum yang menelan korban lebih 2,000 nyawa.

Sehari setelah melenting, Kit Siang bertukar nada dengan mengatakan parti itu ingin bekerjasama dengan Barisan Nasional untuk menghindari tragedi 13 Mei berulang.Tujuannya ialah untuk menutup dosa besarnya sebagai pengerak utama 13 Mei dan membasuh tangannya yang berlumuran  darah rakyat tidak berdosa yang didalangi tidak lain tidak bukan oleh Kit Siang sendiri.

Slogan yang dicanang oleh Kit Siang dan pemimpin DAP Cina lain pada perhimpunan dan perarakan mereka yang menjurus kepada peristiwa berdarah 13 Mei ialah "Malai si" yang bermakna "Mati Melayu".


Pada 11 Mei penyokong DAP berteriak:-
 
"Apa polis boleh buat, kita raja. Buang sama polis Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang pada hari yang sama, DAP melaung:

"Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan."

Di Jalan Changkat Dollah pula mereka mengapi-apikan bahawa:

"KL sekarang Cina punya."

 Sehari kemudian pada 12 Mei di Jalan Ipoh dan Jalan Tunku Abdul Rahman, penyokong DAP menjerit:

"Melayu balik kampung, Melayu sekarang tidak ada kuasa. Sekarang kita Cina sudah 'control'."

Malah sejarah mencatat kenyataan angkuh Kit Siang sendiri di Jalan Khir, Kampung Baru, di hadapan orang Melayu ini denga berkata:

"Melayu keluar! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu, sekarang kita sudah ada kuasa."
Keesokan harinya pada 12 Mei di hadapan Balai Polis Jalan Pudu, penyokong Cina DAP terus melaungkan:

"...semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."
"Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan Melayu punya, mata-mata lancau."

Hari yang sama mereka juga mengutuk bangsa Melayu di Jalan Canvel:

"Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu."

Di Jalan Bukit Bintang, DAP pula berkata;

"Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu kasi halau semua Melayu."

Hakikatnya, DAP tidak akan bertukar menjadi sebuah parti  yang memperjuangkan hak-hak bangsa Melayu dan pribumi kerana sikap rasis dan perkauman tebal sudah menjadi darah daging mereka.