PDRM
memutuskan untuk bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil
kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina yang
mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Tindakan
undang-undang
berkaitan akan digunakan untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pasukan
keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan
orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu. Mereka adalah orang luar yang datang
ke negara kita dan mencabuli undang-undang dan kedaultan negara. Pasukan
keselamatan akan menggunakan pendekatan yang bersesuaian dan tidak akan
berkrompomi terhadap isu pencerobohan ke atas negara ini bagi menjamin dan mempertahankan
kedaulatan tanah air.
Media melaporkan berlaku perbalahan diantara penceroboh sehingga
mengakibatkan dua kematian di kawasan itu namun perkara masih belum dapat
dipastikan. PDRM menjelaskan mendengar bunyi tembakan dari kawasan penceroboh
namun pengesahan samada tembakan yang dilepaskan ke atas binatang atau amaran
dari kumpulan penceroboh masih belum dapat dipastikan.
Media Sabahkini.Net
melaporkan maklumat tidak rasmi menyatakan bahawa dua daripada 100 orang penceroboh
warga Filipina telah ditembak mati. Kematian mereka bukan disebabkan tembakan
pihak berkuasa Malaysia, sebaliknya bergaduh sesama sendiri kerana kehabisan
bekalan makanan dan berselisih pendapat. Kematian dua penceroboh itu akan
menyebabkan keadaan tegang sebelum ini mungkin akan reda kerana sebahagian
besar anggota tentera Sultan Sulu ingin pulang secara aman selagi diberikan
ruang dan peluang oleh Kerajaan Malaysia. Dua mangsa
yang terbunuh dikenali sebagai Haji Musa dan Majid. Menurut sumber, beliau dan
saksi lain mendengar antara enam hingga 10 bunyi tembakan; namun jumlah sebenar
kematian dan kecederaan belum dapat disahkan.
|
BRP Tagbanua AT 296 |
Media Filipina
turut melaporkan Tentera Laut Filipina telah menghantar kapalnya ke perairan
Malaysia untuk mengambil penceroboh beredar dari perairan Malaysia. Kapal Tentera Laut Filipina BRP Tagbanua (AT-296), belayar dari Bongao, Tawi-Tawi ke perairan Malaysia pada hari ahad
yang lalu. Kerajaan Filipina juga menggesa mereka segera menaiki kapal dan
pulang ke tanah air. Turut berada di atas kapal berkenaan ialah pemimpin Islam-Filipino,
sukarelawan dan petugas perubatan.
Insiden pergaduhan sesama
sendiri dan saling berbunuhan dipercayai menyebabkan kumpulan penceroboh ini
semakin tertekan. Berkemungkinan mereka juga tertipu dengan dakyah ketua penceroboh
tersebut yang mendakwa Sabah adalah milik mereka. Taktik psikologi yang
digunakan pasukan keselamatan keatas kumpulan penceroboh kini membuahkan hasil.
Admin menjangkakan perkara ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat tanpa
pertumpahan darah. Amaran kepada kumpulan penceroboh.. Jangan cuba untuk
mencabul kedaulatan negara Malaysia.