Followers

Wednesday, 31 October 2012

SURAT SEORANG WARGA MARHAEN KEPADA PM MENGENAI PENYERAHAN TANAH TENTERA DI KOTA BELUD



Dato' Sri.......

Saya terpanggil untuk memberi pandangan mengenai kenyataan PAT untuk penyerahan tanah askar di Kota Belut (1,020 ekar). pandangan tersebut adalah:

1. Kenapa harus tanah latihan tentera itu diserahkan kepada kerajaan sedangkan tentera perlu mengadakan latihan secara konsiten dan berterusan?. Kalau tanah ini diserahkan, ke mana lagi askar nak buat latihan?. 

2. Adakah Kerajaan negeri bersedia menganti tanah sebegitu luas sedangkan semua tahu tanah adalah terlalu mahal dan `scarce'?.

3. Kenapa tanah itu tidak dibangunkan untuk menjaga kebajikan anggota tentera yang sedang bertugas mahupun yang telah bersara?. Tanah itu lebih baik dibangunkan untuk membina rumah kepada anggota tentera dan bekas pesara dan dijual dengan harga murah.

4. dalam keadaan sekarang, PBTM tidak lagi mampu memberi kebajikan kepada bekas pesara?

5. Langkah ini akan memberi kesan besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan yang dilihat tidak memberi perhatian kepada ATM secara keseluruhannya khususnya menjelang PRU13. Ditakuti pembangkang akan mengeksploitasi isu ini bagi kepentingan mereka.

6. Keadaan ATM telah `berubah' tidak sepertimana ketika Dato Sri dulu. Tolonglah Dato Sri bantu anggota tentera.

**Apakah pandangan tuan/puan mengenai isu ini. Wajarkah tindakan yang dilakukan oleh ATM merupakan tindakan yang bijak atau sebaliknya. 

# Artikel mengenai penyerahan tanah askar boleh lihat sini.


Monday, 22 October 2012

PESARA ATM DIMOHON DAFTAR PERSATUAN BEKAS TENTERA



Pesara TLDM dimohon untuk  mendaftarkan diri dengan persatuan Bekas Pegawai TLDM atau Persatuan Bekas TLDM di negeri masing-masing bagi memastikan kehidupan mereka terus terbela meskipun selepas bersara. Persatuan terbabit akan menjaga kebajikan anggotanya dengan menyalurkan maklumat terkini pasukan selain merapatkan hubungan antara pesara dan warga TLDM melalui aktiviti anjuranya.

Pesara TLDM yang diraikan
Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menyeru agar pesara TLDM terus mengemukakan cadangan, komen dan idea bernas bagi penambahbaikan pasukan. Ini kerana di sebalik kecanggihan sistem dan peralatan yang diperolehi TLDM sejak 78 tahun kegemilangannya, aset utama yang menjadi penentu kejayaan ialah sumber manusia. Beliau berucap semasa Majlis Jasamu Dikenang bagi menghargai bekas anggota dan pegawai TLDM yang telah meninggalkan perkhidmatan.



Kejayaan TLDM tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa hasil kerja dan komitmen yang diusahakan secara kolektif oleh warga TLDM. Pengalaman pesara TLDM dapat dikongsikan dan melalui pendekatan yang relevan serta boleh diguna pakai bagi membantu melonjakkan TLDM ke tahap yang lebih baik.


Tuesday, 16 October 2012

PRESTASI PEMBINAAN PROJEK RUMAH KELUARGA ANGKATAN TENTERA OLEH MINDEF KURANG MEMUASKAN MENELAN KOS LEBIH RM 3.2 BILION



Pembinaan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) oleh Kementerian Pertahanan menelan kos lebih RM3.2 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1,464.71 juta daripada peruntukan siling bagi projek tersebut.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, peruntukan siling RMKe-9 bagi 38 projek RKAT ialah sebanyak RM1,742.12 juta. Bagi 12 projek RKAT yang dilawati, kos kontrak asal berjumlah RM1,122.75 juta. Bagaimanapun, kos ini telah meningkat kepada RM1,297.18 juta iaitu peningkatan sebanyak RM174.43 juta, menurut laporan yang diedarkan di Dewan Rakyat.

Jabatan Audit Negara mendapati secara keseluruhannya prestasi pembinaan bagi 12 projek RKAT yang dibina dalam RMKe-9 itu dan pengurusan satu RKAT yang diaudit adalah kurang memuaskan kerana terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan yang boleh menjejaskan objektif pembinaannya. Secara keseluruhannya, Kementerian Pertahahan melaksanakan 38 projek RKAT meliputi pembinaan 9,445 unit rumah dan sehingga Disember 2011, sebanyak 37 projek siap manakala satu projek lagi masih belum siap dan telah dikategorikan sebagai projek sakit.

Laporan audit juga menyatakan bahawa daripada 37 projek yang siap, didapati sembilan projek dibawa ke RMKe-10 sebagai projek sambungan dengan kos berjumlah RM186.30 juta. Ini kerana sembilan projek tersebut mengalami banyak kecacatan dan kerosakan pembinaan serta memerlukan kerja pembaikan.




Berdasarkan semakan audit, enam projek RKAT di Lembah Klang yang dibina oleh Syarikat Usahasama SPNB-LTAT Sdn. Bhd. (Syarikat USL) mempunyai bilangan kerosakan dan kecacatan pembinaan yang paling tinggi. Semakan audit mendapati Syarikat USL juga gagal menyelesaikan antara 1,493 hingga 2,085 aduan kerosakan dan kecacatandalam tempoh atau selepas tamat tempoh tanggungan kecacatan.


Jabatan Audit Negara turut menegur Kementerian Pertahanan di atas kelemahan dalam pengurusan projek RKAT hingga memaksa kerajaan menanggung kos tambahan. Kementerian sepatutnya merampas jaminan bank setelah Syarikat USL gagal menyelesaikan kerja pembaikan sebaik sahaja tamat tempoh tanggungan kecacatan.Kementerian juga tidak sepatutnya mengeluarkan Perakuan Siap Membaiki Kecacatan (CMGD) memandangkan kerja pembaikan yang masih belum selesai dilaksanakan oleh kontraktor.

Sumber: Mstar.com.my

PANGKALAN TLDM KOTA KINABALU JADI PUSAT LATIHAN SCORPENE BERTARAF DUNIA


Tahniah Tan Sri

Pangkalan TLDM Kota Kinabalu akan menerima pelatih kapal selam jenis Scorpene dari luar negara apabila kemudahan simulator latihan keduanya siap dibina tahun depan.

 
Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pembinaan alat kemudahan berharga kira-kira 27 juta Euro (RM135 juta) itu akan bermula pada bulan November ini dan ia dijangka siap pada Januari atau Februari depan. Simulator berkenaan menjadikan TLDM mempunyai pusat latihan pertama di dunia untuk kapal selam jenis Scorpene.

TLDM sudahpun menerima permohonan dari India dan Chile untuk menghantar pelatih kapal selam mereka. NTB mendoakan agar TLDM akan terus mencapai kecemerlangan serta mencapai visi menjadi Tentera Laut bertaraf dunia.

Pangkalan TLDM Kota Kinabalu