Followers

Sunday, 28 April 2013

BEKAS TENTERA LANGGAR ETOS UTAMA KETENTERAAN



Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding di kerusi Parlimen Johor Bahru, Jeneral (B) Tan Sri Md. Hashim Hussein didakwa telah melanggar tiga etos atau etika utama ketenteraan apabila bertindak memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan negara. Bekas Panglima Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral (B) Datuk Amir Baharudin berkata, tindakan bekas Panglima Tentera Darat itu adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab dan memberi imej negatif kepada pasukan keselamatan negara di mata masyarakat luar.

Jeneral Md Hashim Hussein (B)
Beliau mendakwa, Md. Hashim telah melanggar etos ketenteraan yang terdapat dalam ikrar kesetiaan angkatan tentera iaitu kesetiaan dan ketaatan, maruah serta integriti. Menurutnya, sebagai seorang bekas pegawai tertinggi pasukan keselamatan, beliau dilihat tidak setia kepada negara, pihak atasan, organisasi serta pemerintah. "Malah dia sudah melanggar maruah ketenteraan dan pasukan yang dipimpinnya. "Bagi saya juga dia sudah menjatuhkan maruah diri sendiri sekali gus memberi isyarat kepada lawan bahawa tentera Malaysia tidak pandai berperang dan lemah. "Bukan itu sahaja, dia bercakap demikian seolah-olah mempersoalkan angkatan tentera untuk jaga keutuhan negara kerana sudah menjadi tanggungjawab semua untuk menjaga keutuhan negara, keselamatan kita, keamanan supaya tidak berpecah belah," katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum memulakan sesi ceramah di Kampung Plentong Tengah.




Amir yang dikenali sebagai Pak Guntur berkata, bantahan yang dibuat oleh ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) baru-baru ini bukan berkisar perihal penglibatan beliau dalam arena politik, sebaliknya adalah simbol perasaan kecewa atas penghinaan yang dibuat. "Dia sanggup putar belit kenyataan demi kepentingan politik. Kami tak bantah dia masuk PKR kerana itu hak dia, hak sebagai rakyat Malaysia untuk berpolitik, malah kami ucap selamat atas perjuangan dia. "Kami kecewa sebab sebagai bekas Panglima Angkatan Tentera Darat, dia bagi kami telah memperlekehkan pasukan keselamatan negara," katanya.

Friday, 26 April 2013

BEKAS JENERAL TIDAK DITERIMA RAKYAT


Jeneral Nyanyuk Dah.....

Parti pembangkang terbukti ketandusan pemimpin-pemimpin, sudahlah pengamalan nepotisme dan kronisme dilakukan secara total, kini timbul pula isu pembangkang menampilkan sekelompok pemimpin yang sudah OKU dan monopause fikirannya termasuk Jeneral askar yang sudah tidak boleh dipakai lagi. Cuma kebanyakkan orang tidak tahu, kata kawan aku seorang askar ialah Jeneral ini sememangnya semasa dalam perkhidmatan tidak disenangi oleh anggota tentera. Jeneral askar ini kata kawan aku lagi hanya tahu mengarah dan memerintah jer tanpa mengamalkan konsep kempimpinan melalui teladan. Tandusnya pembangkang juga apabila meletakkan artis juga sebagai calon pilihan mereka.


Meletakkan bekas Jeneral yang tidak diterima oleh anggota tentera dan bekas tentera sendiri sebagai calon pembangkang adalah satu kerugian kepada pembangkang kerana mereka ini bukanlah pemimpin berjiwa rakyat. Kehidupan mereka di dalam tentera dipenuhi dengan pembohongan, rasuah, sikap tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, menyalahgunakan kuasa dan pelbagai pakej yang sebenarnya tidak sesuai sama sekali untuk dipilih sebagai wakil rakyat.


PKR membariskan empat bekas Jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan. Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menumpaskan musuh. Bekas Panglima Tentera Darat Jeneral Bersara Tan Sri Hashim Hussein membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan sendiri.

 
Barisan 4 Jeneral
Kehadiran kumpulan OKU, bekas Jeneral dan barisan artis yang menjadi calon pembangkang membuktikan pakatan pembangkang tidak bersungguh-sungguh untuk membela nasib rakyat dan membawa perubahan kepada negara. Perlu diingat untuk memimpin sebuah negara seperti Malaysia dan rakyatnya yang berbagai kaum, memerlukan pemimpin yang sihat dan bertenaga disamping memiliki kekuatan fizikal serta mental. Rakyat seharusnya tidak terpengaruh dengan propaganda pembangkang dan strategi murahan pembangkang. Meletakkan OKU, bekas Jeneral dan artis sebenarnya akan lebih menyemakkan parti pembangkang dengan barisan nepotisme dalam parti pembangkang. 
Be Proud Soldier

Thursday, 25 April 2013

BEKAS KOMANDO TIPU TENTERA DI SUNGAI UDANG


Don't Lie..People know who u are!!

Dalam usaha memenangi hati pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang yang sebahagian besarnya terdiri daripada anggota tentera, Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup memanipulasi fakta berkaitan ketenteraan. Setiap calon mempunyai strategi kempen mereka tersendiri bagi memenangi hati rakyat namun pembangkang memilih untuk mendedahkan fakta yang tidak tepat bagi meraih sokongan pengundi.

 
Asri Buang dgn Hadi Khatab..Dua-dua kaki temberang!!Kah..Kah..Kah
Asri Buang didakwa menipu ketika ditanya isu penyelewengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) serta kemudahan di kem yang masih mundur yang dihebahkan dalam satu ceramah di pekan Sungai Udang. Rasanya semua anggota tentera dan komando di Sg Udang kenal siapa Asri Buang ni. Beliau sehingga kini tidak dibenarkan memasuki kem tentera kerana mempunyai banyak kes penipuan melibatkan anggota ATM. Adakah calon yang suka menipu ini yang saudara mahu sokong untuk undi??Adakah PKR sudah ketandusan calon sehingga sanggup mengangkat Asri Buang sebagi calon hanya kerana beliau adalah Pengerusi PAHLAWAN iaitu NGO yang memperjuangkan hak dan kebajikan tentera. Carilah yang molek sikit..................Nak tau banyak lagi boleh Klik kat sini.


Kan jelas! Dari dulu Askar Setia dah cakap. Mereka ni dari serendah-rendah pangkat hinggalah bekas-bekas Jeneral Tua Kutuk Nak Mati semua dok jilat telor pemimpin pembangkang dengan harapan dijadikan calon PRU13!.. Tapi masih ada yang mengatakan mereka ni IKHLASSS...kah kah kah


Asri Buang jual temberang...Tak kan JUAL INSURANS kot!!

Rasa-rasa saudara la, kalau Asri Buang ni masih belum mampu nak menjadi pemimpin kepada NGO PAHLAWAN yang mana ahlinya ada la tidak sampai 100 orang, macam mana la bila lepas jadi wakil rakyat nanti. Semua ni hanya nak bodek Anuwar supaya lepas ni boleh jadi cepat kaya. Dah tak perlu jual insurans lagi..kah.kah kah..Askar-askar dan bekas askar..Jangan tertipu yer. Undilah calon yang mampu menjaga kebajikan anda.Bukan calon yang masih tidak mampu jaga diri sendiri. Selamat mengundi........