Followers

Thursday, 13 September 2012

INTEGRITI ATM DIRAGUI...............



Dalam mengharungi cabaran global dunia ketenteraan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selaku pendukung kedaulatan negara,sentiasa memastikan integriti setiap pegawai dan anggota pasukan berada pada tahap tertinggi. Panglima ATM Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain berkata pelaksanaan prinsip integriti, akauntabiliti, amanah dan ketelusan yang perlu dipraktik oleh setiap warganya telah membantu dalam mengekalkan indeks integriti anggota dan pegawai.

Empat prinsip amalan ATM iaitu Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR), Kod Etika ATM dan Pelan Tindakan Pelaksanaan Pelan Integriti Nasional ATM telah menjadikan ATM semakin diyakini pelanggan dan pihak yang berkepentingan terutama terhadap keupayaan pasukan dalam melaksanakan amanah negara.

ATM memandang serius sebarang usaha untuk menjatuhkan,integriti pasukan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan ketua-ketua pemerintah. Penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) ATM, yang diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan memastikankualiti sistem penyampaian perkhidmatan berlandaskan pentadbiran berintegriti,urus tadbir terbaik tanpa ada sebarang kerenah. Selain itu ia bertujuan menyediakan sistem penyampaian perkhidmatanyang mesra pelanggan, berintegriti dan berupaya memenuhi kepuasan hati pelanggandan mewujudkan persekitaran perkhidmatan awam yang berdaya saing selaras dengan kehendak pihak yang memerlukan.

Tiada kompromi diberikan terhadap mereka yang terlibat dengan kesalahan penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota tentera. Ditamatkan perkhidmatan serta merta merupakan satu daripada tindakan tegas yang diambil ke atas mereka yang terlibat, ialah hukuman demi menjaga integriti dan nama baik ATM. Anggota ATM diingatkan supaya sentiasa memenuhi tuntutan integriti sebagai seorang pelindung kedaulatan negara agar gejala negatif itu tidak menjadi wabak yang boleh menjejaskan imej ATM sebagai institusi bermaruah.

NTB juga berbangga pernah menjadi sebahagian dari warga ATM sebelum ini. Segala tunjuk ajar dan prinsip amalan yang diterapkan kepada setiap anggota akan sentiasa digunakan bagi menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia ini. Ikrar taat setia kepada SPB Yang Dipertuan Agong dan kerajaan yang memerintah akan terus terpahat di hati sanubari setiap bekas tentera. Semoga ATM akan terus maju memacu kegemilangan dalam mempertahankan bangsa dan negara yang kita cintai.

Wednesday, 12 September 2012

MILITAN MASIH WUJUD



Elemen militan dikesan masih wujud dan tetap menjadi ancaman kepada keselamatan negara namun aktiviti itu mampu dikekang berikutan pemantauan keselamatan yang rapi, kata Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md Zain.

Beliau berkata walaupun insiden militan Al-Maunah di Sauk, Perak berlaku kira-kira 12 tahun lepas namun situasi semasa memperlihatkan ancaman militan dalam negara masih wujud.

Katanya sejak kejadian di Bukit Jenalik, Sauk yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu, ATM melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengambil pelbagai inisiatif dalam membendung penularan aktiviti militan di negara ini.

Al-Maunah
“Walaupun elemen militan dikesan masih wujud, namun secara jelasnya keadaan itu berada dalam kawalan dan pemantauan pasukan keselamatan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Zulkifeli berkata melalui kerjasama erat ATM dan PDRM, seramai 13 individu dipercayai membawa anasir Darul Islam, yang dipercayai mempunyai jaringan dengan kumpulan Jemaah Islamiah Indonesia dan kumpulan-kumpulan militan di selatan Filipina khususnya kumpulan Abu Sayyaf, ditahan di Tawau, Sabah pada November lalu.

Katanya pembentukan Jawatankuasa Perancang Gerakan Kebangsaan (JPGK) yang dipengerusikan bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar memperkukuhkan lagi pemantauan terhadap aktiviti militan kerana perbincangan mengenai ancaman keselamatan negara termasuk elemen militan menjadi antara fokus utama jawatankuasa itu.

Jemaah Islamiyah
JPGK juga berperanan memastikan kawasan persempadanan negara dengan negara jiran bebas daripada kejadian pencerobohan, penyeludupan, kemasukan pendatang tanpa izin dan jenayah rentas sempadan yang lain.

Zulkifeli berkata melalui kerjasama pasukan keselamatan dan agensi-agensi nasional serta jaringan kerja dengan negara-negara jiran, kewujudan elemen militan dalam negara ini dapat dikesan serta dineutralisasi.

“Kerjasama ATM-PDRM dan agensi penguatkuasaan nasional yang lain dengan pasukan keselamatan negara jiran dilihat berjaya menangani kewujudan elemen militan dalam negara,” katanya.

Sebelum ini, ATM dan angkatan tentera negara-negara Asean telah meningkatkan kerjasama mereka terutamanya dalam pertukaran maklumat risikan tentang kegiatan pengganas yang mungkin wujud di rantau ini.

Militan Abu Sayyaf
Pertukaran maklumat risikan antara angkatan tentera negara-negara Asean serta negara maju itu akan membolehkan ATM meramalkan sebarang ancaman yang mungkin berlaku.

Selain bertukar-tukar maklumat risikan dengan negara luar, ATM juga telah membina keupayaan dalam bidang risikan jangkaan bagi membolehkannya memperoleh maklumat yang berkualiti.

Selain Malaysia, pihak berkuasa Singapura dan Filipina juga telah menahan ramai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah yang didakwa mempunyai hubungan dengan kumpulan Al-Qaeda pimpinan Osama Bin Laden. – BERNAMA


Tuesday, 11 September 2012

PENCEMARAN KERAHSIAAN PERTAHANAN NEGARA



ATM merahsiakan banyak perkara daripada pengetahuan umum mengenai aset persenjataan dan juga perihal aset strategik negara. Perkara ini perlu diterima oleh masyarakat kerana perihal aset persenjataan dan aset pertahanan negara bukanlah perkara yang boleh sewenang-wenangnya diwar-warkan kepada masyarakat umum.

ATM turut sering diasak dengan pelbagai dakwaan fitnah dan persepsi buruk untuk menghentam kerajaan.  Pakatan pembangkang tidak mempedulikan soal keselamatan negara hingga banyak mendesak agar pihak ATM mendedahkan maklumat maklumat sulit yang sensitif. Ianya boleh mencemarkan kerahsiaan pertahanan negara.


DAP melalui YB Tony Pua mempersoalkan perolehan kapal selam Scorpene hingga mendesak agar spesifikasi kapal selam itu didewan rakyat. Apa yang mengejutkan beberapa bulan kemudian pihak Singapura didedahkan telah menandatangani dengan syarikat DCNS untuk membeli 4 buah kapal selam Scorpene. Ini menunjukkan negara jiran kita juga berminat untuk memiliki aset ini kerana kebolehannya. Tiada apa lagi yang boleh dipersoalkan 

Untuk berpolitik pun kita harus tahu hadnya jangan hingga menjejaskan keselamatan negara. Bukankah tindakan beberapa ahli parlimen pakatan seolah membantu dan boleh dikaitkan peranan mereka dengan negara luar yang mahukan maklumat aset keselamatan negara? Janganlah kerana kepentingan politik, kepentingan keselamatan negara dijual. Jadilah rakyat yang bertanggungjawab.