Followers

Wednesday, 24 April 2013

MASIH DI HATI ASKAR PENCEN



Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) Cawangan Terengganu menyeru pesara tentera memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Yang Dipertuanya Alias Ab Razak berkata ini kerana kerajaan tidak pernah mengabaikan dan sentiasa membela nasib tentera yang tidak berpencen. Katanya, tidak dinafikan ramai di kalangan kami dahulu merupakan pro pembangkang setelah merasakan tiada pihak yang prihatin dan mahu membela nasib askar pencen namun kini mereka telah kembali ke pangkal jalan.

"Saya akui dahulu kami agak kecewa dengan kerajaan yang seakan tidak menghiraukan nasib kami sebagai askar yang tidak berpencen dan kami mengerahkan tulang empat kerat ini bagi mencari pendapatan selepas tamat perkhidmatan. "Hasil daripada program transformasi yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini, hati kami telah kembali terpujuk dan mula sedar dengan usaha kerajaan yang tidak putus-putus membantu seperti pemberian 'One-Off' sebanyak RM1,000 kepada bekas askar," katanya.

Alias berkata pemberian dan keprihatinan kerajaan tidak terhenti di situ sahaja kerajaan kini sedang menimbang permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan sara hidup bagi meningkatkan taraf ekonomi bekas tentera tidak berpencen kerana sebahagian besar mereka bekerja sendiri.

Menurutnya pemberian 'One-Off' turut dapat dinikmati oleh balu askar tersebut. Jelasnya sehingga kini seramai 2,000 askar yang tidak berpencen di seluruh negeri mendaftar sebagai ahli dan pihaknya sedang berusaha untuk mengesan lebih ramai askar yang tidak berpencen mendaftar di bawah persatuan itu.

-- BERNAMA


Monday, 22 April 2013

BEKAS JENERAL SERTAI PEMBANGKANG : MEREKA KECEWA, BERMASALAH



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan beberapa bekas jeneral tentera termasuk seorang yang pernah diturunkan pangkat berkempen memburukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai golongan bermasalah.

Beliau menegaskan, mereka tidak sepatutnya memperlekehkan taktikal yang digunakan sepanjang Op Daulat kerana ia berbeza dengan situasi ketika jeneral berkenaan bertugas. Menurutnya, perbuatan mereka membuatkan anggota tentera yang berada di medan tempur dan keseluruhannya marah serta berasa terhina. Golongan berkenaan sebenarnya dipergunakan oleh pihak tertentu dan mereka adalah daripada orang yang kecewa kerana gagal mencapai apa yang diimpikan semasa berkhidmat.

Sebelum ini kenapa mereka tidak bersuara menyatakan apa yang tidak betul dalam ATM…kenapa selepas bersara baru mereka bersuara dan menghentam kerajaan. Menurut Zahid, biarlah rakyat menolak mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kerana menyebarkan dakyah buruk mengenai ATM. Mengenai sikap sesetengah pemimpin pembangkang yang memperlekehkan kejadian di Lahad Datu, Sabah dengan menyatakannya sebagai satu sandiwara, Zahid menyatakan hati mereka itu sebenarnya sudah `dibutakan’. Katanya, soal keselamatan tidak seharusnya dipolitikkan dan sepatutnya dalam isu ini kerajaan dan pembangkang mesti bersatu, tetapi ada pula pihak yang cuba mencetuskan kemarahan rakyat. Anggota ATM perlu diberikan semangat dalam menjalankan misi mempertahankan negara. Bila berlaku perkara seperti ini (pencerobohan Lahad Datu) baru kita tahu kepentingan ATM.


Sementara itu, mengulas sikap Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang cenderung mengeluarkan fatwa mengarut, Zahid berkata, ia sebenarnya merugikan Nik Abdul Aziz sendiri. “Nik Abdul Aziz diharap jangan mengambil peranan sebagai Tuhan kerana soal dosa pahala hak Allah SWT menentukannya. “Saya berharap beliau jangan merosakkan partinya sendiri dan saya sendiri berharap `parasit’ seperti ini tiada di dalam PAS,” katanya.



125,000 VETERAN TENTERA SOKONG KEPIMPINAN PM


Kami Sokong PM

Seramai 125,000 anggota Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen (PVTTB) menyokong penuh kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berjanji akan memberi mandat besar kepadanya untuk terus mentadbir negara. Presiden PVTTB, Mohd. Sabri Abdul Malek berkata, anggota persatuannya percaya hanya Barisan Nasional (BN) mampu menjaga kebajikan mereka dan mentadbir Malaysia menjadi sebuah negara yang maju.


“Kami berdiri di belakang BN dan menyokong penuh Perdana Menteri kerana selama ini kerajaan tidak pernah lupa jasa PVTTB dan sentiasa menjaga kebajikan veteran tentera,” katanya pada majlis Ekspedisi Nostalgia Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kepala Batas semalam. Majlis yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Keladi itu dirasmikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Veteran Tentera Sentiasa Dihargai

Sementara itu, Mohd. Sabri mengingatkan anggota PVTTB agar tidak terpengaruh atau percaya dengan tuduhan yang dilemparkan beberapa bekas pegawai tinggi ATM yang kini menyertai kem pembangkang. “Jangan sesekali percaya tuduhan mereka terutama berkaitan pembelian aset negara, ia semua fitnah dan mereka bukanlah pegawai tentera sebenar kerana telah mendedahkan rahsia kerajaan. “Mereka juga sebenarnya orang yang kecewa kerana cita-cita untuk menjadi calon BN tidak kesampaian dan bertindak sedemikian bagi memburukkan negara terutama ATM,” katanya.

Sumber: Bernama


Sunday, 21 April 2013

BAGAIMANA UNDI POS DILAKSANAKAN???

 Info lanjut layari spr.gov.my......@...pru13.gov.my.......selamat mengundi!!

Friday, 19 April 2013

KIT SIANG DEDAH KERJASAMA POLIS DAN TENTERA BANTU DAP!!



GEMPAR!!! Benarkah apa yang dimaklumkan oleh Lim Kit Siang Ini? Mana mungkin pasukan keselamatan seperti SB dan Kor Risik Tentera bekerjasama dengan parti pembangkang seperti yang didakwa Kit Siang ini. Penyokong Pakatan Rakyat begitu teruja dengan maklumat risikan Bukit Aman (polis) dan tentera diperolehi Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menunjukkan Pakatan Rakyat bakal menang di 145 kerusi parlimen berbanding 77 bagi pihak BN.


Kit Siang dalam blognya menulis:-

“According to this estimate, PR will win 145 parliamentary seats compared to 77 for Barisan Nasional – or a majority of 68 seats.”

Sebaik membaca sendiri laporan dalam blog tersebut, persoalan yang bermain di minda kami ialah,sejak bila pula Pakatan Rakyat percaya dengan laporan dari polis dan tentera?  Perisikan tentera itu mungkin boleh dipertimbangkan sedikit, tapi polis?Bukan rahsia, polis dan Pakatan Rakyat adalah 2 nama yang bertentangan antara satu sama lain.  Umum pun tahu polis sentiasa menjadi pelindung barisan depan untuk kerajaan Barisan Nasional.  Pakatan Rakyat sendiri siang dan malam berusaha mencemarkan imej polis, terbaru dalam isu keganasan polis semasa menyuraikan Bersih 3.0, April tahun lepas.

Justeru, agak tidak logik polis bekerjasama dengan Pakatan Rakyat, apatah lagi Kit Siang untuk menyalurkan maklumat yang betul.Kami cuma bimbang, Kit Siang sengaja didendangkan dengan maklumat palsu yang konon memetik sumber perisikan polis, atau paling tidak, polis sendiri sengaja mencipta maklumat tersebut untuk memperdayakan Pakatan Rakyat.Lagipun jumlah itu agak berbeza dengan maklumat yang dikutip sumber-sumber dalam Pakatan Rakyat sendiri. 

Hakikatnya, kita sendiri tahu sehingga ke saat ini pun, masih banyak lagi kerusi-kerusi Parlimen dan DUN Pakatan Rakyat yang belum diputuskan, terutama di negeri-negeri seperti Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain.Malah kami mendengar, pada hari penamaan calon nanti pun akan berlaku juga perubahan di sana sini.

Sumber: Sosial Media 


Wednesday, 17 April 2013

PERINGATAN KEPADA MACAI - JANGAN JADIKAN ISU KESELAMATAN SEBAGAI MODAL PROPAGANDA POLITIK




Pemimpin politik yang bakal berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 diingatkan supaya tidak menjadikan isu keselamatan negara sebagai bahan cacian agar tidak melukakan perasaan anggota keselamatan serta keluarga mereka yang banyak berkorban dalam memastikan kedaulatan negara.

Tan Sri Lee Lam Thye
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu tidak boleh diterima kerana tindakan tersebut mampu menyebabkan kejatuhan moral pasukan keselamatan.


"Jika ini berlaku, pasukan keselamatan akan rasa pengorbanan mereka tidak dihargai. Sepatutnya isu keselamatan dan ketenteraman awam dijadikan agenda utama negara kerana tiada apa yang boleh dilakukan sekiranya kedua-dua perkara ini terjejas.

"Jadi dalam hal ini, beri peluang kepada rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau apa jua perbezaan untuk memperkukuhkan semangat patriotik. Tanggungjawab kerajaan untuk tentukan negara ini selamat tidak perlu kita memperlekehkan kerana siapa jua yang menang nanti, perlu memikirkan perkara sama,".

Beliau bercakap kepada wartawan setelah mengetuai barisan exco MCPF melawat Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu yang terjejas teruk akibat pencerobohan pengganas Kiram, di sini hari ini.

Yang turut hadir, rakan sejawatannya, Datuk Kamarudin Md. Ali; Setiausaha Eksekutif MCPF, DSP Chan Kuang Yew; Ahli Lembaga Eksekutif MCPF, Datuk Johnny Ch'ng Ewe Gee serta Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat.

Mengulas tentang lawatannya itu, Lam Thye berharap akan ada dokumentari tentang kejadian yang menggemparkan negara itu ditayangkan serta diedarkan ke sekolah-sekolah bagi membina semangat patriotik dalam kalangan generasi muda negara.

"Apabila melawat ke sini, anda akan tahu betapa sukarnya anggota keselamatan bertugas. Sukar untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku tanpa anda ke sini.

"Maka kami cadangkan agar pihak terlibat menerbitkan dokumentari untuk diedarkan ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Ini penting bagi mendidik anak-anak kita supaya memahami kepentingan keselamatan dan keamanan serta menghargai pengorbanan pasukan keselamatan kita," tegasnya.

Dalam pada itu, Kamarudin yang juga bekas Ketua Polis Kuala Lumpur menyifatkan golongan yang sanggup memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan negara sebagai individu yang tidak berfikir sebelum mengeluarkan kenyataan.

"Anggota keselamatan kita tinggalkan keluarga di Semenanjung untuk berkhidmat selama dua tiga bulan. Mereka belum tahu apa nasib mereka di sini ketika menjalankan tugas. Kalau diperlekehkan, dikatakan sandiwara juga, itu sesuatu yang tidak patut berlaku dan tidak berhati perut.

"Saya harap, suatu masa nanti akan ada dalam kalangan anak atau saudara-mara pengkritik ini yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan. Pada masa itu, diharap mereka sedar erti pengorbanan dilakukan,"...

~askarsetia~