Followers

Thursday 26 January 2012

BR1M BUKTI KERAJAAN HARGAI WARGA TLDM


Bukti Kerajaan Prihatin
Warga TLDM di Pangkalan TLDM Lumut berterima kasih kepada kerajaan yang memperkenalkan bantuan itu dan berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.
Kecerian yang terpapar pada wajah warga TLDM

Semua anggota yang menerima bantuan berasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan. Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan harian yang semakin meningkat.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, En Azri jaafar yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di D20 KD MALAYA. Sebanyak RM 235,500 nilai baucer telah disampaikan kepada anggota tentera terlibat.
Jangan joli ye..
Turut hadir Pegawai Memerintah KD MALAYA iaitu Kepten Khairuddin bin Mohd Ariff TLDM bersama Pegawai Daerah Manjung, En Ahmad Fitri Muhassim.

Seluruh warga TLDM mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan mereka kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia di atas sumbangan tersebut.
Inisiatif Mohd Jal Jaapar harus diteladani
“Bantuan yang diberikan ini akan digunakan bagi keperluan keluarga dan selebihnya disimpan untuk keperluan di masa hadapan,” kata Mohd Jal Jaapar, dari 96, Hospital Angkatan Tentera (HAT), penerima BR1M di Pangkalan TLDM Lumut, semalam.
Masdan Hamidun 
Masdan Hamidun, dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, dekat Seri Iskandar berkata, beliau berharap bantuan BR1M tersebut dapat diteruskan di masa depan bagi menampung kenaikan barangan keperluan seharian.
Qrill Mubara Dolhan "Terima Kasih PM."
 Qrill Mubara Dolhan, berkata wang RM500 yang diterimanya itu akan digunakan untuk membuka akaun simpanan di bank buat anak beliau. “Ianya akan ditabung bagi keperluan persekolkahan anak di masa hadapan,” katanya yang berasal dari Serian, Sarawak.

Navy The Best

Monday 23 January 2012

Selamat Tahun Baru Cina


SELAMAT  TAHUN BARU CINA


Di kesempatan ini Navy The Best ingin mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru untuk semua warga Tiong Hua di seluruh Malaysia. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga 1 Malaysia tetap di hati seluruh rakyat Malaysia......

2012 adalah tahun Naga Air