Followers

Monday 16 December 2013

JANJI PANGLIMA TLDM DALAM KES KEMATIAN LK I PAP ASRUP BIN RAIDIN


Arwah Asrup

Dukacita dimaklumkan pada minggu lalu terdapat kejadian anggota dilaporkan lemas di Stesen UNIFORM TLDM. Mangsa dikenalpasti sebagai 834143 LK I PAP Asrup bin Raidin. Kejadian dilaporkan berlaku semasa mangsa sedang melaksanakan latihan renang di dalam danau stesen. Anggota berumur 27 tahun dan berasal dari Tenom, Sabah (Kampung Jawa Melalap Tenom, Sabah).

Walaubagaimanapun, pihak keluarga mangsa telah mendakwa bahawa anggota berkenaan telah dipukul sebelum dilaporkan mati lemas. Pihak media telah  menyebarkan gambar muka anggota mangsa termasuk kesan lebam dan terdapat kesan dicucuh dengan puntung rokok. Ia telah membangkitkan persoalan daripada banyak pihak kerana punca kematian tersebut adalah meragukan dan seolah-olah terdapat konspirasi di pihak pegawai mangsa untuk menutup cerita sebenar. Pada ketika ini juga, wajah suspek yang didakwa membelasah anggota sehingga mati telah tersebar di laman internet.

Justeru pihak TLDM telah mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa kes ini akan disiasat bagi memastikan keluarga mangsa mendapat pembelaan dari kejadian kematian arwah.


Panglima Tentera Laut (PTL) turut melahirkan rasa dukacita di atas kejadian tersebut dan berjanji akan menyiasat dan memastikan perkara ini diambil tindakan dengan sewajarnya. Sekiranya dakwaan keluarga anggota benar, pihak TLDM akan memastikan individu yang terlibat dalam kejadian ini dibicarakan dan menerima hukuman yang sewajarnya.

Demi memelihara nama baik dan integriti pasukan TLDM secara amnya, PTL berharap semua pihak bersabar agar pihak berwajib dalam melaksanakan siasatan sedalam-dalamnya untuk mendapat jawapan punca sebenar atas kematian arwah. Justeru, masyarakat awam diharap dapat bersabar dan tidak menyebarkan spekulasi liar yang boleh menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan.


Wednesday 18 September 2013

HARI INI DALAM SEJARAH - PEMBENTUKAN MAJLIS PERTAHANAN MALAYSIA



Pada hari ini dalam tahun 1963, Majlis Pertahanan Malaysia telah dibentuk oleh kerajaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang timbul, berikutan dengan langkah memutuskan perhubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina.

Majlis Pertahanan Malaysia ini telah dipengerusikan oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman dan dianggotai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin; Menteri Dalam dan Keselamatan Negeri, Datuk Dr Ismall; Menteri Kerja Raya, Telekom dan Pos, Datuk Sanbathan dan Ketua Angkatan Bersenjata Persekutuan Malaysia, Datuk Rodney More. Pembentukan Majlis ini telah diumumkan oleh Tunku Abdul Rahman di sidang akhbar iaitu sidang akhbar yang pertama sejak lahirnya Malaysia.

Pembentukan Majils ini merupakan satu langkah pertahanan bagi persediaan menghadapi segala kemungkinan ancaman luar negeri. Sebagai langkah permulaan, tentera simpanan, terutama sekali Tentera Wataniah telah dikerah, bagi memperkuatkan Angkatan Bersenjata. Angkatan Polis pula telah diperkuatkan dengan cara menghidupkan semula Pasukan Polis Khas (Special Constable). Pertubuhan-pertubuhan awam juga telah dikerah supaya bersiap sedia.

Di sidang akhbar ini, Tunku Abdul Rahman telah mengingatkan bahawa Persekutuan Malaysia dan Britain mempunyai perjanjian pertahanan. Dengan perjanjian ini Malaysia dan Britain akan terlibat dalam sebarang serangan yang dilakukan ke atas negara-negara Komanwel. Tunku juga telah menerangkan bahawa setakat ini Malaysia belum lagi meminta apa-apa pertolongan pertahanan dari negara-negara sahabat kerana Malaysia belum lagi dalam keadaan perang. la hanya dalam keadaan bersedia dan berjaga-jaga sahaja untuk menghadapi sebarang kemungkinan dari luar negeri.

Sumber : Arkib Negara

CHIN PENG KETUA KOMUNIS YANG KEJAM



Dosa bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), mendiang Chin Peng terlalu besar terhadap negara ini. Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohd. Ghazali Mohd. Seth berkata sehubungan itu, tiada ruang walaupun seinci bagi mayat ketua pengganas komunis tersebut memasuki negara ini.

Mohd. Ghazali yang mempunyai ingatan terperinci berhubung kekejaman pengganas komunis menjelaskan, kepulangan mendiang ke tanah air merupakan penghinaan kepada bekas-bekas perwira negara yang telah terkorban. Beliau yang mengetuai ketumbukan pertahanan negara pada awal 80-an tidak dapat melupakan kekejaman yang dilakukan pengganas komunis terhadap pasukan pertahanan negara ketika itu.

“Saya sendiri memapah mereka yang cedera dan mengangkat mayat perwira dari medan pertempuran. Saya masih ingat pertempuran di Sungai Siput, Perak yang menyaksikan ramai anak-anak buah saya terkorban akibat kekejaman komunis. “Darah dan keringat pahlawan terdahulu jangan diabaikan, mereka berjuang sedaya-upaya memastikan anasir yang didoktrinkan Chin Peng ini dihapuskan, biar terkorban nyawa sekalipun,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mayat Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua. Mengulas lanjut, Mohd. Ghazali yang juga Pengerusi Kelab Pegawai-Pegawai Bersara Angkatan Tentera (Rafoc) menambah, beliau yakin sesiapa sahaja yang hidup semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989 pasti membantah sebarang simpati terhadap Chin Peng.

Sudah terang lagi bersuluh tegasnya, kekejaman komunis yang membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara perlu dijadikan titik rujukan paling kukuh bagi rakyat. “Chin Peng adalah ketua komunis yang melakukan kekejaman terhadap negara ini, jangan ada sekelumit sekalipun simpati terhadap pengkhianat negara ini, saya sokong ketegasan kerajaan dalam isu ini,” kata beliau.

MyKMU.Net

Thursday 12 September 2013

KISAH PEMBOCORAN MAKLUMAT ASET KETENTERAAN NEGARA



Kisah pembocoran maklumat aset ketenteraan negara sering dimomokkan sebelum ini oleh individu yang berkepentingan seperti Tony Pua, Nurul Izzah dan ramai lagi yang ingin meraih populariti untuk kepentingan mereka. Beza antara Nurul Izzah dengan orang lain ialah beliau melakukannya di luar negara kepada “audience” asing. Manakala, yang lainnya membocorkan maklumat kepada pihak-pihak berkepentingan di dalam negara seperti ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan atau juga orang perseorangan yang mempunyai agenda-agenda tertentu. Ada pula segelintir orang kita yang berperanan sebagai agen untuk memberikan maklumat mengenai negara ini kepada negara asing.

Maklumat adalah data mentah (raw data) yang sudah diproses untuk menjadikannya bersifat benar dan tepat, khusus dan disusun untuk memenuhi sesuatu matlamat dan juga bagi tujuan meningkatkan pemahaman dan mengurangkan keraguan tentang sesuatu perkara yang dimaksudkan. Oleh kerana sifatnya yang sedemikian, maklumat diberikan pendarjahan (classification) yang khusus dengan tujuan untuk melindunginya daripada digunakan untuk merosak atau membahayakan keselamatan nasional. Semakin bernilai maklumat itu semakin tinggi pendarjahan yang diberikan, bermula mengikut sususan atas ke bawah dari Rahsia Besar, Rahsia, Sulit dan Terhad.

Maklumat berdarjah yang diberikan Nurul Izzah (sebagai contoh) kepada pihak ke tiga secara tersendiri (in isolation) tidak akan menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara. Namun, ia dapat membantu untuk memperlengkap dan memberikan gambaran besar mengenai profil negara. Jika di dalam bidang pemasaran/perniagaan skala besar mereka menggunakan analisis SWOT (strength, weaknesses, opportunity ,threats) sebelum memasuki sesuatu pasaran, begitu juga dengan kaedah yang diguna pakai oleh sebuah negara ke atas sebuah negara lain. Mereka akan mengutip, menyusun kumpul dan menganalisis apa juga maklumat penting mengenai sesebuah negara untuk membuat rumusan mengenai kekuatan dan kelemahan negara berkenaan.

Mungkin ada pihak yang mempersoalkan kewajaran Nurul Izzah (sebagai contoh) memberikan maklumat seumpama itu kerana tanpa beliau berbuat demikian maklumat sebegitu masih boleh didapati daripada sumber-sumber lain. Memang diakui, dalam era kecanggihan teknologi maklumat ini, maklumat bagaikan komoditi yang amat mudah diperolehi.Negara-negara maju contohnya menggunakan satelit untuk mengutip maklumat mengenai sesebuah negara lain.Namun demikian , sebagaimana yang diakui oleh Amerika Syarikat di dalam peperangan di Iraq dan Afghanistan, maklumat yang diperoleh secara human intelligence (humint) dari orang perseorangan adalah lebih tepat berbanding maklumat yang diperolehi melalui electronic intelligence (elint) atau signal intelligence (sigint). Humint mengsahkan apa juga maklumat yang dikutip melalui dua cara yang disebut itu.
 
Sedar di atas pentingnya manusia sebagai pembekal maklumat yang sahih, beberapa peraturan telah dibuat bagi mengekang maklumat berdarjah dari jatuh ke tangan mereka yang tidak diingini. Mereka yang diberi authority dan kuasa untuk mengurus dan menggendali maklumat-maklumat berdarjah ini perlu dibuat tapisan keselamatan terlebih dahulu. Mereka juga tertakluk kepada beberapa akta dan undang-undang antaranya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Malangnya , di sebalik langkah-langkah yang diambil ini aktiviti pengaliran maklumat berdarjah terus berlaku, dan berlaku secara terbuka. Admin pernah terbaca posting seorang blogger yang menceritakan mengenai “operational status” pesawat-pesawat MIG 29 di Pangkalan Gong Kedak dan Operasi Daulat di Lahad Datu sebelum ini.  Kita juga mungkin pernah mendengar bagaimana maklumat “dipindahkan secara langsung” menerusi penggunaan telefon bimbit oleh seorang ahli di dalam mesyuarat kepada seorang lain di luar bilik mesyuarat. Pemindahan dokumen berdarjah juga boleh dilakukan secara mudah dengan menyalinnya ke dalam “pendrive” atau dengan mengambil gambar menggunakan telefon bimbit berkamera.

Akhirnya, setelah segala kaedah dan cara yang diperkenalkan gagal untuk mengelakkan pembocoran maklumat daripada terus berlaku, apa yang tinggal ialah sikap “integrity” , amanah dan tanggungjawab setiap seorang yang diberi kuasa dan authority untuk mengurus dan menggendalikan maklumat. Pengurusan maklumat perlu dilaksanakan secara penuh berhemah, beretika, penuh komitmen dan rasa tanggungjawab. Nyahkan sifat pentingkan diri sendiri dan elak daripada mengkompromikan keselamatan negara.


PANDANGAN SEORANG MAHASISWI; PASCA PRU....Part 1



Melihat negara sendiri hanya melalui celoteh dan telatah rakan2 FB di tanah air atau yg melata disegenap dunia, Aku KAGUM Kerana kebelakangan ini aku perasan...

1.  Rakyat Malaysia ini boleh bersatu!
 
Lihat saja gambar2 perhimpunan ceramah parti mana pon, hadirin banjir sana sani.
Tambah kagum bila melihat gambar solat hajat perdana. Alangkah indah jika fenomena ini dapat dilihat selalu ketika solat jumaat dan kuliah Forum Perdana, tidak terhenti sesuai musim pilihan raya melabuh kn tirainya.
Tapi jujur agak terkilan juga kerana perpaduan yang mengagumkan ini, masih hanya wujud mengikut blok-blok warna bendera.

2. "kreatif giler ah org malaysia" 

Pelbagai TROL, pelbagai2 humor, bukan saja menghiburkan hati, malah bertindak segabai tool menguatkan ukhwah persahabatan bila berkongsi lawak2 jenaka ini bersama kawan-kawan sekepala.  Tapi sayang bila sentiment2 tertentu dicemari, tanpa hormat seperti hilang nilai pedomanhati,hilang nilai kemanusian, dan hilang keperihatinan terhadap perasaan keluarga mangsa yang di bahan.

3. Kebolehan so-called critical thinking.

Menganalisis,membanding tara Malaysia dgn negara2 lain, parti ini parti itu , individu ini individu itu. Memberi perspective dan prediction tersendiri terhadap apa yg telah.sedang dan bakal berlaku.  Mgkin ramai yg baca, "suka2"  trus share,tapi saya percaya ramai cerdik pandai  yang mengkaji dan meneliti sesuatu post itu terlebih dahulu.  Paling kagum bila terperasan double meaning dalam sesuatu post. Tersusuk2 hati jika mengerti.

4. Sikap suka berkongsi.” Well,sharing is caring”

Kongsi ilmu (xkira fakta nya betul or salah, Share).
 Kongsi pendapat (tak kira neutral ke bias, Share ).
Kongsi stress xlarat tgk post politik,  kongsi amarah keputusan lmbat. Kongsi gosip, kongsi fitnah.

5.Kemahiran ala-ala professional designer

Discredit gambar ke edit video, edit muka buku ke edit  poster film, hasilnya tiptop!
Siap boleh edit nampak mcm keratan akhbar, surat rasmi negara bagai!
Bakat-bakat untuk jadi film maker pelakon utama, pelakon tambahan, stuntman, penulis skrip, pencipta tagline terserlah menerangi“dunia seni” FB.
Impressive!  Tak cukup tenaga kerja, import pelakon dariBangladesh pon boleh~

Bersambung....

Credit:

Nursuraiya Hanani Binti Ismail 
Pengajian Kemasyarakatan Antarabangsa 
Universiti Utsunomiya , Japan