Bukti Kerajaan Prihatin |
Warga TLDM di Pangkalan
TLDM Lumut berterima kasih kepada kerajaan yang memperkenalkan bantuan itu dan
berharap ia dapat diteruskan pada masa akan datang.
Kecerian yang terpapar pada wajah warga TLDM |
Semua anggota yang
menerima bantuan berasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.
Sedikit sebanyak bantuan tersebut dapat meringankan beban perbelanjaan harian
yang semakin meningkat.
Majlis penyerahan
disempurnakan oleh Pegawai Khas kepada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Pangkor, En Azri jaafar yang mewakili Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul
Kadir di D20 KD MALAYA. Sebanyak RM 235,500 nilai baucer telah disampaikan
kepada anggota tentera terlibat.
Jangan joli ye.. |
Turut hadir Pegawai
Memerintah KD MALAYA iaitu Kepten Khairuddin bin Mohd Ariff TLDM bersama
Pegawai Daerah Manjung, En Ahmad Fitri Muhassim.
Seluruh warga TLDM
mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana keprihatinan mereka kepada
anggota Angkatan Tentera Malaysia di atas sumbangan tersebut.
Inisiatif Mohd Jal Jaapar harus diteladani |
“Bantuan yang diberikan ini akan digunakan bagi keperluan keluarga
dan selebihnya disimpan untuk keperluan di masa hadapan,” kata Mohd Jal Jaapar,
dari 96, Hospital Angkatan Tentera (HAT), penerima BR1M di Pangkalan TLDM
Lumut, semalam.
Masdan Hamidun |
Masdan Hamidun, dari Stesen Komunikasi TLDM Parit, dekat Seri
Iskandar berkata, beliau berharap bantuan BR1M tersebut dapat diteruskan di
masa depan bagi menampung kenaikan barangan keperluan seharian.
Qrill Mubara Dolhan "Terima Kasih PM." |
Navy The Best
3 comments:
Saya tak tau nak cakap apa, tapi saya dah dapat dah duit ni. Biaq pi orang nak kata hapa, yang saya tau kami di Lumut rasa bangga sebab kerajaan dok tolong. Tengah dok sesak napaih bayaq duit anak sekolah lain, buku lain, ni kira PM bagi bersyukur sakan la. Tq PM, kalau ada lebih huloq mai lagi.
Gua sokong....Terima kasih atas keperihatinan YAB PM dan Kerajaan BN. Ini baru dikatakan cakap serupa bikin...bukan macam puak-puak sana tu, JINGGA sana..JINGGA sini last-last RAPLA JINGGA..
Duit dah abis dah...tapi terima kasih pada kerajaan memerintah
Post a Comment