Farid Kamil bukan
sahaja tidak mendapat kebenaran untuk memakai uniform pasukan keselamatan pada
majlis resepsi persandingannya dengan Diana Danielle tetapi telah mengenakan
pakaian yang cacamarba.
Pegawai Perhubungan
Media, Unit Komunikasi Kementerian Pertahanan, Leftenan Komander Rahimah Taib
berkata, pakaian “istiadat” itu tidak mencerminkan anggota beruniform di negara
ini kerana ia tidak selari dengan imej pasukan berkenaan.
“Pada dasarnya baju,
seluar dan topi dipakai Farid itu adalah pakaian anggota Polis Diraja Malaysia
(PDRM) manakala lencana pada bahunya adalah lambang mejar jeneral Tentera
Darat. “Lencana penerbangan di bahu kanan pula menggambarkan seseorang itu
adalah anggota Tentera Udara,” katanya.
Ahad lalu akhbar
Kosmo melaporkan Farid Kamil mungkin diipenjara kerana
menyalahgunakan pakaian istiadat pegawai pasukan keselamatan pada majlis
resepsi persandingannya yang diadakan di Taman Ekuestrian Putrajaya dekat sini
pada 1 Disember lalu. Istiadat lalu di bawah pedang yang diadakan ini tidak
menggambarkan ciri-ciri anggota polis kerana pakaian yang dipakai tidak
lengkap.
Tambah Rahimah,
sekiranya Farid benar-benar berhajat untuk menyarungkan uniform tentera pada
majlis itu, dia boleh membuat permohonan rasmi untuk dipertimbangkan. Pihak
beliau tiada masalah untuk tujuan tersebut kerana selama ini mana-mana penerbit
yang ingin menggunakan pakaian tentera bagi watak-watak tertentu dalam filem
atau drama akan mendapat nasihat cara pakaian sebenar sebagai seorang anggota
tentera.
“Kami tidak
menerima apa-apa permohonan daripada Farid berhubung perkara itu tetapi
langkahnya mencampuradukkan pangkat dan pakaian pasukan beruniform di negara
ini adalah tidak wajar,” katanya.
2 comments:
Sehubungan itu pihaknya akan menghantar surat teguran kepada Farid supaya dia tidak mengulangi lagi kesilapan tersebut namun tiada tindakan undang-undang dapat dikenakan disebabkan pakaian yang disarungkan itu tidak mencerminkan mana-mana pasukan keselamatan di negara ini kerana ia bersifat cacamarba. baguih baguih, geng tonggek pungkog pon tak kena apa2, umno betul laaaa.
Apa kena mengena hal ni gan Umno plak....tonggek betul le ko ni.
Post a Comment