KD LEKIU siap konar baring |
Gabungan mantap TLDM dan APMM sekali lagi mengharumkan nama Negara apabila berjaya menyelamatkan kapal MT NAUTICA JOHOR BAHRU dan kru yang dirampas di posisi 60 batu nautika Timur Tanjung Gelang, Kuantan pada pagi 28 Okt 2011. Kapal kepunyaan Syarikat dari Malaysia itu telah dilaporkan dirampas pada jam 9.20 pagi. Menerusi operasi bersama tersebut, kira-kira jam 3.20 petang, kapal yang dirampas tersebut telah dijumpai oleh pesawat helikopter APMM di posisi 85 batu nautika Timur Pekan, Pahang, sedang bergerak keluar perairan negara. Pesawat APMM juga telah memaklumkan bahawa kapal MT NAUTICA JOHOR BAHRU telah ditukar namanya kepada MT ICAJO oleh kumpulan perampas tersebut.
MT Nautika |
Kapal TLDM dan pesawat helikopter Super Lynk TLDM telah dimaklum posisi terbaru ini untuk dipintas seterusnya. Bagaimanapun, kapal yang dirampas telah dibawa memasuki perairan ZEE RI sehingga mendekati Kepulauan Anambas. Apabila MT NAUTICA JOHOR BAHRU ditemui oleh KD LEKIU kapal telah berada 29 batu nautika dalam sempadan perairan ZEE RI. Kapal tersebut enggan berhenti apabila diarahkan kapal TLDM malah meneruskan pergerakan mendekati Pulau Anambas. APMM telah menghubungi BAKORKAMLA untuk memaklumkan insiden ini dan memohon kelulusan operasi “kejar buru”(hot pursuit) di perairan Indonesia. Kelulusan telah diberikan dalam masa yang singkat oleh BAKORKAMLA.Kejayaan menumpaskan kes rampasan ini dan seterusnya menyelamatkan kapal MT NAUTICA JOHOR BAHRU menunjukkan keupayaan yang efektif APMM dan TLDM, agensi yang dipertanggung jawabkan untuk menjaga keselamatan perairan negara. Kerjasama yang diberikan dalam masa yang singkat oleh BAKORKAMLA juga telah membantu menangani ancaman kegiatan haram ini. Adalah diharapkan kerjasama yang erat ini dapat mencegah perlakuan jenayah dan aktiviti pelanunan di Selat Melaka dan Laut China Selatan.
2 comments:
tapi, pelik bin ajaib sebab masih ada puak2 yang tutup mata dan pekakkan telinga untuk menerima hakikat bahawa TLDM sentiasa siapsiaga mempertahankan keselamatan negara.
BRAVO ZULU LEKIU!
salam dari chor
syabas buat tldm dan apmm.sy rasa bangga kerana tldm dan apmm berganding bahu utk membanteras kegiatan lanun di lautan samudera.dengan adanya pasukan yg mantap ini sy yakin negara kita akn aman dan segala aktiviti perlanunan di laut china selatan akan dpt di atasi dengan cekap.akhir kata sesiapa yg mempersoalkan pasukan ini mmg tak tau apa-apa sebenarnya.sy bangga dengan tldm n apmm.
Post a Comment