Kerajaan dah umumkan kenaikan pencen baru pesara tentera naik antara 2.5% hingga 8%. Sedikit sebanyak inisiatif kerajaan dapat membantu pesara tentera yang dalam menaikkan taraf hidup mereka. Kadar pencen baru tentera meliputi seramai 100,300 pesara tentera selaras dengan pembentangan Bajet 2012 berjumlah RM600 juta membabitkan 600,000 pesara kerajaan di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Banyak juga inisiatif yang kerajaan bagi pada bekas tentera ni..Senarai macam kat bawah nie!!
- Waris pesara tentera yang layak, termasuk isteri dan anak, akan ditentukan berdasarkan pemindahan gaji akhir penjawat awam ketika bersara atau tamat perkhidmatan
- Pesara tentera akan menerima pencen bulanan minimum lebih tinggi berbanding RM720 yang diterima sebelum ini
- Pesara tentera akan menikmati kenaikan pencen sehingga 8 peratus ekoran pelarasan pencen oleh JPA dan JHEV di bawah skim saraan baru Perkhidmatan Awam (SBPA 2012)
- Pembayaran pencen baru tentera akan dilakukan secara berperingkat mulai hujung bulan Februari 2012 ini
- 20,000 pesara yang menamatkan perkhidmatan selepas 1 Oktober 2004 yang mana akan menerima bayaran pencen dengan kadar baru itu
- Baki 80,300 pesara atau penerima pencen sebelum tarikh itu akan diselaraskan selepas mendapat kelulusan penggunaan jadual gaji baru yang diluluskan di bawah SBPA ATM dan sifir pemindahan gaji oleh JPA
- JHEV akan membuat penyelarasan bayaran tunggakan bagi kadar pencen baru yang berkuat kuasa Januari 2012
Alhamdulillah..Terima kasih kepada kerajaan sebab sentiasa perihatin pada kebajikan semua bekas tentera. Jasa dan pengorbanan yang mereka telah curahkan dalam mempertahankan tanah air tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Navy the best harap semua warga ATM dan bekas tentera bersyukur dengan keprihatinan pihak kerajaan dalam menjaga kebajikan warganya..Thank You So Much n Bravo Zulu....
1 comment:
Seronoklah bagi yang berpencen, tapi yang tak pencen macam aku camana. Bukannya tak nak pencen tapi kalau dah TLDM tak kasik sambong
Post a Comment