Followers

Friday, 2 March 2012

PERANG TIOMAN BUKTI KESIAGAAN TLDM


PERANG TIOMAN 1/12
Latihan manuvra
Dewasa ini berbagai pihak yang menggunakan nama Anonimous di laman-laman blog PENABUR FITNAH yang mempertikaikan kewibawaan warga serta kesiagaan Armada TLDM sekiranya berlaku sesebuah konflik. Bagi yang kurang pendedahan mereka sudah tentu akan percaya dengan setiap dakwaan tersebut. Tapi malangnya mereka lupa bahawa Rakyat Malaysia mempunyai akses terhadap Portal TLDM (http://www.navy.mil.my/) dimana mereka diberi laluan untuk menilai sendiri keupayaan ARMADA TLDM serta informasi-informasi berkaitan TLDM menerusinya. 

Latihan Laut merupakan satu aspek kesiagaan Armada TLDM yang dilakukan secara berkala, contoh yang terbaik ialah Perang Pangkor dan Perang Tioman. Warga kapal akan diuji dengan pelbagai bentuk senario serta latihan bagi memantapkan pengetahuan perang serta ilmu navigasi mereka. Bukankah ini bukti bahawa TLDM sentiasa siap siaga?
Latihan Heaving Line
Justeru, janganlah dibuat sesebuah tohmahan tanpa periksa. Propaganda murahan yang dimainkan oleh sesetengah blogger berkaitan TLDM hanya mencerminkan kebodohan BLOGGER ITU SENDIRI.

Navy The Best
Sumber: Portal TLDM

7 comments:

Anonymous said...

Kalau setakat tunjuk gambar dan keluarlah statement TLDM dah maju dan SEMPURNA, nampaklah KURANG CERDIKNYA penulis, KALAU paparkan gambar KLCC, LRT dan berbagai gambar yang cantik2, MALAYSIA dan maju dan sempurna? Diorang nak bagitahu semua cacat cela ke dlm website tu? Takat perang pangkor, dah tentu diantarnya kapal-kapal yang duk ada pun tak kisah kerana bukannya nak pakai GUN pun. Yg problem dgn sistem weopon pun boleh pergi setakat heaving line transfer.

Yang ORANG duk cakap tu nak perbaiki keadaan agar tidak AALPA! Tengelam,terbakar tentu ada sebab,cari punca tu!

Anonymous said...

Oleh Angry Lady Bird
Sah-sah, tukang komen ni tali barut puak-puak pembangkang. Kau tahu sangat ke pasal sistem kapal perang, kau tahu ke pasal upgrading sistem tu, kau tahu ke pasal serba serbi. Takat nak cari masalah semua orang boleh, kalau kau dah tahu sangat, apsal kau tak buat saja pembaikan. Orang kat atas sana tengok dalam skop yang besar dan luas, bukan macam kau hanya tengok skop kecik, bukak mata ngan otak sikit, jangan asyik dok canang kebodohan sendiri. Apsal, kau tahu in detail ke pasal CN, including finding and your proposal. Bercakap dan menulis dua perkara tak sama weh...samalah try to be smart but stupid.
Oleh Angry Lady Bird

Anonymous said...

Kita org cerdik cakap cara cerdik! Jgn guna kepala lutut. What do you mean by upgrading? Do you think that I don't know and stupid like you? Apa relevannya dgn apa yang tertera dgn post you/ Nampak sangat dungu dan barai! Apa you ingat semua orang yang tahu, jalan penyelesaiannya adalah mengapa tak buat? Nka bagi tahu sikit, gunalah otak tu, apa kau ingat mcm otak dan cara kau tu selesai masaalah? Org tak bincang dan persoalkan kesempurnaan, yang dimohon adalah proses pembaikan! Apa kau ingat mentang2 kau BEKAS pegawai,cerdik sangat? takat HIDUP dengan rasuah kat RUMAH stor tu tak payah cerita la hoi!Kau nafi kat org kampung boleh le.

Yang org persekitaran duk cakap, banyak kapal-kapal TLDM ROSAk, DUIT banyak,spare plak mcm FAKE yang duk berlegar kat DBA. Kau apa tahu....puji je reti! Org duk tanya,macamana kapal boleh tenggelam,macamana kapal boleh terbakar? Kau nak jawab itu TAKDIR, bodoh biar bertempat jangan duk bermusim!

Anonymous said...

Rupanya ramai sahabat yang dok sembah berdekah-dekah di dalam forum ni nor. Ni Sahabat, tiga-tiga orang sekalilah, hangpa dok tulih macam-macam kat sini, apa yang hangpa dapat? Kalau kita dok berkelahi sampai kiamat pon tak dak maknanya. Nih Nana nak bagi tau semua, toksah dok kelepiaq sana-sini, nanti semua jadi rapla. Nana rasa ada baik hangpa tulih surat ka, tulih satu kertas kajian ka, lepaih tu hangpa bawak la ke ataih, baru ada inovatif dan inisiatif hangpa akan dilihat sebagai sesuatu yang bijak. Nana bukan apa, bila ada orang habaq ada blog navy oriented, Nana mai jengah la sat. Bila bukak, tu dia, ada dua tiga orang dok berkelahi, apa punya tur pun Nana tak tau.

Anonymous said...

betoi kata nana tu...sokong 200%...tolong dengaq nasihak orang yang masih waras.Jangan dok tebok dinding rumah sendiri nanti org mengendap...habeh rahsia dalam rmh orang tao...tao tak!!!

Anonymous said...

Hidup TLDM..

Anonymous said...

bila sy tgk komen2 anda sume, bagi saya, ada betul dan ada salahnye.....sbnanye, bagi kita yg tak tau apa2 ni, xyahla menambah nambah bnde yg tak ade, dan beriya iya cerita mcm kita tau segal galanya.......yg penting, kita bersyukur atas keharmonian yg kita kecapi skrg, cuba utk kekalkan dan hargai jasa2 mereka yg tengah berjuang, dan telah berjuang utk kesenangan bersama, dan ingt, keharmonian bukan ditngan tentera sahaja, tetapi seluruh rakyat malaysai bertanggungjawab tak kira agama, bangsa dan fahaman politik....sekian dari manusia yg pernah berjuang satu ketika dahulu :)