Fuhhhhh leha...Syukur Alhamdulillah |
Tidak kurang dari 24 jam yang lalu, KD LAKSAMANA HANG NADIM dari Skuadron Korvet ke-24 Kelas Laksamana, telah berjaya menyelamatkan tiga orang
pemancing mangsa bot karam. Dalam kejadian tersebut, tiga orang pemancing
Marzuki bin Daraman, 52 tahun, Zulkhairi bin Abdul Rahman, 47 tahun dan Mualim
bin Giyar, 40an, dari Teluk Muroh ditemui sedang terapung-apung di lokasi 30
batu nautika Barat Daya Pulau Pangkor berdekatan dengan Pulau Jarak.
Mangsa ditemui sewaktu KD LAKSAMANA HANG NADIM sedang dalam siri
rutin rondaan dan pengawasan keselamatan maritim di Perairan Selat Melaka.
Inilah yang dikatakan dugaan Ilahi |
Menurut mangsa, bot yang dinaiki mereka sedang bersauh di kira-kira 400
meter arah Selatan Pulau Jarak kerana berlindung dari cuaca buruk, ombak dan
angin kencang mulai jam 1 pagi 27 Feb. Pada kira-kira jam 3 pagi angin kencang
dan ombak kuat telah menghanyutkan bot ke arah Pulau Jarak. Cubaan mereka untuk
membongkar sauh dan meninggalkan kawasan perairan tersebut telah gagal akibat
enjin bot tidak dapat dihidupkan. Akibatnya bot telah dipukul ombak kuat sehingga menyebabkannya terhempas ke batu besar dan pecah. Demi meyelamatkan nyawa mereka terpaksa
berapung dan kehadiran HANG NADIM pada kira-kira jam 12.45 tengahari benar-benar melegakan mereka.
Terima kasih kepada navy |
Navy The Best
Sumber:Portal TLDM
No comments:
Post a Comment