Followers

Tuesday 20 November 2012

INDUSTRI PERTAHANAN CATAT NILAI PELABURAN RM5 BILION




Industri pertahanan tempatan dan antarabanga bergiat aktif dalam pelbagai projek pertahanan di negara ini dengan nilai pelaburan mencecah RM5 bilion. Menteri Pertahanan memaklumkan kerajaan amat komited untuk melihat industri pertahanan berkembang sesuai dengan jumlah permintan yang bertambah di rantau Asia.


Berlanjutan dari mesyuarat Menteri Pertahanan Asean di Kemboja bulan lepas, dimana kerajaan memutuskan untuk meningkatkan kerjasama dalam industri pertahanan dikalangan negara anggota pertubuhan serantau itu.



Jemaaah Menteri telah meluluskan projek kilang, pusat pendidikan dan kemudahan pengeluaran industri pertahanan yang akan dibina di Perak dan kerajaan negeri sudah meluluskan tanah bagi pelaksanaan projek tersebut. Industri pertahanan Malaysia semakin maju melalui kerjasama strategik agensi kerajaan seperti Matrade dan Mida, dan usaha ini bertujuan membantu ahli Majlis Industri Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia (MIDES) mempromosi dan memperluas perniagaan mereka ke rantau Asia seterusnya ke peringkat global. 


1 comment:

Anonymous said...

Memang tidak dapat di sangkal dimana industri pertahanan negara sedang berkembang pesat. Tetapi yang menjadi persoalan nya adakan hasil luar negara saja yang dilihat bermutu tinggi.

Boleh kah kita menjana industri ini dalam negara seperti membuat kapal-kapal perang yang canggih dan bermutu, jangan di lihat kepada satu syarikat sahaja tanpa melihat syarikat yang kecil-kecil tetapi berkemampuan yang tinggi dalam pembinaan kapal perang.

Ini adalah kerana kurang keyakinan kita kepada keupayaan anak tempatan seperti mereka di Sabah dan Sarawak.

Memang benar mereka di sana belum mempunyai keakaran yang begitu tinggi tetapi jika tidak di gilap dari sekarang, masakan ia akan bergemerlapan di kemudian hari.

Cuba kita lihat kemampuan Syarikat Coastal Contracts Bhd di Sandakan dalam pembinaan kapal pelbagai jenis. Syarikat ini mampu membina, mereka kapal dari pelbagai bentuk, kegunaan dan murah harga nya dibandingkan dengan produk dari luar negara. Disamping itu dapat juga kita menjimatkan aliran keluar wang negara.