Followers

Thursday 8 November 2012

SCORPENE ASET KEBANGGAAN TLDM



Panglima Tentera Laut
Individu paling berbangga dengan kemasukan aset strategik kapal selam jenis Scorpene dalam pegangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak lain dan tidak bukan adalah Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar. Apa tidaknya, perjalanan untuk TLDM memiliki aset cegah rintang tersebut bukan mudah. Seawal tahun 1970an lagi, TLDM menerusi bekas Panglimanya, K. Thanabalasingam sudah menyuarakan hasrat untuk memiliki kapal selam. Namun memandangkan aset tersebut terlalu mahal dan peruntukan kerajaan pula perlu disalurkan kepada bidang yang lebih memerlukan seperti pembangunan, pendidikan dan kesihatan, hasrat TLDM terpaksa dipendamkan begitu sahaja. Begitu pun menyedari kepentingan kapal selam dalam aspek cegah rintang pertahanan sesebuah negara, apatah lagi selepas Malaysia mengisytihar Zon Ekonomi Eksekutif (ZEE) pada 25 April 1980, TLDM tidak berputus asa memohon kelulusan kerajaan.

Pada 1985, TLDM mengemukakan laporan penuh cadangan perolehan kapal selam bagi membuktikan keseriusan angkatan itu untuk memiliki kemampuan peperangan tiga dimensi tetapi sekali lagi hasrat tersebut tidak menjadi kenyataan. Sedangkan negara jiran Indonesia sudah mula. memperkenalkan kapal selam dalam perkhidmatan tentera laut mereka sejak 1959 lagi, menerusi dua buah kapal selam terpakai milik Soviet Union yang kemudian diberi nama RI Tjakra dan RI Nanggala. Kemudian diikuti Singapura yang mengoperasi sehingga empat kapal selam terpakai Sweden sebelum dinaik taraf dan diberi nama kelas Challanger pada tahun 1990an menjadikan TLDM ketinggalan dari segi pengalaman mengoperasi aset strategik itu.

Bagaimanapun penantian tiga dekad TLDM akhirnya menjadi kenyataan selepas kerajaan bersetuju untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene, yang dianggap pemerhati ketenteraan sebagai tercanggih dalam kelasnya pada 2002. Bagi Laksamana Tan Sri Abdul Aziz, tiada yang lebih membanggakan apabila hasrat untuk meletakkan TLDM sebagai sebuah angkatan kredibel yang disegani lawan dan kawan akhirnya menjadi kenyataan. "Kapal selam adalah aset strategik yang menjadi dambaan kepada mana-mana angkatan laut di seluruh dunia kerana ia memberi lonjakan berganda kepada kemampuan pertahanan tetapi tidak semua negara yang mampu memiliki aset ini. "Bagi saya selaku pemerintah tertinggi TLDM, pembelian kapal selam kelas Scorpene ini adalah satu langkah bijak oleh kerajaan kerana kecanggihan aset ini diumpama seperti kereta Ferrari berbanding yang sekelasnya dengannya. "Bayangkan dengan kecanggihan tersebut dan apabila memerlukan kita boleh menempatkan Scorpene di mana-mana perairan tanpa dapat dikesan. Ini sudah tentu memberi keselesaan ketara jika kita perlu berdepan dengan musuh," katanya.

Menurut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz, Scorpene sudah membuktikan keupayaannya dalam beberapa siri latihan termasuk dengan negara kuasa dunia dan apa yang menjadi igauan banyak pihak ialah sifat halimunan yang ada pada aset kebanggaan negara itu. Tanpa berselidung beliau mengesahkan, dalam satu siri latihan bersama sebuah negara kuasa dunia, kapal selam Scorpene yang dioperasikan sepenuhnya oleh anak tempatan berjaya mencatat rekod 10 kematian ke atas kapal selam 'musuh'.


3 comments:

Anonymous said...

Harganya Lebih dari sebenar. TLDM rugi dibawah pemerintah BN.

Boleh beli 5 kapal selam..

x RN

Aree Tone WoW said...

Bangganya aku sebagai Ex-Service...ATM bertambah maju...

aputuwo said...

keindahan perkabaran dari rupawan............