Followers

Friday 14 December 2012

DILEMA UPNM



Inilah kisah sebuah universiti
UPNM namanya di Kem Sungai Besi
Halatuju terpesong ke mana nak pergi
Apadah jadi pada halatuju rasmi?

NCnya seorang jeneral yang "frus"
Tak naik pangkat dia jadi malas
Khabar cerita "bola"nya dipulas
Kes XXX Mama Blondie boleh jelas

Sang Kelembai betina dilantik TNC
Pandai mengugut dan memanipulasi
Telah ditendang oleh dua universiti
UPNM tong sampah ambil dia lagi

Pentadbiran canselori menjadi kemelut
Pendaftar disisih malas nak sebut
Penasihat Undang-undang tidak diikut
Senet dipenuhi dengan pak turut

Keadaan di fakulti lagi kalut
Dekan diganti dengan pengikut
Masing-masing nak jaga kepentingan perut
Bak kerbau ditarik semua ikut

Kepimpinan tentera habis disingkir
Tumpangan dan kontrak akan diakhir
Implikasi pengajaran tidak difikir
Alasan yang diberi karut dan pandir

Subjek teras identiti universiti
Undang-undang sejarah tentera dan strategi
Tetapi sekarang telah diganti
Dengan keusahawanan dan berbagai lagi

Sewenang di"downgrade" Jabatan Strategi
Susahlah nak berkembang serta tadbiri
Bayangkan UPNM dalam keadaan begini
Bak restoran mamak tapi tak ada kari

Pengajaran terganggu pelajar gusari
Hantar petisyen kepada menteri
Kelembai betina naik panas hati
Diugutnya mereka ke malam hari

Pengajian maritim tak tentu hala
Kepentingan pelajar tidak dikira
Pensyarah pelaut diganti jurutera
Kerana nak singkir pensyarah tentera

Di Fakulti Pertahanan lagi sakan
Pensyarah jualan jadi pakar pertahanan
Dilantik pula menjadi dekan
Bukankah ini kes Tanjung Rambutan?
 
Kerjasama Kementah susah nak jalan
Ada saja halangan dan juga alasan
Apa guna ada universiti pertahanan
Kalau setakat nak ajar keusahawanan?

Banyak lagi perkara tersirat
Tetapi ini cukuplah disurat
Bukan untuk ditelan bulat-bulat
Tapi diedarkan untuk disiasat


Sajak ditulis oleh Mat Gerek dan disiarkan oleh akhbar HarakDaily pada 11 Dis 12. Adakah terdapat kebenaran dari sajak yang ditulis oleh penulis?. Adakah memang berlaku perubahan kepada objektif utama penubuhan Universiti ini yang berteraskan ketenteraan dan strategik pertahanan negara dan diganti dengan keusahawanan?.  Adakah produk universiti ini iaitu Pegawai Kadet pada suatu hari nanti yang akan menerajui ATM akan mempunyai pemikiran seperti orang awam dimana tugas dan tanggungjawab mereka adalah sebagai benteng pertahanan negara?. NTB berharap kemelut ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin agar perkara ini tidak terus menjadi tanda tanya kemana sebenarnya arah tuju sebenar penubuhan  UPNM.





3 comments:

call me QILA ! said...

Sajak DILEMA UPNM memangnya ada kebenarannya ....
selain dpd AUKU yg perlu dipatuhi, diharap ATM memandang sirius perkara ini !

Anonymous said...

ini la manusia tak habis-habis dengan perangai hasad dengki. ini yang mereka inginkan menyingkirkan pegawai tentera atau bekas pegawai tentera di upnm atas alasan yang mereka cipta sendiri. upnm ditubuhkan hasil pengembangan kepada Akademik Tentera Malaysia bertujuan untuk melahirkan pegawai tentera yang mampu menghadapai senario peperangan yang berbeza dibandingkan masa lalu. saya ulang sekali lagi upnm untuk melahirkan pegawai tentera yang akan mentabdir human resources dan peralatan yang berbeza dengan pentadbir awam diluar sana. pegawai tentera hanya ada satu sahaja universiti iaitu upnm dan pegawai tadbir awam mempunyai banyak universiti lain. jadi jangan la dok kacau upnm, jangan la jadikan isu ini politik sama seperti jangan jadikan pembelian aset kenteraan negara ini juga isu politik. tolong la fahami keselamatan tidak boleh dijual beli, kalau semua orang dok masuk campur dalam persekitaran tentera yang mereka tidak tahu kepala dan ekornya pasti ia akan memberi kesan kepada keselamatan negara. berbalik kepada pensyarah upnm memerlukan mereka yang berlatarbelakangkan tentera untuk menjadikan graduan-graduan upnm graduan tentera. tolong la banyak da universiti awam di luar sana jangan la universiti tentera yang satu ni pun nak dirampas....ingat brainchild kepada penubuhan upnm adalah dari tentera sendiri untuk pelajar tentera sendiri jadi memerlukan tentera untuk mengajar dan mentadbir.

Anonymous said...

Amat bersetuju dengan Anonymous28 December 2012 07:54, Terima kasih kepada NTB kerana menyiarkan luahan Mat Gerek, tetapi kenapa Mat Gerek ni menulis di HarakahDaily, bukannya di Utusan Malaysia?