Followers

Wednesday 12 December 2012

PM LANCAR 7 INISIATIF BANTU PESARA TENTERA SABTU INI



Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melancarkan tujuh produk teras bagi memperkasakan bekas tentera sempena perasmian Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MVRP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kuala Kangsar, Sabtu ini. Pelancaran tujuh produk tersebut adalah antara inisiatif terbaharu kerajaan melalui pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan bagi membela nasib pesara serta veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di negara ini.

Pada masa ini, terdapat kira-kira 300,000 pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 234,500 veteran tidak berpencen di seluruh negara. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif itu antara lain merangkumi bantuan melonjak usahawan bekas tentera, pemberian kad 1Malaysia Privilege, kemudahan rawatan, bantuan kerjaya kedua serta mewujudkan usahawan baru pesara tentera. ''Butiran mengenai produk-produk ini akan diperincikan sendiri oleh Perdana Menteri dalam pelancaran itu nanti. Apa yang penting, inisiatif ini melambangkan keprihatinan beliau selaku bekas Menteri Pertahanan selama 14 tahun," katanya.
7 Inisiatif 1MVRP - NBOS7


Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia dilaksanakan dengan tujuh (7) inisiatif :

1.         Program membaikpulih rumah veteran (veterans home repair)

2.         Pusat sehenti veteran 1 Malaysia (veterans access point)

3.         Program penempatan kerja untuk veteran (veterans hiring programme)

4.         Bantuan keusahawanan (entrepreneurs support)

5.       Meningkatkan penerimaan latihan PERHEBAT oleh industri (raise industry acceptance of PERHEBAT training)

6.         Program keluarga veteran 1 Malaysia (veterans family programme)

7.         Kad privilege 1 Malaysia ( veterans privilege card)
    


Menteri Pertahanan berkata, pelbagai inisiatif kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dalam membantu pesara tentera mendapat perhatian negara-negara maju yang berhasrat mengambil langkah sama.




3 comments:

Anonymous said...

setakat ini jasa tentera x bpencen nilainya rm1000. Kemas pula rm3000 full stop.

Anonymous said...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi menyalah guna kuasa apabila menggunakan wang pencen anggota tentera menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu.
lEPAS DUIT LEMBU UMNO curi kini duit tentera pula dicuri. Teruk pemerintah Malaysia sekarang.
Tentera atau navy yg umno, sila beralih sokongn anda kepada PAKATAN RAKYAT.
Bloger Navy Best memang umno karat..

X Navy
Mindef (Komlek)

Anonymous said...

Ini lah perintah zalim. Hancurkan umno selamalamanya.
Tentera atau bekas Tentera berilah sokongan kepada PAKATAN RAKYAT.
Umno tidak hargai pengorbanan Tentera

x Navy
Mindef (komlek)