Standby |
Kerajaan Malaysia mesti mempunyai satu keutamaan yang
jelas iaitu melindungi keselamatan rakyat dan negara ini, khususnya daripada
pencerobohan militer oleh pengganas asing. Rakyat Malaysia khususnya di Sabah
masih tertanya-tanya mengapa RCI tidak ditubuhkan untuk menyiasat dan mengadili
mereka yang terlibat dalam menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 10 anggota
pasukan keselamatan negara kita di Lahad Datu tempoh hari.
Apakah yang lebih penting, melayan kerenah seorang
manusia yang sudah gila bayang kerana gagal memenangi PRU13 untuk menjadi
Perdana Menteri, atau melayan keperluan rakyat kita di pantai timur Sabah yang
memerlukan jaminan keselamatan akibat pencerobohan pengganas yang kemungkinan
akan berulang semula.
Tubuhkan dahulu RCI Pencerobohan Lahad Datu, barulah
tubuhkan RCI PRU13! Dahulukan mana peristiwa yang terdahulu terjadi, ikut
giliranlah! Terdapat penemuan terbaru bahawa Anwar Ibrahim mendapat bantuan
kewangan yang besar dari sebuah syarikat di negara jiran, dengan tujuan untuk
melemahkan Kerajaan Malaysia dan menunjukkan kepada dunia dan rakyat Malaysia
bahawa Kerajaan Malaysia lemah serta tidak mampu menangani kemelut pencerobohan
terancang di Lahad Datu itu.
Perkara ini disahkan sendiri oleh pemimpin negara
tersebut dan Anwar Ibrahim sudah tidak boleh menyembunyikannya lagi! Maka, kita
mendesak supaya kerajaan menyegerakan dan mengutamakan penubuhan RCI
Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu, bukannya RCI PRU13 yang sudahpun selesai
dengan jayanya.
Sumber : MyMassa
No comments:
Post a Comment