Followers

Friday, 28 June 2013

ADAKAH KITA LAYAK MENJADI PEMIMPIN!!!!



Pemimpin, adalah mereka yang mempunyai orang dibawahnya yang dipimpin. Pemimpin akan membawa orang yang dipimpin ke arah matlamat kumpulan atau organisasi. Jadi jika persoalannya bolehkah kita menjadi pemimpin, ye pastinya boleh cuma taraf kepemimpinan kita yang berbeza samada kita memimpin hanya diri kita, keluarga kita, kenalan kita, kampung kita, masyarakat kita, atau lebih besar, DUN, Parlimen, negeri atau negara kita. Pilih yang mana satu kemampuan kita, ukur baju badan sendiri.

Kalau kita punya kebolehan dari persepsi masyarakat, kita dihormati oleh masyarakat, kita diinginkan oleh masyarakat, maka MUNGKIN agaknya kita boleh menjadi pemimpin kepada negara kita. Kalau kita lihat kepada pemimpin zaman Rasulullah dahulu mereka tidak meletakkan diri mereka sebagai pemimpin tetapi mereka dipilih secara langsung atau tidak langsung oleh Rasulullah dan diterima oleh seluruh orang Islam pada zaman itu. Sukar ke menjadi pemimpin, sukar atau tidak bergantung kepada diri kita sendiri. Kalau kita menjadi ketua kepada sebuah keluarga dan kita merasakan susah kerana kita tidak pandai mentadbir maka susah lah jadinya, tetapi jika kita berjaya mentadbir dengan baik dan memastikan keluarga kita sukses maka berjaya lah keluarga kita, samalah juga seorang pemimpin negara maka berjaya negara itu dari segala sudut makan berjayalah dia sebagai pemimpin. 


Pemimpin yang saya ingin contohi dan menjadikan role model ialah Tun Dr Mahathir, seorang negarawan yang hebat, walaupun banyak kritikan orang terhadapnya tetapi pada saya dia sebenarnya hebat, orang yang mengkritiknya kerana mereka sedar, mereka tidak mampu menjadi seperti Tun Dr M. Sebut sahaja pembangunan negara ini beliau lah arkitek, engineer disebalik kejayaan. Beliau merupakan pencetus kepada segala inovasi semasa pemerintahannya. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya berbangga dengan kehebatan Tun Dr M, kerana namanya dikenali di seluruh pelusuk dunia. Di mana sahaja orang menyebut namanya. Hebatnya pemimpin kita.

Wah dah jauh bincang namanya, apa yang sebenarnya ingin saya utarakan disini ialah kita semua sebenarnya pemimpin dan kita sebenarnya layak untuk memimpin cuma, mungkin kita hanya mampu memimpin diri kita, atau keluarga kita sahaja. Mereka yang dipilih oleh rakyat sebagai pemimpin harus memainkan peranan dengan berkesan agar kita tidak dipersoalkan oleh Allah swt.


2 comments:

Anonymous said...

Camaner nk jadi peminpin? Bini pun x leh nak pimpin.....

Anonymous said...

Btol3..... bini pun x leh nak jaga, ada hati nk jaga negara..... Bini sendiri pun x mampu untuk suruh tutup aurat, jangan mimpi untuk "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".