Akibat mengeluarkan kenyataan tanpa usul periksa,
kumpulan peguam yang menggelarkan diri mereka sebagai Lawyers for Liberty (LFL)
yang sebelum ini cukup terkenal sebagai pejuang Liberalisme, Pluralisme dan
LGBT telah menyamakan Sultan Johor sebagai Taliban kerana mengarahkan 'Surau Tokong' dirobohkan.
Di dalam suatu artikel di Malaysiakini dan juga di laman sosial Twitter mereka telah mempersoalkan tindakan polis dan menyamakan tindakan Majlis Agama yang bercadang untuk merobohkan 'Surau Tokong' sebagai tindakan ala Taliban. Mungkin kerana kekurangan informasi berkaitan isu 'Surau Tokong' tersebut kumpulan LFL ini telah mengeluarkan kenyataan berunsur hinaan seperti itu kerana arahan merobohkan adalah datang daripada Sultan Johor itu sendiri.
Menyamakan seorang Sultan yang begitu mengambil berat hal
ehwal rakyat seperti Sultan Johor adalah suatu tindakan yang melampau dan
siasatan pihak berkuasa berkaitan hinaan kepada Sultan Johor seperti ini perlu
dilakukan segera bagi mengelakkan kekacauan dan perbalahan.
Titah DYMM Sultan Johor agar merobohkan surau berdasarkan
beberapa alasan yang relavan diantaranya ianya telah disalahgunakan, binaan
yang tidak mendapat kebenaran, struktur bagunan dan arah kiblat yang
mengelirukan dan beberapa alasan lain lagi. Namun, jika tiada satupun alasan
yang relevan bagi pandangan mereka, tindakan kumpulan LFL ini menghina SUltan
Johor adalah tidak dapat dimaafkan sama sekali. Ianya lebih mengeruhkan
keadaan. Sudahlah surau tersebut dicemari dengan kesyirikan. Ditambah pula lagi
dengan kutukan dan hinaan terhadap Sultan Johor yang kita sayangi. Perkara ini
sangat menyedihkan umat Islam di Malaysia khususnya di Johor dan Sedeli.
Mohon tindakan segera pihak
berkuasa menyiasat hal sebegini supaya keharmonian dapat dijaga dan kesucian
agama terpelihara. Tindakan kurang hajar seperti ini wajib diambil tindakan
bagi memberi kededaran kepada golongan ini supaya tiada lagi kumpulan lain yang
akan mengikut sepertimana tindakan kurang hajar kumpulan ini.
1 comment:
cari nahas punya komen... hati2 beb
Post a Comment