Followers

Monday 9 June 2014

MENGAPA TENTERA DIBERI SKIM GAJI PALING TINGGI DALAM PERKHIDMATAN KERAJAAN SELARAS DENGAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN SELURUH DUNIA?



Mesti ada sebabnya. Org ramai mengatakan sebab utk menarik minat. Mengapa kena perlu mcm tu? Sebabnya tiada siapa mahu bekerja siang dan malam 24/7/365 dan bila2 masa boleh dikerahkan. Pepatah dalam tentera, setiap nafas dibayar sehingga tamat perkhidmatan!

Ada yg mengatakan tentera ni hanya duduk makan minum sambil kilat kasut dlm kem membazir beras dan biskut kerajaan. Tapi mereka tidak pula berkata tentera melakukan operasi di perbatasan negara lebih kurang 3 bulan sekali pergi tinggalkan anak bini, pelbagai eksesais dan aktiviti siang malam demi memastikan tentera sentiasa bersiap siaga apabila keadaan memerlukan, bertugas di kem 24/7/365, standby apabila ada rusuhan dan bencana alam dll dan banyak lagi.
 
Ibu bapa asyik bertanya kenapa tak balik kampung selalu? Isteri asyik bertanya kenapa selalu balik lambat? Isteri mengeluh sabtu ahad pun bekerja anak2 terbiar. Kenapa selalu kursus sana sini plg kurang sebulan. Kenapa eksesais sana sini? Dan byk lagi tak larat nak cerita semua. Semua ini menambahkan tekanan.

Bila mengutamakan keluarga apabila ada penugasan penting dikatakan mengada ngada tak pentingkan kerja. Bila mengutamakan kerja, dibenci keluarga. Nampak mudah utk berkata utamakan mana yg penting dulu, realitinya tak semudah itu percayalah.

IKRAR KESATRIA

1. Beriman kepada tuhan dan bertaqwa kepadanya.
2. Setia kepada negara dan BERKORBAN demi kepentingannya tanpa mengenal menyerah.
3. Memegang teguh disiplin tentera dan sentiasa menjunjung tinggi sikap keperwiraan dan kehormatan tentera.
4. MENGUTAMAKAN perlaksanaan tugas dengan jujur dan ikhlas.
5. Menyimpan rahsia negara dengan seketat-ketatnya.

Sudah terang lagi bersuluh tentera sedia dikorbankan demi memastikan rakyat dapat tidur lena dan bahagia. Bukan mengeluh, tetapi mengingatkan tentera juga manusia biasa punyai hati dan perasaan dan pada masa sama terpaksa mengutamakan tugas.



17 comments:

Anonymous said...

boleh saya tahu siapa penulisnya... very well said... salute u

Anonymous said...

I proud with army

Anonymous said...

Always in the sky i proud with u

Anonymous said...

Dgr2 cerita pasukan simpanan akan dikorbankan terlebih dahulu :)

Anonymous said...

dalam kertas je Skim paling tinggi. hakikatnya tak sebegitu.

Anonymous said...

Dalam tentera ni. yang bekerja tu. Bekerja lah. Berkorban dan sebagainya. yang tak buat kerja tu, tak buat apa. Asyik main golf je. Tapi ramai yang bekerja dan berkorban namun pengorbanan mereka dirosakkan oleh kaki ampu al Golferi yang merosakkan reputasi mereka yang sentiasa berkorban.

Anonymous said...

Setuju

Anonymous said...

Kalau ampu ni dlm semua kerja ada.

Anonymous said...

Dalam keadaan aman, tentera tak kira darat, laut dan udara mempunyai kerja atau tugas tersendiri. Ramai yg berpendapat tentera hanya utk persediaan ketika perang tetapi hakikatnya ialah tentera juga membantu ketika aman. Telah termaktub dalam doktrin pasukan masing-masing. Sila rujuk term MOOTW (MILITARY OPERATION OTHER THAN WAR). Maksud di situ dah beritahu tugas tentera ketika aman. Byk yg perlu dilakukan...

Anonymous said...

Mmg betol pon..dlm kts je skim paling tinggi.. hakikatnya..askar je taw.. n cmne klo sy as air women ni.. suami pulak yg tnye, kje slalu.sibuk memnjang..sbb die awm.. mmg die xbpe phm..tp ats toleransi..die akn phm jgk.. ;)

Unknown said...

Sy setuju sgt2, walaupun sy masih bujang, pembahagian tanggungjawab antara family dan kerjaya kena seimbang.kedua2 penting

Unknown said...

Sy setuju sgt2, walaupun sy masih bujang, pembahagian tanggungjawab antara family dan kerjaya kena seimbang.kedua2 penting

jebat said...

Pergi main golf sna sni lps tu claim gila babi.semua pkra mta d lyn mcm raja.tu bkorban apa pla?

Anonymous said...

Masuk tentera bukan dipaksa...atas rela sendiri dan ikut tahap kelulusan. Bila dah bertugas jgn asyik nak suruh orang awam sanjung dan kenang budi. Setiap rakyat ada peranan dan tugas masing2 pada negara. Utk yg islam, buat lah kerana Allah swt.

Anonymous said...

Semua yg dalam ni cakap pandai..kerja camane? Pergi main golf dlm waktu kerja..claim menipu..dgn kontrak makan rwm percen...rasuah la tu...barang kerajaan songlap...kerja masuk lbat...x baris mcmcm alasan...betul ke camtu? Dah la balik awal...go check gigi...selesai dah balik mq terus..x masik hase dah pas tu salah guna utiliti...anak pi tuisyen...gas dapur abis pun mengarah driver bawa utiliti pergi ...betul ke camtu? Sebab tu la..bila dah pencen..mcmcm penyakitbsampai...sebab punca nya la...x kan x tau hukum kot...

Anonymous said...

Semua yg dalam ni cakap pandai..kerja camane? Pergi main golf dlm waktu kerja..claim menipu..dgn kontrak makan rwm percen...rasuah la tu...barang kerajaan songlap...kerja masuk lbat...x baris mcmcm alasan...betul ke camtu? Dah la balik awal...go check gigi...selesai dah balik mq terus..x masik hase dah pas tu salah guna utiliti...anak pi tuisyen...gas dapur abis pun mengarah driver bawa utiliti pergi ...betul ke camtu? Sebab tu la..bila dah pencen..mcmcm penyakitbsampai...sebab punca nya la...x kan x tau hukum kot...

Anonymous said...

Kami sebagai rakyat Malaysia mmg menghormati malah menkagumi serta berbangga dengan ketenteraan Negara.
Cuma kami rakyat terkilan sesetengah anggota terlalu meginkut telunjuk menteri walau jelas dan nyata TLDM,ATM & TUDM berpaksikan "TENTERA DIRAJA MALAYSIA" dibawah arahan raja, tetapi sayang segelintir menjadi hamba kepada Menteri yang jelas lg bersuluh akan keburukannya.

kerana segelingtir ini membuatkan kami rakyat sedikit terhakis rasa hormat dan kepercayaan kami.

Kamu wahai tentera yang mempertahankan Agama, Negara, Nyawa, Bangsa, Keluarga dan Rakyat tp sayang kamu mengjadi pak turut kepada Menteri yg kaya raya dgn harta, sedangkan kamu sedia berkorban.

Pernahkah kamu fikir, kami rakyat tidak pernah mempertikaikan segenap kerja usaha kamu lakukan, tetapi kami hampa bila mana kamu wahai tentera menjadi hamba kepada Menteri