Followers

Tuesday 22 July 2014

DIMANAKAH RELEVENNYA ARAHAN TEMBAK APABILA BERURUSAN DENGAN PENCEROBOH BERSENJATA DI SABAH?


Kumpulan Abu Sayyaf (KAS)

Sewaktu perdebatan tercetus mengenai sama ada tentera laut Malaysia perlu diberi SOP (Prosedur Operasi Tetap) tembak-apabila-nampak apabila berurusan dengan penceroboh bersenjata di Sabah, lebih banyak butir-butir pemimpin Abu Sayyaf, Alhabsi Misaya telah muncul.

Alhabsi dan kumpulan militan bersenjatanya dipercayai telah menjadi dalang dalam banyak kes penculikan yang berlaku tanpa henti di Sabah selama ini.

Cabaran penentangan bersenjata mereka terhadap kedaulatan Malaysia telah menghancurkan sumber pendapatan No 1 Sabah – pelancongan di pantai timur negeri ini.

AlHabsi
Menurut laporan AsiaOne pada 18 Julai, Alhabsi telah dirakam dalam video membaca ayat Al-Quran sewaktu pemberontak bersenjata Abu Sayyaf memenggal tebusan mereka.

Abu Sayyaf dikatakan telah menculik anggota polis marin, Kons. Zakiah Aleip, 26 tahun, sebagai tebusan di selatan Filipina selepas menculiknya dari sebuah resort di Sabah pada 12 Julai.

Alhabsi adalah salah seorang daripada lelaki bersenjata yang bertanggungjawab memenggal kepala tujuh orang pekerja kilang di Jolo, Selatan Filipina pada tahun 2007, seperti yang dipaparkan dalam sebuah video dalam talian.

Klip video sepanjang 14 minit itu yang direkodkan oleh Alhabsi sendiri, memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata membawa tebusan ke tempat-tempat yang berbeza di dalam hutan di mana tindakan kejam itu dilakukan.

Mangsa yg disembelih Alhabsi
Alhabsi boleh didengari membaca ayat Al-Quran sewaktu tebusan yang pertama telah dipaksa memandang ke bawah sebelum dia dibunuh.

Tebusan seterusnya kemudian dibawa pergi beberapa ratus meter dari situ sebelum menemui nasib yang sama, yang disambut gembira Alhabsi, yang didengari ketawa kecil dan melaungkan "Allahuakbar" sewaktu tebusan itu disembelih seperti haiwan.

Rakaman itu memaparkan pembunuhan ngeri setiap pekerja itu secara terperinci, dan pada satu ketika, Alhabsi memfokus kameranya kepada kepala yang telah dipenggal sambil memberi komen gembira.

Kemudian dia merakam dirinya sendiri sejenak, dan muka yang dapat dilihat dengan jelas adalah kepunyaan lelaki yang dikenal pasti oleh perisikan tentera Filipina dan Malaysia sebagai pemimpin yang semakin meningkat dalam kumpulan pengganas Abu Sayyaf.

Add caption
Klip video bertajuk "Tujuh orang yang tidak bersalah dipancung oleh kumpulan Abu Sayyaf di Jolo, Sulu" telah dimuat naik di YouTube oleh Penny Raymond pada Julai tahun lalu, dan telah ditonton lebih 5,000 kali setakat ini.

Alhabsi yang pada waktu itu seorang ahli baru kumpulan pengganas itu, kemudian telah mendapat kedudukan yang lebih tinggi selepas mengumpulkan berjuta-juta peso wang tebusan dari rentetan penculikan di pantai timur Sabah, menurut laporan itu.

Zakiah telah diculik dari resort itu apabila lapan lelaki bertopeng dan bersenjata berpakaian seragam tentera mencerobohi Pulau Mabul.

Lelaki-lelaki bersenjata itu juga membunuh seorang lagi anggota polis, Abdul Rajah Jamuan, 32 tahun.

Jadi, adakah Alhabsi dan kumpulannya haiwan atau manusia bertamadun?

Haruskah atau adakah mereka berhak dilayan seperti manusia oleh pasukan keselamatan kita?

Sekali lagi, untuk mereka yang masih menyatakan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak perlu diberi SOP tembak-apabila-nampak, dan militan ini berhak untuk dilayan sebagai manusia bertamadun, beritahunya kepada mereka yang telah kehilangan orang tersayang kepada penceroboh bersenjata itu.

No comments: