PAMERAN Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2010 menjadi tarikan utama negara dimana pameran dwitahunan itu dibahagikan pada dua segmen yang berlainan yang mana pameran udara diadakan di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, manakala segmen maritim berlangsung di Awana Porto Malai. LIMA merupakan ilham bekas Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pameran yang pertama telah diadakan pada tahun 1991. Kini, LIMA telah berubah dan menjadi satu tempat terbaik bagi pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang udara (aeroangkasa) dan maritim khususnya pertahanan untuk mempromosikan teknologi terkini kepada para pemimpin awam dan tentera di Malaysia dan negara-negara Asia Pasifik.
LIMA 2010 menyaksikan TLDM mempamerkan kapal sebanyak 11 buah kapal dan kapal-kapal asing sebanyak 12 buah. Kapal-kapal milik TLDM ialah KD LEKIU, KD JEBAT, KD MAHAWANGSA, KD SELANGOR, KD KELANTAN, KD LAKSAMANA TAN PUSMAH, KD LAKSAMANA HANG NADIM, KD MAHAMIRU, KD PERANTAU, KD PENDEKAR, KD LEDANG.
Kehadiran kapal-kapal perang termasuk kapal tentera laut asing di perairan Langkawi berjaya menarik kehadiran ramai pengunjung ke pameran maritim. Sebanyak 24 kapal perang mengadakan pertunjukan statik maritim di Awana Porto Malai .Lebih menarik, orang ramai berpeluang melihat kapal selam Malaysia iaitu KD Tun Razak yang turut berlabuh di Awana Porto Malai.
Penyertaan kapal tentera laut asing terdiri daripada Filipina yang menghantar BRP BAKALOD CITY dan BRP EMILIO JACINTA, India diwakili INS BARATANG dan INS KORA manakala ROKS CHUN JEE dan ROKS KAM GANG CHAN merupakan wakil dari armada Korea Selatan. Antara negara lain yang turut menghantar kapal perang mereka ialah ialah Amerika Syarikat (AS), Australia Singapura, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Brunei, dan Thailand. Tentera Laut Amerika Syarikat menghantar USS CURTIS WILBUR, Australia pula dengan HMAS GLENEG, Indonesia dengan KRI TODAK, Singapura dengan RSS SUPREME, Bangladesh dengan BNS DHALESHWARI, Thailand dengan HTMS CHON BURI, Pakistan dengan PNF SAIF, dan KDB DARULEHSAN dari Brunei.
Lebih menarik, selain perbarisan kapal-kapal statik, Awana Porto Malai turut dimeriahkan dengan demonstrasi melibatkan laut dan udara yang menarik ribuan pengunjung hadir ke LIMA kali ini. Pertunjukan itu melibatkan beberapa pasukan dan agensi seperti APMM, Polis Marin, Kastam dan Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM. Kesemuanya menampilkan pelbagai formasi dan gaya pertunjukan yang menarik untuk tontonan orang ramai yang hadir ke Awana Porto Malai.
1 comment:
Best dapat tengok kapal-kapal, jet-jet pejuang masa kat LIMA ari tu..best sesangat. First time kita dapat tengok kapal selam dari jarak dekat, shok sangat. Bangga rasanya. Kita akan simpan foto tu sebagai kenangan kita.
Post a Comment