Followers

Wednesday 7 December 2011

MOH LER KITER KE PAMERAN KERJAYA TLDM DI LIMA 2011

Hampir 600 orang pengunjung telah membanjiri Pameran Kerjaya TLDM yang telah diadakan di Awana Porto Malai pada hari pertama ia dibuka. Pameran Kerjaya TLDM yang diadakan bersempena LIMA’ 11 dibuka sehingga 10 Dis 11 setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.


Pameran Kerjaya TLDM berkonsepkan laluan kerjaya iaitu paparan informasi mengenai latihan dan kepakaran bermula menyertai TLDM sehingga bersara telah menarik minat orang ramai yang berkunjung ke pameran tersebut. Pengunjung juga diberi penerangan berkenaan tugas dan peranan TLDM.


Selain dari itu, bagi mereka yang ingin menyertai TLDM,  pemilihan awal pengambilan Perajurit Muda TLDM sesi 2012 turut diadakan di pameran tersebut.


Pameran ini telah mendapat sambutan luar biasa walaupun dalam cuaca yang panas kerana pelbagai acara menarik telah diselitkan khusus untuk orang ramai yang datang antaranya demonstrasi kulinari dari anggota TLDM kepakaran Bendari. Pengunjung juga berkesempatan untuk mencuba sendiri proses kulinari tersebut seperti membuat ukiran buah-buahan.

Tunggu apa lagi.moh ler kiter ke saner!!

No comments: