Persidangan Meja Bulat Panglima-Panglima Tentera Laut yang diadakan sempena LIMA 11 telah diadakan pada hari ini bertempat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri. YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia, telah menyampaikan ucaptama dalam persidangan tersebut yang melibatkan seramai enam orang panglima tentera laut, 14 orang wakil panglima tentera laut asing dan seramai 249 perserta dari agensi-agensi kerajaaan serta wakil industri pertahanan dalam dan luar negara.
YBhg PTL sebagai Moderator |
Persidangan Meja Bulat Panglima-Panglima Tentera Laut menampilkan panglima-panglima tentera laut asing sebagai penceramah jemputan iaitu Laksamana Madya Scott H Swift; Commander US 7th Fleet, Laksamana Madya Ray Griggs; Panglima Tentera Laut Diraja Australia, Laksamana Madya Orwen J Cortez; Timbalan Panglima Tentera Laut Filipina dan Laksamana Muda Ng Chee Peng; Ketua Angkatan Laut Republik Singapura manakala moderator persidangan digalas oleh Laksamana YBhg Tan Sri Abdul Aziz Hj Jaafar; Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia.
Pertukaran Cenderamata oleh Delegasi |
Antara isu yang dibincangakan semasa Persidangan Meja Bulat Panglima-Panglima Tentera Laut ialah mengenai kerjasama pelaksanaan operasi anti-perlanunan yang dilaksanakan di perairan Teluk Aden oleh negara-negara terlibat serta cabaran-cabaran yang ditempuhi di lapangan. Selain itu, persidangan tersebut turut mengupas aspek-aspek penguatkuasaan undang-undang maritim antarabangsa dalam membenteras masalah perlanunan di Somalia serta perbincangan tentang hala tuju dalam membantu kerajaan sementara Somalia (Trasitional Federal Government of Somalia).
Bergambar Bersama PTL Negara Asing yang Terlibat |
Persidangan Meja Bulat Panglima-Panglima Tentera Laut juga telah melihat beberapa pendekatan proaktif dalam perkongsian maklumat dan mengintegrasikan rangka kerja tentera-tentera laut yang terlibat sebagai usaha menjamin keselamatan laluan maritim antarabangsa dan seterusnya mengurangkan statistik rompakan/ perlanunan yang semakin meningkat bukan sahaja di perairan Afrika Timur malahan di seluruh dunia.
Gambar Kenangan Bersama Semua Delegasi |
No comments:
Post a Comment