Followers

Thursday 25 July 2013

PENGIKUT SYIAH SEMAKIN BERANI SETELAH PERTUBUHAN INI DIHARAMKAN



Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai salah sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966 yang berkuat kuasa hari ini. Setiausaha KDN, Datuk Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keingkaran mereka yang masih bergiat aktif, walaupun pertubuhan itu tidak didaftarkan secara sah.

“Mereka pernah memohon mendaftarkan Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan dengan jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia Negeri Melaka pada 18 jun 2011. “Namun, permohonan mereka telah di tolak oleh Jabatan pada 4 Ogos 2011 dan Menteri Dalam Negeri pada 31 Oktober 2011,” katanya dipetik dalam kenyataan media, hari ini. Beliau berkata demikian mengulas persatuan terbabit yang bergerak aktif sehingga memudaratkan ketenteraman  awam serta mencetuskan  suasana keresahan  di kalangan umat lslam di negara ini yang majoritinya mengikuti  fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

Laman Facebook puak-puak Syiah yang cuba menyesatkan orang Islam
Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1996 telah menarik balik kebenaran mengamalkan mazhab Syiah aliran Al–Zaidiyah dan Jaafariah di Malaysia, menjadikan semua amalan Syiah tidak diterima di negara ini. Fatwa itu menetapkan umat Islam di Malaysia hendaklah hanya mengikut ajaran Islam berasaskan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak. Ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Penyebaran apa-apa ajaran selain daripada pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang. Penerbitan, penyiaran dan penyebaran sebarang buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahlul Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.

Walaupun penegasan itu telah dibuat dan terdapat beberapa negeri sudah mewartakan bahawa ajaran Syiah haram, tinjauan mendapati terdapat banyak laman-laman web dan sosial mengenai ajaran itu disebarkan secara terang-terangan.

Beberapa laman sosial dengan berani mengakui diri mereka pengikut ajaran Syiah dan memburuk-burukkan mazhab lain. Sebagai contoh, sebuah laman sosial yang menggelarkan diri mereka ‘I'm Proud To Be Syiah’ mendakwa laman sosial itu milik mazhab Syiah Imamiyah di Malaysia. Penubuhan laman sosial itu bertujuan menjawab persoalan yang dibangkitkan pengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Tidak kurang juga beberapa laman web khas untuk pengikut Syiah ditubuhkan kononnya untuk menjawab segala kemusykilan berhubung fahaman itu.


No comments: